بِسْمِ اَللهِ اَلرَّحْماَنِ اَلرَّحِيمِ
║▌║▌║█│▌alfaedah║▌║▌║█│▌
Posting asal bertarikh: 11/11/2013 di sini dan Entri Facebook
- Oleh Al Faedah
1. MUQODDIMAH:
Adalah kisah ini pada jalan menceritakan dan memperjelas akan isi dan maksud tersirat dari hadith RasuluLlah (صلى الله عليه و سلم) yang berikut tentang hubbud dunya dan al wahn yang padanya menjadi penyebab utama akan kegagalan Ummah beroleh kemuliaan dan kejayaan. Malah buat sekian lama Ummah telah terjerumus ke lembah kehinaan yang nyata. Namun, ilmu itu masih bukan semata-mata pada pengetahuan akan jawapan kepada soalan.
Yang dimaksudkan dengan ilmu ialah apabila kamu bermujahadah dan bersusah payah pada jalan untuk mendapat akannya atau kamu bermujahadah dalam menghayati akan maknanya. Kemudian kamu bermujahadah dan bersusah payah pada jalan beramal dengannya. Dan pada masa yang sama kamu bermujahadah dan bersusah payah pada jalan menyampaikannya.
Pada tiap jalan kesusahan yang kamu tempuhi itu maka terjadilah pembukaan pada pintu-pintu hatimu akan yang dikatakan ‘ilmu itu. Selagi tiada pembukaan selagi itulah bukan ilmu yang kamu miliki melainkan hanya gambaran pengetahuan semata-mata.
عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:﴿يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ فَقَالَ قَائِلٌ يَا
رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْت
Dari Tsauban (رضي الله عنه) berkata, “Telah bersabda Rasulullah (صلى الله عليه و سلم), “Hampir saja bangsa-bangsa berkumpul menyerang kalian sebagaimana mereka berkumpul untuk menyantap makanan pada talam. Salah seorang sahabat (رضي الله عنه) bertanya, “Apakah karena sedikitnya jumlah kami pada saat itu?”
Beliau (صلى الله عليه و سلم) menjawab, “Bahkan pada saat itu jumlah kalian banyak, tetapi kalian seperti buih, buih di atas lautan. Sungguh Allah benar-benar akan mencabut rasa takut pada hati musuh kalian dan sungguh Allah benar-benar akan menghujamkan pada hati kalian rasa wahn.”
Kemudian seseorang bertanya, “Wahai Rasulullah (صلى الله عليه و سلم), apakah wahn itu?” Beliau (صلى الله عليه و سلم) menjawab, “Cinta kepada dunia dan takut mati”.
Kedudukan Hadis: Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya pada bab Fi Tada’al Umam alal Islam juz XI halaman 371 hadis nombor 3745.
Dalam Musnadnya, Imam Ahmad meriwayatkan hadis ini dalam bab Wa min Haditsi Tsauban (رضي الله عنه) juz 45 halaman 378 hadis nombor 21363. Hadits ini adalah hadis sahih, marfu dari Rasulullah (صلى الله عليه و سلم).
يوشك أن تداعى عليكم الأمم من كل أفق كما تداعى الأكلة إلى قصعتها. قيل يا رسول الله أمن قلة يومئذ ؟ قال لا ولكنكم غثاء كغثاء السيل يجعل الوهن في قلوبكم و ينزع الرعب من قلوب عدوكم لحبكم الدنيا وكراهيتكم الموت). رواه أبو داود و احمد وصححه الألباني في صحيح الجامع الصغير 2/1359 ح 8183 و سلسلة الأحاديث الصحيحة ح 956
Rasulullah bersabda, “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas bekas.”
Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air.
Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud No. 3745)
AL HAQQUL HAQ: KISAH PERDANA MENTERI DENGAN 3 SOALAN
Di sebuah negara yang aku namakan Isketamguli, pada suatu ketika dalam perjalanan masa, maka hiduplah seorang Raja yang kejam dan tiada berlaku adil pada rakyat jelatanya dengan negaranya diberi tanggungjawab pentadbiran kepada seorang Perdana Menteri. Selanjutnya pada suatu hari sang Raja memanggil Perdana Menteri untuk datang mengadap. Maka berkata Raja, “Wahai Perdana Menteri sudah sampai masanya bagi kamu untuk meletakkan jawatanmu secara terhormat, kerana beta tiada berpuashati dengan perkhidmatanmu. Maka janganlah kamu mengundang kemurkaan beta selanjutnya, melainkan kamu berundur diri secara terhormat.”
