Wednesday, May 22, 2013

82% DALAM KAJISELIDIK THE EDGE KATA ANWAR PATUT BERUNDUR

KEGAGALAN STRATEGI PERHIMPUNAN BANTAHAN MASSA ANWAR IBRAHIM   Sebelum PRU13, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji jika Pakatan R... thumbnail 1 summary

KEGAGALAN STRATEGI PERHIMPUNAN BANTAHAN MASSA ANWAR IBRAHIM

 
Sebelum PRU13, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji jika Pakatan Rakyat gagal untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum, maka dia akan bersara ke bidang akademik. Sebelum memulakan siri perhimpunan bantahan "blackout" 505 minggu lalu, beliau menafikan bahawa janji, seperti yang dijangka oleh kebanyakan pemerhati sebelum pilihan raya.

Berdasarkan tinjauan terbaru, mungkin baik untuk Anwar tinjau semula jika tawaran lama Oxford atau Georgetown masih terbuka.

Tinjauan pendapat akhbar Edge terbaru terhadap 12,736 responden bertanya soalan mudah yang berikut: "Pakatan Rakyat (PR) telah gagal untuk menakluk Putrajaya pada PRU13 Patutkah Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai pemimpin?"

Kira-kira 18 peratus menjawab: "Tidak, dia terus membawa PR untuk PRU akan datang kerana PR telah memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya sebelumnya."

Namun sebaliknya 82 peratus berkata: "Ya, dia wajar berhenti kerana telah membuat ikrar ini."

Tinjauan tersebut diambil selepas kembalinya Anwar ke demonstrasi jalanan (dan stadium) bermula minggu lepas. Walaupun sukar untuk mengetahui sama ada siri perhimpunan bantahan beliau menggugat kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang, jelasnya ia tidak juga banyak membantu, walaupun tampak gah.

Akhbar "The Edge" mempunyai kecenderungan pembaca dikalangan masyarakat Cina, terutama pemimpin-pemimpin perniagaan. Keputusan tinjauan ini menunjukkan bahawa undi kaum Cina yang kritikal itu sedang condong pada menolak kepimpinan Anwar yang berterusan Anwar dalam Pakatan - petanda yang berbahaya bagi Anwar dalam masa hanya dua minggu yang getir pasca keputusan PRU13.

Publisiti meluas tentang perang saudara dalaman PKR adalah merupakan "Ibu Segala Perbalahan" yang menyebabkan jentera propaganda PKR senyap sunyi seketika. Tindakan drastik Azmin Ali, orang paling kanan Anwar sendiri, meluahkan kekecewaannya tentang dakwaan "nepotisme" dalam parti dilihat sebagai melanggar konsensus dalaman.

Kemelut tentang calon yang berhak untuk jawatan Menteri Besar Selangor dan perlantikan EXCO negeri, menunjukkan bahawa PKR adalah parti yang paling bermasalah dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Malah kepincangan dalam parti berteraskan kekeluargaan Anwar turut bergema dikalangan pakatan pembangkang secara keseluruhannya.

Pegawai-pegawai DAP peringkat rendah dan pemimpin akar umbi telah saling berbunyi dan tertanya-tanya melalui medium Twitter sejak PRU13; jelasnya mengapakah Anwar - yang juga tidak memegang sebarang gelaran sebagai seorang pegawai rasmi dalam PKR - seharusnya mengetuai Pakatan sedangkan DAP telah kini menjadi parti terbesar dalam pakatan pembangkang?

Malah pemimpin DAP Lim Kit Siang sendiri baru-baru ini mengambil peranan yang lebih jelas dalam kepimpinan Pakatan Rakyat (seperti memilih pendirian untuk tidak mahu mencetuskan "Spring Arab") walaupun bercanggah dengan pengumuman Anwar. Paling penting, beliau telah menggesa gabungan pakatan rakyat supaya terus mencabar keputusan pilihan raya di mahkamah, dan bukannya melalui arakan protes jalanan. Beliau telah menekankan keperluan untuk mencapai penyelesaian secara aman terhadap mana-mana kontroversi selepas pilihanraya.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini turut mengumumkan bahawa PAS menerima keputusan pengundian, dengan merujuk pertambahan kerusi parti itu di peringkat negeri, dan menyeru kepada pembaharuan usaha untuk menghadapi cabaran PRU14 - suatu pendirian yang amat berbeza daripada keenganan Anwar untuk menerima keputusan pilihanraya yang masih didakwa beliau sebagai suatu konspirasi penipuan.

Mungkin bukan sekadar responden kajiselidik The Edge sahaja yang ingin melihat langkah Anwar turun.

Jelasnya, kedudukan Anwar dalam pembangkang, dan kedudukan pembangkang dengan rakyat, nampaknya semakin merosot.

Masa depan dalam bidang akademik boleh memberi Anwar ruang untuk meneruskan kecenderungannya untuk bersyarah dengan panjang lebar. Kami bersependapat dengan responden pengundian tinjauan The Edge, Malaysia dan mencadangkan sudah sampai masanya untuk berundur dan terima sajalah dengan baik opsyen masa depan tersebut.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”