Monday, August 15, 2016

PENGAMBILAN AHLI BARU GELANGGANG KIAT LANGKAH TIGA

PENGAMBILAN AHLI BARU GELANGGANG KIAT LANGKAH TIGA ( السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه ) Dimaklumkan bahawa sesi pen... thumbnail 1 summary
PENGAMBILAN AHLI BARU GELANGGANG KIAT LANGKAH TIGA

( السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه )

Dimaklumkan bahawa sesi pengambilan ahli² baru sedang dibuka untuk Gelanggang Perguruan Kiat Langkah Tiga dan kami dengan rendah diri ingin menjemput semua waghih² untuk turut serta mempelajari warisan seni persilatan bangsa kita dengan keterangan² yang berikut sebagai panduan bagi semua pihak yang berminat.

Syarat Penyertaan:

(1) Lelaki (2) Sihat mental & fizikal (3) Tiada had umur (4) Tiada rekod jenayah

- Sesi Pengambilan diadakan setiap hari Sabtu, Malam Ahad di Balai Mesyuarat Gelanggang Kiat Langkah Tiga, Kg Batu Hampar, Rembau.

- Calon berminat diminta hadir ke tapak gelanggang untuk sesi
(i) Temubual / Suaikenal / Tafaqquh
(ii) Taklimat Adab & Usul Persilatan:

"Ruanglingkup Takrif 'Ilmu & Maksud Persilatan Dalam Kerangka Akhir Zaman"

- Yuran Bulanan: RM10**

** Sebagai mahar bagi keris gelanggang ketika tamat latihan asas

Sila hubungi Urusetia untuk keterangan lanjut:

~ WAGHIH NASA 016 344 0705

WhatsApp/Telegram: +601120678656

Emel: kiatlangkahtiga@gmail.com
https://www.facebook.com/KiatTiga

Malam Latihan Resmi: Setiap hari Sabtu, malam Ahad

Lokasi: Tapak Gelanggang KIAT LANGKAH TIGA, Kg Batu Hampar, Rembau.

2°35'15.0"N 102°05'19.9"E

https://goo.gl/maps/zrvPumhmun72

Sekian. Terima kasih.

( وابيلاهي توفيق والهيداية واسالاموالايكوم واراهماتولاهي بركاته )

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”