Berkata Perdana Menteri, “Berikan penjelasan kepada kegagalan patik, ampun Tuanku..” Jawab Sang Raja, “Bukan menjadi hak kamu untuk menerima penjelasan maupun tanggungjawab beta bagi menjelaskannya..”
Berkata Perdana Menteri, “Ampun Tuanku, mohon berikan peluang terakhir bagi patik untuk meneruskan khidmat patik pada kerajaan Tuanku. Patik sanggup menurut apa sahaja permintaan Tuanku.”
Berkata Sang Raja. “Baik. Namun tiada peluang yang aku berikan tanpa persyaratan yang keras. Beta kurnia perkenan bagi perlanjutan watikah dengan syarat kamu menjawab 3 soalan yang beta berikan dengan betul. Pada soalan pertama yang kamu gagal, maka kepalamu akan dipenggal.
Berkata Sang Raja. “Baik. Namun tiada peluang yang aku berikan tanpa persyaratan yang keras. Beta kurnia perkenan bagi perlanjutan watikah dengan syarat kamu menjawab 3 soalan yang beta berikan dengan betul. Pada soalan pertama yang kamu gagal, maka kepalamu akan dipenggal.
Sekiranya ketiga-tiga soalan telah kamu jawab dengan betul, maka bolehlah kamu meneruskan perkhidmatanmu. Kamu beta beri 3 hari untuk mengemukakan jawapan yang benar. Namun beta harapkan agar kamu terus berpergian dan tiada kembalinya pada istana beta dalam masa 3 hari ini kerana sesungguhnya tiada sesiapapun yang telah menempuh jalan soalan ini melainkan telah gagal dan daku hukum bunuh akannya.”
Perdana Menteri menjadi pucat lesi, lalu memberanikan diri. “Ampun Tuanku, apakah soalannya?”
Berkata Sang Raja, yang demikian adalah soalannya,
1. Maa huwa maksudul-hayat? ( ما هو مقصود الحياة )
Apakah maksud hidup kamu?
2. Maa abthalul-bathil? ( ما ابطل باطل )
Apakah kebathilan yang paling bathil?
3. Maa ahaqqul-haq? ( ما أ حق حق )
Apakah kebenaran yang paling benar?
2. PERTEMUAN
Maka berpergianlah akan Perdana Menteri dengan nyawanya dihujung pedang menjelang luputnya tiga hari dengan tanpa sebarang kepastian kepada tiga soalan yang diberi padanya.
Setelah tiga hari hidup melarat berjalan ke sana sini tanpa sebarang halatuju, maka sampailah beliau kepada sebuah padang, di hujung-hujung dunia.. Sedang beliau termenung datang seorang gembala kambing menegur sapa, “Wahai tuan hamba, apakah gerangan ku lihat dikau dalam kebimbangan yang amat sangat. Lalu diceritakan oleh Perdana Menteri.
“Apakah soalannya?” tanya Sang Gembala. Lalu dijawab Perdana Menteri;
1. Maa huwa maksudul-hayat? ( ما هو مقصود الحياة )
1. Maa huwa maksudul-hayat? ( ما هو مقصود الحياة )
Apakah maksud hidup kamu?
2. Maa abthalul-bathil? ( ما ابطل باطل )
Apakah kebathilan yang paling bathil?
3. Maa ahaqqul-haq? ( ما أ حق حق )
Apakah kebenaran yang paling benar?
“Tahukah jawapan kepadanya?” tanya Perdana Menteri dengan penuh sangsi dan keraguan.
Berkata Sang Gembala. “Ya hamba tahu akan jawapannya..”
“Berikan padaku jawapannya wahai sang gembala. Nyawaku sedang ku pertaruhkan..” kata Perdana Menteri dengan gopoh.
“Tiada ku berikan jawapannya melainkan ku tunaikan hak kamu terlebih dahulu sebagai tetamu. Ayuh ke kemah daku dan kamu menjamah santapan terlebih dahulu. Kemudian kamu boleh berpergian ke istana mengadap raja.” kata Sang Gembala.
Perdana Menteri masih sangsi, “Sekiranya jawapanmu salah, bermakna matilah aku wahai sang Gembala!”. Sang Gembala tersenyum lalu berkata, “Pada ketika kamu dihukum mati, sampaikan salamku padanya dan katakan padanya supaya mengambil nyawaku sebagai ganti, nescaya tiadalah ia berbuat kepadamu melainkan dilepaskan bebas buat selamanya.”
