Tuesday, February 7, 2012

Apa Anwar Buat Di Turki ?

Published by AIDC on February 5, 2012 | 12 Comments   Betapa mudahnya Ummat Melayu diperkotak-katikkan dengan slogan "Arab Spring... thumbnail 1 summary
Published by AIDC on February 5, 2012 | 12 Comments 

Betapa mudahnya Ummat Melayu diperkotak-katikkan dengan slogan "Arab Spring" yang tidak lain dan tidak bukan, semata-mata agenda dan manipulasi Timur Tengah oleh blok para Zionist pendukung Orde Dunia Baru [New World Order]
AIDC – Kalau ikut dari mulut Anwar, hanya Recep Tayyip Erdoğan yang jemputnya untuk bersyarah kepada Perdana Menteri Turki itu tentang ‘Islam, Demokrasi dan Kebebasan’.

Itu persepsi yang cuba Anwar gambarkan dalam twitter-twitternya yang menunjukkan kehebatannya hinggakan Perdana Menteri Turki yang sedang memerintah sekarang tidak mampu memimpin negara itu tanpa tunjuk ajar Anwar.

Download Second
Allianceof Civilizations
Forum Report
Namun, apabila Dr Wan Azizah (Presiden PKR), Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) juga turut hadir bersama Anwar ke Turki, persepsi yang cuba digambarkan itu tidak tepat, kerana tidak logik satu saff kepimpinan PKR yang bukan pemerintah mahu mengajar Recep Tayyip Erdoğan yang sedang memerintah.

Jadi, apa yang sebenar Anwar dan pimpinan PKR buat di Turki ? 

Islam dan demokrasi

Membaca todayszaman.com, yang melaporkan Anwar memuji Turki sebagai ‘model pembaharuan demokrasi’ dalam konteks ‘Arab Spring’ untuk seluruh dunia Islam membuatkan kita semakin tertanya-tanya program apa yang dihadiri Ketua Umum PKR itu.

“Ini sebabnya mengapa saya begitu teruja apabila Perdana Menteri Turki datang (berucap) dan menyampaikan isu hak asasi manusia, isu kebebasan untuk semua dan isu maruah untuk semua lelaki dan wanita sebagai prinsip sejagat, bukan hanya prinsip untuk Turki atau Barat,” todayszaman memetik kata-kata Anwar.

Berdasarkan satu perenggan kenyataan Anwar di atas sudah menjawab persepsi bahawa Anwar dijemput ‘mengajar’ Tayyip Erdoğan. Bukan Anwar yang ajar Tayyip Erdoğan, tetapi sebaliknya.

Anwar berceramah di atas tema, ” Demokrasi dan Arab Spring, Kunci terhadap Kebebasan dan Keadilan dalam Dunia Islam”

Menurutnya, dunia Barat sedang memerhati model Turki dan Indonesia sebagai model Islam dan Demokrasi di dunia Islam dan pembaharuan Arab Spring di Timur Tengah sedang meniru model tersebut.
“Ia adalah masa yang tepat apabila Perdana Menteri Turki mengambil pendirian bahawa tiada pemimpin boleh meneruskan pemerintahannya tanpa mengambil kira sentimen dan aspirasi rakyat.
“Saya terus optimistik tentang Arab Spring dan masa depan dunia Islam. Kita dapat lihat bagaimana Turki berjaya dalam usaha pendemokrasian dan pembaharuan”, katanya kepada hadirin dalam program ‘Alliance of Civilizations’ di Istanbul.

‘Alliance of Civilizations’

Menurut wikipedia ‘The Alliance of Civilizations‘ atau ringkasnya ‘AoC’ adalah satu inisiatif yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Kerajaan Sepanyol, José Luis Rodríguez Zapatero, dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-59 pada tahun 2005. 

AoC juga turut ditaja bersama oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan yang bertujuan untuk melaksanakan pelan bertindak yang dipertujui PBB pada tahun 2006. 

