Friday, April 18, 2014

SELESAI INSIDEN MH370 DALAM 1 SAAT

Datuk Seri Anwar Ibrahim bidas PM, DS Najb Razak kerana memanipulasi kenyataannya boleh selesaikan insiden MH370 dalam masa sesaat. ... thumbnail 1 summary
Datuk Seri Anwar Ibrahim bidas PM, DS Najb Razak kerana memanipulasi kenyataannya boleh selesaikan insiden MH370 dalam masa sesaat.

"Najib tidak jawab isu yang timbul dalam kehilangan MH370, tapi beliau boleh pula cepat jawab mengenai sesaat ini," kata Anwar .

Saya tanya geng pro gomen pasal statemen Anwar, mereka kata ini semua "poyo..".

Saya tanya geng pro pembangkang fasal prestasi Najib mengenai MH370, mereka kata memang Anwar boleh selesai kes MH370 lebih baik dari Najib (dalam sesaat itu tidaklah..).

Mereka dua tanya pendapat saya macam mana? Ini silap besar.. Sepatutnya mereka jangan tanya.


Prestasi kes MH370. Najib vs Anwar

Jawapan saya ini dua-dua pun poyo, tak payah banyak wayang sangat. Pi buat reja masing-masing jangan buang masa dengan "showmanship". Saya jawab pasal 1 saat sekarang, tak payah potpet banyak-banyak 1 saat punya pasal.


║▌║▌║█│▌ ║▌║▌║█│▌

1 Saat vs Panadol

Orang Politik (Bawah Sistem Tajaan Globalis) ini ibarat kes panadol. Kalau kamu sakit kepala, kamu makan panadol, 7 hari baik. Kalau kamu tak makan panadol, seminggu baik.

Kalau Najib duduk atas, Anwar boleh buat kerja 1 saat sebab dia duduk bawah. Kalau Anwar duduk atas, Najib pun boleh selesai ini kes 1 saat sebab dia duduk bawah.

║▌║▌║█│▌ ║▌║▌║█│▌


Apa kena mengena dengan WrestleMania?

Maaf cakap.. "It's just a show. The show must go on".

Banyak tahun dulu, saya selalu komplen pasal bila saya singgah kedai mamak, tiap-tiap malam pun semua orang layan WrestleMania.

Dari masa ke semasa bila saya tanya apa pasal kamu semua layan sangat WrestleMania.

Kamu tak boleh fikirkah, ini semua tipu. Pukul pun tipu. Semua tipu. Dialog skrip semua tah apa-apa merapu.

Ada yang jawab ya memang, tapi kadang-kadang betul juga. Darah keluar.. Masuk hospital pun ada..

Ada yang jawab, memang tipu tapi syok tengok..

Saya masih tak faham dan masih tak puas hati. Saya kata jawapan ini semua poyo. Tak masuk akal punya jawapan.

Satu hari saya jumpa seorang Melayu dari Singapore. Saya cakap perkara yang sama sebab saya tengok dia pun fanatik WrestleMania.

Dia kata "Macam ni lah tuan.. Tuan tengok filem dak? Filem Melayu, Hollywood, filem Korea, filem Hindi, Tamil pun tak apalah..".

Saya kata kadang-kadang ya..

Katanya lagi, "Pasal apa tuan tengok filem? Kadang dalam filem ada perompak.. Itu bukan betul-betul perompak tuan. Dia berlakon saja jadi perompak.. Tapi kenapa tuan tengok jugak perompak dalam filem?

Katanya lagi, "Samalah dengan WrestleMania, mereka pun berlakon jugak macam filem tuan tengok..".

Ok. Buat pertama kali saya terdiam dengar penjelasan beliau.. Sejak itu saya tidak lagi keliru kenapa orang tengok WrestleMania.


║▌║▌║█│▌ ║▌║▌║█│▌

Tapi berbalik kepada Anwar dan Najib. Tak kesahlah kamu nak WrestleMania atau Hollywood. Jawapannya wayang tetap wayang.

Dua-dua pun wayang, takda beza.. - AL FAEDAH

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”