Lalu sampailah mereka berdua ke perkhemahan Sang Gembala lalu disiapkan jamuan untuk Sang Perdana Menteri. Arakian setelah siap segalanya maka dijemputnya duduk akan Perdana Menteri lalu dihidangkan makanan.
“Berdoalah lalu bersantaplah akan kamu jamuan hamba yang tiada seberapa ini wahai Perdana Menteri. Tiadalah beza darjat permakananmu yang semewah-mewahnya dengan jamuan daku yang tak seberapa ini, melainkanlah rizqi dan kurniaan dari ALLAH SWT jua..” kata Sang Gembala.
Lalu sedang Perdana Menteri hendak mengambil suapannya, dipanggil pula oleh Sang Gembala akan anjing gembalaannya. Datanglah anjingnya lalu duduk bersebelahan pada Perdana Menteri.
“Apakah ini?” tanya Perdana Menteri kehairanan dalam menahan kemarahannya. Kata Sang Gembala, “Tafaddhol Tuan Perdana Menteri, makanlah tapi asingkan sebahagian makananmu pada bekas makanmu dan benarkan anjingku yang kelaparan untuk turut makan bersamamu. Sesungguhnya ia juga dalam kelaparan yang amat sangat…”
Walau keberatan terpaksalah Perdana Menteri menurut permintaan Sang Gembala. Sesuap demi suapan dimakannya jamuan sambil anjing gembala turut menjamah selera sehingga kehabisan semuanya.
Walau keberatan terpaksalah Perdana Menteri menurut permintaan Sang Gembala. Sesuap demi suapan dimakannya jamuan sambil anjing gembala turut menjamah selera sehingga kehabisan semuanya.
Seusai sudah maka berkatalah Perdana Menteri, “Sudahku tunaikan permintaanmu wahai Sang Gembala, maka berilah akan ku jawapannya agar aku dapat kembali pada Raja dengan jayanya.”
Berkata Sang Gembala, “Sebenarnya sudah ku berikan jawapannya kepadamu wahai Perdana Menteri, maka segeralah kamu kembali pada tempatmu..”
Perdana Menteri terpinga-pinga. “Mohon pencerahan wahai Sang Gembala dan janganlah kamu memperolok-olokkan diriku yang teraniaya..” kata Perdana Menteri.
3. JAWAPAN
Berkata Sang Gembala,
1. “Sesungguhnya tiada sesiapa melainkan kamu yang telah menzhalimi akan dirimu sendiri. Sepanjang hayatmu kamu telah mensesia-siakan kehidupanmu di dunia yang sementara ini dengan kamu jadikan al maksudul hayat, maksud hidupmu untuk berebutan kuasa sebagai seorang pemerintah dan pentadbir yang menzhalimi rakyat jelata negaramu, sedang amalan kamu sangat banyaknya yang tidak bersesuaian dengan kehendak Syari’e.
Dalam memburu maksudul-hayatmu kamu telah melalaikan tugas dan tanggungjawabmu kepada ALLAH SWT lalu kamu hidup bersenang lenang dan berpoya--poya dalam kemewahan dan pembaziran yang melata. Bukan saja kamu telah menzhalimi rakyat jelatamu, malah kamu menzhalimi dirimu sendiri sekembalinya kamu kelak dan dihadapkan di hadapanNYA untuk dihisab akan setiap perlakuanmu.
Itulah jawapan kepada persoalan, Maa huwa maksudul-hayat? ( ما هو مقصود الحياة ). Apakah maksud hidup kamu? Kuasa, harta serta pangkat dan kedudukan di dunia yang sementara.
Untuk mendapatkannya kamu telah sanggup mempertaruhkan nyawamu semata-mata kerana takut kehilangan akannya. Apabila beroleh akan kamu padanya, tiada kamu lakukan melainkan menyalahgunakan kuasa yang ada padamu wahai Perdana Menteri. Maka bertaubatlah kamu segera dari setiap ketelanjuranmu.
2. Pada persoalan keduanya, telah berfirman akan ALLAH SWT wahai Perdana Menteri,
وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ
(wa maal hayaatud dunyaa illaa mata`ul ghuruuri)
dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan (bagi orang-orang yang terpedaya). (185)
Kamu dilanda oleh penyakit Hubbud Dunya yang teramat sangat, sehingga kecintaanmu pada pangkat kebesaran, harta dan kedudukan di dunia yang melalaikan itu menjadikan sangat panjang akan angan-anganmu sehingga kamu menggadaikan kehidupan akhirat yang sebenar-benarnya kekal abadi selamanya.
