Sunday, February 12, 2012

KFC i-City Shah Alam: Nak Sembelih Ayam, Melayu atau Cina? Sila Pilih

Provokasi Perkauman Agen-Agen Perpecahan sudah bermula? Apakah benar DAP pencetus provokasi terbaru ini atau jika benar sekali pun, mungkin... thumbnail 1 summary
Provokasi Perkauman Agen-Agen Perpecahan sudah bermula? Apakah benar DAP pencetus provokasi terbaru ini atau jika benar sekali pun, mungkinkah mereka sekadar agen dan ada lagi "handlers Illuminati" di belakang tabir?

Sekadar mengingatkan kembali dalam prinsip main bolasepak freestyle "Joga Bonita" (Play Beautiful). Fokus pandangan anda pada bola bukan kaki.. kerana bila anda silap pandang dia nanti jadi silap mata... Jangan dikelirukan oleh kelincahan anggota kaki dan pergerakan badan. Focus on the ball..

Saya yakin sekiranya ini merupakan isu perkauman, ia hanyalah sekadar insiden ujian permulaan dalam siri rentetan peristiwa-peristiwa berbaur rasis dan perkauman yang akan menyusul dari masa ke semasa. Sekiranya tidak, baguslah maka ia hanya suatu "isolated case" (yang tersendiri) yang membabitkan satu set pelanggan dan pekerja KFC yang kurang matang, emosional dan kurang beretika dalam tindakan mereka. Sebenarnya tidak ada sebarang alasan untuk bersifat ganas dalam menangani aduan atau tindak tanduk pelanggan. Sekiranya pelanggan bersifat ganas atau "abusive" kita nasihatkan dia secara baik atau ikut prosedur undang-undang itu sahaja.

Samada Cina, Melayu atau India, saya ujukan persoalan apakah anda sudah bersedia untuk menjadi seorang rakyat Malaysia yang benar-benar matang dan berniat baik atau apakah anda ingin menjadi bahan experimentasi dan ujikaji seterusnya dari "handlers-handlers" agenda provokasi yang tersembunyi? Terpulang. Saya tidak berminat dalam polemik perkauman dan politik. Saya sedang berusaha menjadi seorang Mukmin yang sangat peka pada perkembangan akhir zaman dan penipuan-penipuan al Masihud Dajjal LaknatuLlah serta agentur-agentur Illuminati pendokong tegar Syaitan yang akan berterusan memecahbelahkan Ummah itu sahaja. Anda bagaimana?

Dalam masa yang kita ada untuk tempoh bertenang ini sila berfikir dengan matang. Kalau kita lihat dari respon secara umum pon dah boleh faham betapa masyarakat yang berbilang kaum seperti kita ini tersangat sensitif dan mudah meletup melalui insiden-insiden yang sebegini. Komen-komen yang berbaur rasis dan perkauman bersimpang-siur dalam posting-posting di internet sebaik sahaja kes sebegini berlaku.

Dalam lain perkataan sangat mudah untuk diperalatkan oleh agentur sulit perpecahan dan rusuhan kerana kalau kita lihat sememangnya pada dasarnya terlalu ramai antara kita rakyat Malaysia yang terlalu bias, emosional dan kurang waras dalam hal-hal sebegini. Dan anda harus sentiasa ingat mereka ini (agen-agen provokatur) bukan sahaja boleh berada di belakang tabir DAP.. Mereka boleh memainkan peranan dalam setiap elemen percaturan dan kesetiaan mereka bukan terletak pada parti, agama, maupun negara tetapi pada agenda Dajjal LaknatuLlah.


- Al Faedah
__________________________________________________________________

DAP Cuba Cetuskan 13 Mei Sebab Ayam KFC

Insiden seorang pekerja KFC I-City menumbuk seorang pelanggan Cina, kini sedang hebat diperkatakan di seluruh Malaysia. Klip video yang dimuatnaikkan oleh seorang RACIST yang cuba membuktikan bahawa seorang anak muda Melayu yang bertugas di restoran makanan segera tersebut seorang RACIST, sebenarnya hanya untuk mencetuskan kemarahan luar biasa terhadap Melayu dan UMNO oleh para pengundi muda bukan Melayu.