Pelan bertindak PPB itu adalah meningkatkan kerjasama antarabangsa antara budaya dan antara agama untuk merapatkan hubungan Barat dengan dunia Islam.

Bagi menjayakan matlamat ini, Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan mengumpulkan ‘High-Level Group’ (HLG) atau satu Kumpulan Peringkat Tinggi yang terdiri daripada 20 orang yang terkemuka di dunia merangkumi pelbagai peringkat, pembuat dasar ahli akademik, masyarakat sivil, kepimpinan agama, dan media.
Antara anggotanya adalah bekas Presiden Iran, Mohammad Khatami; Ketua Biskop Afrika Selatan, Desmond Tutu; pengkaji perbandingan agama, Karen Armstrong (UK); Pengasas Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU) Universiti Georgetown, Prof. John Esposito (AS); Rabbi Kanan Park Timur Synagogue, Rabbi Arthur Schneier (AS) dan lain-lain.

Pada April 2007, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon melantik Jorge Sampaio, bekas presiden Portugal sebagai Perwakilan Tertinggi untuk mengawal selia sekretariat AoC yang berpengkalan di ibu pejabat PBB, New York.

Sekretariat AoC turut mengadakan Anugerah Dialogue of Civilizations yang ditaja oleh oleh Rumi Forum dan the Georgetown University Center for Peace and Security Research, Washington.

Laman rasmi AoC adalah unaoc.org

Lingkaran Jesuit

Jika begini latar belakang program yang yang dikunjungi Anwar di Turki, maka dapat kita buat kesimpulan program itu adalah satu flatform lingkaran jesuit menggunakan Turki sebagai turut rumah.

Malah, pada 6-7 April 2009, Turki juga pernah menjadi tuan rumah untuk program yang sama di Istanbul.
Forum AoC pertama diadakan di Sepanyol pada 15-16 Januari 2008 yang meluluskan beberapa resolusi penting antaranya :

Pengumuman Inisiatif untuk Pekerjaan Belia Global, yang dipanggil Silatech, dengan pelaburan sebanyak $ 100 juta dari HH Sheikha Mozah Nasser-el-Missned Qatar dan perkongsian dengan Bank Dunia, HSBC, Nike dan lain-lain syarikat yang berprofil tinggi.

Pengumuman berjuta-juta dolar untuk projek yang diklasifikasikan sebagai ‘Alliance Media Fund’
Pengumuman Dana Perpaduan Belia yang akan menyediakan geran kecil untuk projek-projek belia yang cemerlang dalam bidang dialog antara budaya dan antara agama.

Berdasarkan gambaran ini, maka tidak hairan Dr Wan Azizah, Azmin Ali dan Saifuddin Nasution juga turut hadir dalam program tersebut.

Kenapa Anwar dijemput sebagai salah seorang penceramah ? Itu juga tidak menghairankan kerana bukan sekadar faktor Recep Tayyip Erdoğan, tetapi yang lebih penting adalah faktor dua tokoh ‘High-Level Group’ AoC iaitu Ketua Biskop Desmond Tutu dan Prof. John Esposito.

Paderi Desmond Tutu adalah individu pertama yang dikunjungi Anwar pada Disember 2004 selepas menjalani rawatannya di Munich.
Desmond Tutu yang pernah dianugerahkan ‘The Presidential Medal of Freedom’ pada tahun 2009 kerana keberaniannya membela golongan homoseksual merupakan aktivis yang terlibat aktif rangkaian organisasi hak asasi manusia yang ditaja oleh PBB dan Amerika Syarikat seperti the Truth and Reconciliation Commission (TRC) dan The Elders.

Manakala, John Esposito boleh dianggap sebagai guru Anwar.

Malah sejak tahun 2001, John Esposito telah mengklasifikasi Anwar sebagai ‘Muslim Moderat’ sebaris dengan Ismail Ragi al-Faruqi (U.S./Palestine), Khurshid Ahmad (India/Pakistan), Rashid Ghannoushi (Tunisia), Hasan al-Turabi (Sudan), Abdolkarim Soroush (Iran), dan Abdurrahman Wahid (Indonesia) dalam bukunya, “Makers of Contemporary Islam“.