Dan demikian itulah jawapan kepada, Maa abthalul-bathil? ( ما ابطل باطل ). Apakah kebathilan yang paling bathil? AD DUNYA. Kehidupan dunia yang menipudaya akan dirimu wahai Perdana Menteri. Maka bersegeralah kamu melutut memohon pengampunan dari ALLAH SWT akan kelalaian kamu sekian lama ini. Sesungguhnya aku sendiri memohon keampunan setiap hari dari hayatku yang sementara ini.
3. Pada persoalan ketiganya, telah berfirman ALLAH SWT wahai Perdana Menteri,
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ
(Kullun nafsin dzaa`iqatul maut)
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.
Darihal kerakusan kamu memburu maksud hidup kamu di dunia yang sementara ini wahai Perdana Menteri, kamu telah diburu pula pada setiap penjuru kehidupanmu dengan penyakit Al Wahn.
Kamu sangat mentakuti akan mati kerana ketamakkanmu pada habuan dunia ini. Sedang kamu sangat meyaqini bahawa kamu tetap akan mati, namun kamu bersungguh-sungguh mengelakkan akannya. Anehnya, keyaqinanmu pada Al Maut, tiada sedikit pun menambahkan pada keimanan dan amalan ibadah mu terhadap ALLAH SWT, sebaliknya semakin menjauhkan kamu dariNYA.
Seorang mulhid/atheis boleh saja menafikan kewujudan ALLAH SWT walaupun ALLAH SWT itulah yang HAQ, namun masih boleh seorang manusia menafi akanNYA. Seorang musyrik boleh saja ia menafikan kebenaran ALLAH SWT secara ia mensyirikkan ALLAH SWT pada pelbagai tuhan-tuhan yang sesuai dengan nafsu dan kehendaknya.
Kamu memiliki keyakinan yang benar padanya, sedangkan pada masa yang sama kamu sangat dihantui akan AL WAHN sehingga kamu sanggup menggadaikan segala-galanya, hatta kamu telah pun sanggup makan sedulang dengan seekor anjing darihal keyakinan kamu terhadap Al Haqqul Haq! Yaqni itulah AL MAUT.
Namun Sang Perdana Menteri tiada seseorang pun yang mampu menafikan AL MAUT bila ia sudah tiba pada pintu ajalmu. Maka ketahuilah bahawa jawapan kepada, Maa ahaqqul-haq? ( ما أ حق حق ) Apakah kebenaran yang paling benar? Tiada lainlah melainkan AL MAUT.
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ (١٨٥)
(Surah Ali Imraan : 185)
“Kullun nafsin dzaa`iqatul maut, wa innama tuwaffauna ujuurakum yaumal qiyaamati, faman zuhziha `anin nari wa udkhilal jannata faqad faaz, wa maal hayaatud dunyaa illaa mata`ul ghuruuri”.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah di sempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”
Lalu tumbanglah Sang Perdana Menteri seraya meraung-raung darihal kehancuran dan terbukanya hijab pada hatinya selama ini.
“Ketahuilah tiada sesiapa yang mampu mengharungi persoalan ini tanpa diiringi sekurang-kurangnya setitis airmata melainkan sudah terjebak akannya dalam permasalahan yang telah dibicarakan. Bangunlah wahai Perdana Menteri. Kembalilah pada kerajaanmu dan jawablah dengan penuh keyaqinan sepertimana telah aku nasihatkan padamu,” kata Sang Gembala.
Jawab Perdana Menteri, “Tidak mungkin wahai Sang Gembala. Sudah tiada kemahuan dan kehendak dalam diriku melainkan keredhoaan ALLAH SWT bermula pada hari ini. Aku tiada akan kembali ke istana maupun tampuk pemerintahan buat selamanya.”
Jawab Sang Gembala, “Kembalilah dan sekurang-kurangnya maklumkan kepada Raja kamu akan niatmu. Mudah-mudahan ALLAH SWT bukakan lebih banyak ‘ilmu penghayatan atas dirimu dan sesungguhnya tiada yang aku ketahui dari hikmah dan susunan perencanaan ALLAH SWT melainkan aku berjalan dengan penuh adab.