Malangnya, ada satu fakta yang tidak disebut dalam kes ini iaitu ‘mangsa’ yang bernama Danny Ng itu, TIDAK BOLEH BERBAHASA KEBANGSAAN sekalipun daripada rupa parasnya, dia masih muda dan golongan muda sepertinya, amat mustahil memahami Bahasa Melayu yang merupakan Bahasa Kebangsaan negara ini.

Ada dua kemungkinan yang boleh dirungkaikan, iaitu lelaki bernama Danny Ng itu merupakan Cina Import yang sememangnya seringkali dikaitkan dengan DAP dalam usaha parti tersebut menjadi parti penguasa di Malaysia dan kedua, Danny Ng telah diarahkan agar berpura-pura tidak boleh berbahasa Melayu bagi membuktikan dia tidak mengungkapkan CIBAI PUNYA MELAYU yang menjadi punca kepada kemarahan petugas KFC itu.

Apabila DAP masuk campur dalam kes ini, maka ia pun bertukar menjadi RACIST sepenuhnya. Dengan kecenderungan DAP untuk membuktikan bahawa Melayu-Bumiputera adalah pembuli di negara ini, DAP menerusi wakil mereka, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menafikan bahawa Danny Ng telah membuat provokasi sehingga menyebabkan dia ditumbuk oleh petugas KFC I-City.

Agak menarik untuk dilihat ialah apabila insiden berkenaan telah mencetuskan satu lagi kempen pemboikotan berasaskan perkauman yang digerakkan oleh cybertrooper-cybertrooper DAP di medan Internet. Reaksi-reaksi yang ditunjukkan rata-rata menyalahkan KFC yang mempunyai kepentingan Bumiputera. Sebaliknya insiden tersebut telah menggerakkan usaha untuk mengalihkan tumpuan pelanggan kepada SAINGAN KFC iaitu MCDONALD.

Mungkin ramai yang kurang menyedari, KFC yang dimiliki oleh QSR Brands yang mana ahli Lembaga Pengarahnya adalah hampir keseluruhannya Bumiputera-Islam, berbanding ahli Lembaga Pengarah dan teraju utama McDonalds Malaysia yang hampir tidak ada nama Melayu-Bumiputera di situ.


Setelah sekian lama menjalankan usaha untuk menjahanamkan jaringan perniagaan Melayu-Bumiputera, terutama dengan menggunakan Melayu-Bumiputera sendiri, insiden yang tercetus di I-City telah dijadikan sebagai pemangkin untuk kempen pemboikotan yang baru.

Cukup dengan bermodalkan CIBAI PUNYA MELAYU, cybertrooper DAP yang bersifat ultra-kiasu cuba memutarbelitkan apa yang berlaku di KFC I-City. Penyiaran klip video yang dibuat, sebenarnya bertujuan untuk menunjukkan kerendahan moral dan etika kerja oleh anak Melayu-Bumiputera. Dengan bahagian MAKI HAMUN oleh Danny Ng dibuang, pemuatnaik video berkenaan cuba melakukan penipuan. Begitu juga dengan komen yang diberikan oleh seorang saksi yang menjelaskan perkara sebenar sehingga tercetus insiden tersebut, turut dibuang oleh si pemuatnaik bagi menutup punca sebenar.

DAP sebenarnya mempunyai campurtangan yang jelas dalam insiden ini. Dengan mempermain-mainkan emosi masyarakat bukan Melayu, DAP berharap mereka akan memperolehi keuntungan yang sangat besar pada PRU akan datang. Dan tidak hairanlah apabila ADUN Segambut, Lim Lip Eng membuat sidang media untuk menegakkan benang basah.

Untuk ketika ini, para propagandis PAS dan Melayu PKR, masih belum memberikan sebarang reaksi bagi menyokong DANNY NG. Walau bagaimanapun, dijangkakan mereka tidak akan mengambil masa yang panjang untuk menyalahkan budak Melayu pekerja KFC itu untuk membela DANNY NG dan DAP terutama setelah disuruh dan dibayar oleh DAP nanti!

Sumber: DAP Cuba Cetuskan 13 Mei Sebab Ayam KFC

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”