Dalam bukunya,“Unholy War: Terror In The Name Of Islam”, John Esposito melihat Anwar sebagai “seorang globalis muka tembok yang sesuai dengan dunia moden bagi pasaran-pasaran dan media”’ serta seorang yang “liberal”…beliau kekal dengan kelantangan suara bagi isu sosiopolitik dan pembangunan ekonomi, membela pluralisma di dalam masyarakat pelbagai agama serta dialog-dialog antara tamadun.. Pluralisma dan tolak ansur berdasarkan hormat menghormati dan saling memahami adalah kunci kepada visi Anwar Ibrahim di dalam dialog peradaban mengenai convivencia..convivencia (hidup bersama) merujuk kepada pemerintahan Roger II pada kurun ke dua belas di Sicily dan pemerintahan Islam di Semenanjung Iberian termasuk Toledo, Cordoba dan Granada di mana masyarakat Kristian, Islam dan Yahudi tinggal bersama-sama di dalam konteks pergaulan dan pertukaran budaya”

Selepas Anwar dibebaskan dari penjara, John Esposito turut mengambil Anwar sebagai pensyarah pelawat di pusat yang diasaskannya iaitu CMCU, the Center for Muslim-Christian Understanding, Universiti Gergetown, Amerika Syarikat.

Universiti Georgetown adalah sebuah universiti swasta Jesuit, terletak di Georgetown berhampiran dengan Washington, DC dan merupakan universiti Katolik tertua di Amerika Syarikat.

Ditubuhkan pada tahun 1789 oleh Father John Carroll (yang kemudiannya menjadi Bishop Amerika Syarikat yang pertama) berasaskan pengalamannya menubuhkan Kolej Roman Katolik (Roman Catholic College), di Maryland.

Sebagai sebuah universiti swasta Jesuit yang pertama di Amerika Syarikat, universiti itu menghimpun semua cerdik pandai Kristian untuk melakukan proses kaderisasi yang patuh kepada ‘Arahan Dari Gereja Katolik Rom’.
Jesuit adalah singkatan kepada Ahli Persatuan Jesus (The Society of Jesus), ditubuhkan oleh Ignatius Loyola (seorang Kesatria Sepanyol/Spanish knight) sebagai satu ‘pasukan utama tentera-tentera Jesus’.

Bacaan lanjut sila klik di sini untuk mengetahui kaitan Anwar, John Esposito dan rangkaian Jesuit.
Selain, salah seorang aktivis jesuit, laman globalmbreport.org mendedahkan John Esposito adalah “Foreign Affairs Analyst” for the U.S. State Department intelligence agency (INR).

The World Interfaith Harmony Week
Program AoC di Istanbul diadakan sempena dengan ‘The World Interfaith Harmony Week‘ yang diluluskan PBB pada setiap tahun di awal bulan Februari.

‘The World Interfaith Harmony Week’ ini dilaksanakan berdasarkan projek perintis ‘The Common Word initiative’ yang dimulakan pada tahun 2007 yang menggesa pemimpin Muslim dan Kristian bekerjasama atas dasar dialog.

Menurut vatican.usembassy.gov akar inisiatif ini berasaskan satu memorandum pada Oktober 2007, ditulis oleh sarjana Islam kepada Pope yang dinamakan “A Common Word Between Us and You“.

Nama Anwar Ibrahim termasuk salah seorang penandatangan apologitik kepada Pope itu.

Dialog antara agama antara Muslim dan Kristian dikembangkan juga kepada agama Yahudi (Judaisme) yang dianggap sebagai tiga agama ‘monotheistic’, berdasarkan konsep ‘Love of God, and Love of the Neighbour’.

Selain ini turut dikembangkan kepada agama-agama lain, termasuk Hindu dan Buddha.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”