Orang yang belajar itu datang kepada Ilmu. Sedangkan Ilmu itu datang kepada orang yang beradab.
Kerana itulah, Musa telah datang kepada Khidr untuk menimba Ilmu yang ia dambakan. Sebaliknya Khidr mengajarkan pada Musa tentang Adab...
Setelah diberi 3 peluang, Musa gagal mendapat Ilmu yang ia kepinginkan dari Khidr. Tetapi sebaliknya Musa beroleh tarbiyah dalam Adab yang lebih ia perlukan dari Ilmu yang ia inginkan.
Masalah orang jahil adalah Ilmu. Sedangkan masalah orang berilmu adalah Adab. Kerana ia merasakan ilmu yang telah didatanginya itu sudah hebat, sedangkan ia lupa kepada mereka yang telah didatangi oleh Ilmu dari ALLĀH ﷻ yang lebih hebat.
Orang yang tidak berilmu belajar dengan bertanya. Sedangkan orang yang beradab belajar dengan berdiam. Kerana di dalam diamnya, maka datang Diyannya.
Ketahuilah bahawa Adab itu datang dengan 3 tiga perkara; #Mujahadah, #Sabar dan sahih #Diyan.
Apabila kamu melihat kedua lautan Ilmu dan Adab ini bertemu, maka disitulah kamu menemui akan #MajmaulBahrain
Sepertimana Khidr adalah manifestasi kepada Ilmu dan Adab, demikianlah Majma'ul Bahrain itu takwil perumpamaan kepada Haqiqat 'Ilmu dan Adab.
Sepertimana kamu akan menemui orang² yang tidak berilmu berasa aneh setiap kali ia menemukan Ilmu yang baru, demikian jua orang² yang beradab merasa aneh setiap kali Ilmu datang berkunjung kepadanya.
Namun kamu akan biasa mendengar tentang orang² berilmu yang menjadi rosak dalam memburu Ilmu, manakala kamu tidak pula mendengar mengenai orang yang beradab menjadi rosak lantaran Ilmu.
Manifestasi kepada makhluk yang berilmu tetapi menjadi rosak dengan Ilmunya adalah Iblis.
Sedangkan kamu tidak samasekali mendengar tentang para Malaikat menjadi rosak, kerana mereka itu tersangat beradab dengan ALLÅH ﷻ dan sentiasa memulangkan keberadaan Ilmunya itu kepada Sang Maha Penciptanya.
لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLĀH semata-mata)
Kalimat ini adalah kalimat yang ringkas, namun mengandungi isyarat makna dan keutamaan yang luar biasa.
Kata Nabi ﷺ pada ‘Abdullah bin Qois,
يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ قَيْسٍ قُلْ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ . فَإِنَّهَا كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ
“Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘laa hawla wa laa quwwata illa billah’, karena ia merupakan simpanan pahala berharga di syurga” (Hadits Riwayat Al Bukhari no. 7386)
No comments
Post a Comment