Kembalilah dengan sebaiknya dan berlakulah sopan kepadanya. Bukanlah maksud dari penyampaian daku bagi kamu tinggalkan keduniaanmu, melainkan yang melalaikan dari haqiqat kebenaran itulah yang dimaksudkan sebagai Ad Dunya”
4. KESUDAHAN
Make genap 3 hari sudah berlalu. Maka kembalilah Sang Perdana Menteri keesokan harinya pada Istana DiRaja lalu mengadap.
Sudahkah kamu bersedia dengan jawapanmu? tanya Raja.
Jawab Perdana Menteri, “Ampun Tuanku, sesungguhnya aku tiada lagi keinginan pada jawatanku selama ini. Maka patik mohon ampun atas segala kesilapan patik selama ini dan enggan meneruskan dengan permintaan patik yang terdahulu. Ampun Tuanku.”
Jawab Perdana Menteri, “Ampun Tuanku, sesungguhnya aku tiada lagi keinginan pada jawatanku selama ini. Maka patik mohon ampun atas segala kesilapan patik selama ini dan enggan meneruskan dengan permintaan patik yang terdahulu. Ampun Tuanku.”
Raja berasa sangat aneh lalu menyindir, “Apakah kamu takut dihukum pancung darihal jawapanmu yang bakal tersasar?”
Jawab Perdana Menteri, “Tiada lagi apa ketakutan dalam diri patik Tuanku melainkan pada ALLAH SWT dan sesungguhnya patik amat mengetahui akan jawapan pada persoalan itu.”
“Jika benar bagai dikata maka ceritakan pada beta akan jawapanmu sebelum kamu beredar pergi, nescaya sudahpun kamu beroleh izin dari beta untuk berpergian. Namun beta musykil, lalu sampaikanlah jawapanmu walaupun kamu tiada mengingini akan jawatanmu lagi.
Lalu dicerita dan disampaikanlah akan Perdana Menteri sepertimana yang telah diajarkan olehnya akan Sang Gembala Kambing.
Maka setelah mendengar akan pencerahan dari Sang Perdana Menteri maka pengsanlah Sang Raja sepertimana telah tumbangnya akan Perdana Menteri dihadapan Sang Gembala.
Apabila kembali kewarasan beliau, maka berkatalah Sang Raja. Sesungguhnya kamu telah berkata benar. Setelah sekian lama, aku sekadar memiliki soalan & jawapan kepada 3 soalan ini. Tiada aku menghayati akan maknanya melainkan sekadar aku gunakannya pada jalan menguji dengan niat menzhalimi mereka yang di bawah penguasaanku.
Maka ayuhlah Sang Perdana Menteri bersamaku agar kita berjalan seiringan sambil memohon keampunan atas ketelanjuran kita yang terdahulu, maka kita kembalikan kepimpinan negara ini secara penuh keadilan sepertimana yang dituntut akan ALLAH SWT dan Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) dan para Sohabahnya (رضي الله عنه), lalu kita bersama-sama rakyat marhaen dalam menyampaikan dan saling berpesanan pada jalan kebajikan.
Apabila kembali kewarasan beliau, maka berkatalah Sang Raja. Sesungguhnya kamu telah berkata benar. Setelah sekian lama, aku sekadar memiliki soalan & jawapan kepada 3 soalan ini. Tiada aku menghayati akan maknanya melainkan sekadar aku gunakannya pada jalan menguji dengan niat menzhalimi mereka yang di bawah penguasaanku.
Maka ayuhlah Sang Perdana Menteri bersamaku agar kita berjalan seiringan sambil memohon keampunan atas ketelanjuran kita yang terdahulu, maka kita kembalikan kepimpinan negara ini secara penuh keadilan sepertimana yang dituntut akan ALLAH SWT dan Rasulullah (صلى الله عليه و سلم) dan para Sohabahnya (رضي الله عنه), lalu kita bersama-sama rakyat marhaen dalam menyampaikan dan saling berpesanan pada jalan kebajikan.
Semoga ALLAH SWT melimpahkan rahmat dan hidayahNYA keatas Ummah.
Demikian telah dibukakan penceritaan kepada kami oleh para guru yang benar dan dipimpini ALLAH SWT agar lebih banyak pembukaan dan kefahaman dikurniakan atas hati-hati yang ingin menghayati perbicaraan darihal maksud hidup, hubbud dunya, al wahn, dan aliran jalan khilafat yang benar sehinggalah dikembalikan pada Ummah akan kemuliaan dan darjat yang sesuai bagi mereka sebagai Khairan Ummah, sebaik-baiknya Ummah yang dikeluarkan untuk makhluq sekian alam.
No comments
Post a Comment