'Unburying the Past' rangkul dua anugerah antarabangsa
KUALA LUMPUR: Filem dokumentari terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia FINAS dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara (JWN) “Unburying the Past” telah berjaya menerima dua anugerah di Festival Arkeologi Filem dan Video Antarabangsa di Eugene, Oregon, USA yang bermula dari 7-11 Mei 2013.
Filem arahan Harun Rahman dari Novista Sdn Bhd telah merangkul anugerah dalam kategori “Best Public Education” dan “Best Narration”. Filem tersebut juga telah muncul sebagai tiga filem teratas untuk anugerah Filem Terbaik daripada 79 buah filem dari 22 negara yang menyertainya.
Wakil yang menyertai Festival tersebut terdiri dari Puan Subaidah Md Top, Pengarah Produksi FINAS, Encik Rizal Mat Yasin, Pegawai Eksekutif FINAS dan Puan Lara Ariffin, Penerbit dari Novista Sdn. Bhd.
“Dokumentari ‘Unburying the Past’ telah mendapat pujian dari pihak juri dari segi kualiti penerbitan, pengisiannya dan grafik. Dengan pengiktirafan antara tiga filem terbaik, ia membawa makna bahawa, filem penerbitan Malaysia telah mencapai taraf antarabangsa.”
“Dengan menghadiri Festival tersebut, Warisan Arkeologi Malaysia dapat diangkat ke mata dunia,” Subaidah.
Dokumentari ini telah diterbitkan atas cetusan idea dari Menteri Kementerian Penerangan, Kommunikasi dan Kebudayaan, YB Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim dan mendapat kerjasama dari Prof Emeritus Datin Paduka Zuraina Majid, Pesuruhjaya Warisan Malaysia.
Berita mula diterbitkan pada: Mei 28, 2013 11:00 (MYT)
Berita mula diterbitkan pada: Mei 28, 2013 11:00 (MYT)
No comments
Post a Comment