Harga minyak naik 20 sen dah kalot.. [You have no idea what's coming our way.."]. Sedikit implikasi yang boleh dijangkakan dari pergolakan di Syria dan
Timur Tengah. Obama cuba lengahkan serangan atas Syria dengan bermain
silap mata. Berapa lama boleh bertahan agaknya?
US President Obama announced on Saturday that World War III has been postponed. Rather than unilaterally bombing Syria, and setting off a regional conflagration that could escalate into nuclear confrontation with Russia, Obama has decided to seek Congressional approval before risking blowing up the world.
Sambil tentangan meningkat
terhadap keputusan Amerika Syarikat dan Rusia semakin tegas dengan
pendiriannya, serangan keatas Syria nampaknya sedang ditangguhkan buat
seketika.
Di UK Perdana Menteri James Cameron dihalang dari mendapat laluan mudah sambil Obama pula sedang bertungkus lumus bermain silat ghaib dan silap matanya untuk menangguhkan serangan keatas Syria di bawah renungan Israel yang semakin tajam. Beliau kini sudah "berpatah balik" dan bakal membawa isu serangan keatas Syria ke Congress AS yang mungkin mengambil masa lebih seminggu membahaskan isu Syria. (Obama kamu jangan kena tembak sudahlah..)
Sambil itu Presiden Putin sedang menanti untuk bertemu beliau pada persidangan G20 hari Jumaat ini. Operasi serangan kimia "false flag" baru-baru ini nampaknya hanya berjaya membuktikan bahawa Rusia masih tidak berganjak dengan pendiriannya untuk mempertahankan Syria.
Sambil kuasa-kuasa globalisasi Yakjuj Makjuj ini bertelingkah sesama mereka untuk menjahanamkan sebuah lagi negara Islam, dan sekiranya Israel dan Arab Saudi tidak dapat meng"hijack" langkah Obama untuk melengah-lengahkan serangan keatas Syria, mungkin kita ada ruang masa sekitar 4-8 minggu sebelum situasi dan sentimen perang bergolak semula.
Keadaan huru-hara boleh dicetuskan dengan mudah dalam situasi yang tegang seperti ini semata-mata dengan satu lagi operasi "false flag" dengan melancarkan satu atau beberapa operasi serangan secara tersembunyi dan kemudian menyalahkan kerajaan Syria sekali lagi.
Manakala itu di laman negara kita, sebaik saja selesai sambutan Hari Merdeka pada hujung minggu, rakyat "dikejutkan" dengan kenaikan 20 sen seliter harga minyak. Agak lucu melihat para admin beberapa organ-organ pro-kerajaan dalam Facebook bersungguh-sungguh dengan retorik mereka menghentam pembangkang mengatakan ia sekadar kabar angin hanya untuk dikejutkan pada awal malam tadi dengan pengumuman yang membenarkan berita tersebut. Habis semua menggelabah putar alam untuk menjustifikasikan kembali argumen masing-masing.
Saya nak bagi ingatanlah, sambil kalian berdebat tentang isu kenaikan harga minyak tempatan ini. Ramai juga saya nampak mengeluh tak sudah termasuk para penta'assub dan pentaqlid buta dari kalangan angkatan radikalis Melayu yang bukan main seronok mengapi-apikan konflik sektarian dulu. Sekiranya keadaan di Timur Tengah ini terus bergolak seperti yang dikehendaki sangat oleh kamu penyokong-penyokong NATO, kenaikan 20 sen seliter minyak ini akan menjadi masalah paling kecil bagi kamu.
Sedikit implikasi yang boleh dijangkakan dari pergolakan di Syria.:
1. Iran akan mengancam laluan Terusan Hormuz dan menyekat laluan kapal. Sekiranya ini berlaku 20% dari bekalan minyak dunia akan terhenti sekelip mata.
2. Sentimen perang saudara yang sedang dibentuk di Mesir sekarang akan akhirnya meletus disebabkan oleh kehadiran tentera AS yang semakin ketara di perairan dan sekeliling Syria. Terusan Suez akan menjadi pilihan jalan yang sangat berbahaya bagi pengekspot minyak. Kebanyakan mereka akan mengambil laluan alternatif mengelilingi Afrika yang bakal menambahkan masa perjalanan selama 2 minggu dan menaikkan kos pengangkutan minyak.
3. Pemberontakan di Arab Saudi yang terpendam sekian lama akan semakin membuak.
4. Harga minyak bakal melonjak pada kadar 75-100% dalam masa 3 bulan dari sebarang serangan keatas Syria [ 20 sen seliter lu kalot? ]
5. Industri pelancungan dan pengangkutan akan tergugat dengan kenaikan kos pengangkutan yang mendadak.
6. Rusia akan terus mengancam untuk menghadkan atau memotong bekalan ekspot gas asli Rusia ke EU sekiranya mereka menyokong serang US keatas Syria. EU terpaksa akur kerana mereka amat bergantung kepada sumber tenaga gas asli Rusia.
7. Rusia akan berterusan memantau perairan Mediterranean untuk mengawal pergerakan tentera Amerika Syarikat. Namun kemungkinan Rusia memulakan sebarang serangan keatas AS buat masa ini adalah minima, kerana serangan ekonomi Rusia dan China keatas AS akan lebih membahayakan kedudukan AS.
8. China dan Rusia akan akhirnya mengumumkan keputusan mereka untuk menolak dollar AS sebagai matawang dunia. Inisiatif yang membawa kepada keputusan ini sudah pun dimulakan sejak tahun 2005 yang bukanlah diluar pengetahuan fraterniti perbankan global.
9. Memandangkan kedudukan China sebagai pengekspot dan pengimpot nombor satu dunia, kebanyakan negara akan mengikut dan meninggalkan penggunaan dollar dalam hubungan dua hala. Nilai dollar Amerika bakal tumbang. Maka China, Rusia dan perang di Syria akan dikambing hitamkan dan dipersalahkan, sambil Federal Reserve Amerika Syarikat yang sebenarnya punca kemusnahan ekonomi dunia akan dilupakan.
10. Di Amerika Syarikat kombinasi harga bahanapi yang semakin meningkat dan susutnilai dollar akan menaikkan harga barangan sekurang-kurangnya 2 kali ganda. Barangan impot akan semakin pupus dan huru-hara sosial akan berlaku untuk menyusun kembali bentuk kerajaan dan peranan Amerika Syarikat.
11. Sambil huru-hara sosio ekonomi dunia semakin bercelaru, peperangan akan berterusan dan semakin melata dengan menggunakan pelbagai agen-agen provokatur yang melagakan semua pihak sehingga berlakunya suatu "insiden terancang" yang akan digunakan sebagai "Jus ad bellum" atau justifikasi utama untuk mencetuskan Perang Dunia Ketiga.