Tuesday, February 7, 2012

‘Anda Akan Terkejut Apa Anwar Lakukan Di Thailand’

AIDC News 17/06/11– Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menafikan pernah kenal rapat dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, na... thumbnail 1 summary
AIDC News 17/06/11–

Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menafikan pernah kenal rapat dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, namun gambar-gambar kunjungan Ketua Umum PKR itu semasa berkunjung ke Thailand membuktikan sebaliknya.

“Gambar-gambar DSAI sewaktu siri kunjungan ke Thailand juga terlalu mengujakan kami. Kemesraan beliau dengan Dato SK boleh jelas dilihat dalam setiap keping gambar tersebut dan cukup membuatkan kita mampu berkata “betapa pembohong sungguh DSAI” yang kononnya mengatakan tidak mengenali Dato SK “, tulis CR Lokman Moidin yang menemui Eskay di rumahnya, Naka, Kedah.

Menurutnya, hampir sebulan yang lalu, dia telah bertemu Eskay di Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang selepas solat Isyak, menghampiri Eskay, bersalam dengannya dan mengucapkan terima kasih kerana keberaniannya membongkar siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim.

“Eskay hanya tersenyum dan menepuk bahu saya dan berlalu”, tulisnya lagi yang sebelum ini hanya mengenali bekas Konsul Kehormat Diraja Thailand itu di media massa.

“Pada 13 Jun 2011, jam 8.40 malam , seorang rakan mempelawa saya ke rumah Dato SK. Beliau menyambut kami dengan mesra dan terus membawa kami ke tingkat terbuka di atas rumahnya dan kami solat Isyak secara berjemaah di atas bumbung rumah diimamkan oleh Hj Mat Zain.

“Sesudah itu kami masuk ke dalam rumah dan berbual. Beliau masih mengingati saya dan mengulangi ungkapan semasa bertemu di masjid tempohari”, tulisnya lagi

Menurutnya, selepas solat berjemaah, Eskay bercerita kepada tetamu berkenaan pengalamannya semasa kerjayanya sebagai konsul Thailand dan hubungannya dengan Anwar Ibrahim.

“Sebagai Konsulat Diraja Thailand, beliau bertanggungjawab membantu sesiapa sahaja yang berkunjung ke negara tersebut atas urusan rasmi.

“Namun dalam kes DSAI, beliau bukan sahaja berkunjung sebagai Ketua Pembangkang dan dibawa bertemu tokoh-tokoh utama di Thailand tetapi juga terlalu kerap ke negara tersebut dan diuruskan oleh Dato SK di sana.

Sehingga hari ini DSAI belum mampu menjawab 5 soalan Dato SK”, tulisnya.

Lima soalan yang dimaksudkan itu adalah; Pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand ? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap ? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?

Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut ?

“Awak ingat tarikh ini, 12 Januari 2011, di antara jam 6 hingga 7 (waktu Thailand), di mana DSAI berada ketika di Bangkok ?”, kata Eskay.

Menurut penulis Eskay juga turut menunjukkan bukti gambar-gambar yang sungguh dahsyat yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang beragama Islam.

“Saya menyaksikan sesuatu yang sangat-sangat dahsyat yang tidak selayaknya dilakukan oleh seorang yang mengaku dirinya Islam.

“Saya pun bukannya alim sangat tetapi apa yang DSAI lakukan dalam masa sejam tersebut benar-benar membuat saya terfikir bagaimana pemimpin yang cukup menjengkelkan ini akan menjadi ketua negara?

“Saya tak bermaksud untuk menjelaskan kejadian yang ‘diluar jangkauan’ ini, tetapi sejahat-jahat kita sebagai manusia mungkin ada dosa besar yang Allah SWT akan ampunkan jika kita bertaubat.

“Tetapi apa yang disaksikan oleh Dato SK ini adalah kejadian yang sangat berlawanan dengan fitrah DSAI sebagai seorang muslim”, tulisnya.

Menurutnya lagi pada malam itu, Eskay turut menceritakan pengalaman lamanya bersama Anwar serta menunjukkan bukti-bukti sama ada SMS, email dan bukti-bukti lain yang menunjukkan pembohongan Anwar yang mendakwa tidak mengenali rapat bekas konsul Thailand itu.

“Bukankah kita telah melihat bukti bagaimana DSAI mengatur gerakan refomasi dan mengajurkan tunjuk perasaan yang mendatangkan huru hara. Semua ini telah berjaya dicatur oleh beliau dan menyebabkan begitu banyak kesan yang diluar jangka.

“Malah hubungan beliau dengan Dato SK adalah hubungan yang ‘ada makna’ demi kerakusan kuasa untuk menggunakan segala sumber dan ‘membuka kunci’ pertemuan dengan kumpulan pemisah ini, mungkin anda boleh berfikir secara mendalam, apakah yang boleh dilakukan oleh manusia bernama DSAI ini jika keadaan semakin terdesak?

“Eskay tidak memerlukan Anwar dalam karier dan kehidupannya, tetapi Anwar sangat-sangat memerlukan beliau demi cita-cita dan nafsu politiknya”, tulisnya lagi.
Baca selanjutnya catatan CR Lokman Moidin, klik di sini

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”