Friday, February 15, 2013

TILAWAH BIBLE ( BAHASA ARAB)

WISUDA PERDANA INSTITUT TEOLOGI KALIMATULLAH ( ITK ) KONSENTRASI STUDI ISLAM JAKARTA 29 MAR... thumbnail 1 summary
WISUDA PERDANA
INSTITUT TEOLOGI KALIMATULLAH ( ITK )
KONSENTRASI STUDI ISLAM
JAKARTA 29 MARET 2004


Inilah sesi tilawah Bible lengkap dengan kalimah SADAQALLAHUL ‘ADHEEM
( صدق الله العظيم )

Tapi ini lama dah dibuat di negara jiran kita. Malaysia tak tahulah. Tapi semestinya bagi penyokong-penyokong tegar Islam yang kununnya liberal sudah tentu tak mengapa bukan?

Begitulah mereka lakukan dalam satu majlis konvokesyen di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta di bawah Yayasan Misi Global Kalimatullah - 29 Mac 2004.

Urusan agama ini sebenarnya mudah saja kalau nak faham. Apabila Iman telah dikaburi dengan pelbagai zhulumat & kegelapan ruhani maka hilanglah taring serta maruah Ummah Islam. Tak payahlah debat dan berbalah panjang-panjang. Muhasabah dan renung ke dalam diri masing-masing sekarang semoga ALLAH SWT memberi petunjuk dan hidayah bagi kita semua seadanya.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”