Tuesday, September 23, 2014

GELOMBANG FITAN BAGAI HUJAN TURUN KE BUMBUNG RUMAH

-al Faedah- PADA MEMBICARAKAN HADITS-HADITS RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM BERKEN... thumbnail 1 summary
-al Faedah-

PADA MEMBICARAKAN HADITS-HADITS RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM BERKENAAN GELOMBANG FITAN DAJJAL & YAKJUJ MAKJUJ YANG SEDANG MELANDA UMAT SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM

https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1509429182647273/

Hendaklah difikirkan perbincangan di sini dengan sepenuh ihtimam (memberatkan) supaya dapat beramal dengan amaran-amaran keras Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa Sallam dan para 'ulama-i-kiram.

[حَتَّىٰ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍ يَنسِلُونَ]

Hingga apabila dibukakan (tembok) Ya´juj dan Ma´juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.

Menurut Sheikh Hamza Yusuf, "Hadabin" dalam lisanul 'arab membawa makna "Gelombang". "Hadabin ma'uj', maka bermakna ia turun dengan gelombang yang cepat. [Hatta idza futihat yajuuju wa ma'juuju wa hum min kulli hadabin yansiluuna]

Maka apa yang kita lihat sekarang adalah gelombang-gelombang fitan yakjuj makjuj sedang turun dari tempat-tempat tinggi (melalui satelit) dalam bentuk kelucahan, kemunkaran, kejahatan, kelalaian, keganasan dan kefasadan (kerosakan) menerobos masuk melalui bumbung-bumbung rumah-rumah, masjid-masjid ALLAH, melalui telefon bimbit, melalui tv, melalui internet terus ke hati-hati manusia menjadikannya semakin gelap dalam dholalah (kesesatan) fitnah, sehingga tersebarnya kefasadan yang melata di kalangan ummah yang sudah lali dan tidak mampu lagi membezakan antara yang haq dengan yang bathil.

HADITS MEMBERI AMARAN FITAN SEBAGAIMANA HUJAN YANG TURUN KE BUMBUNG² RUMAH

Mereka menjawab; 'Tidak.' Beliau bersabda: "Sungguh aku melihat fitnah telah terjadi ditengah-tengah rumah kalian sebagaimana hujan turun." [Sahih al-Bukhari 7060]

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ،. وَحَدَّثَنِي مَحْمُودٌ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْد ٍ ـ رضى الله عنهما ـ قَالَ أَشْرَفَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عَلَى أُطُمٍ مِنْ آطَامِ الْمَدِينَةِ فَقَالَ " هَلْ تَرَوْنَ مَا أَرَى ".. قَالُوا لاَ. قَالَ " فَإِنِّي لأَرَى الْفِتَنَ تَقَعُ خِلاَلَ بُيُوتِكُمْ كَوَقْعِ الْقَطْرِ "

Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim telah menceritakan kepada kami Ibnu 'Uyainah dari Az Zuhri -lewat jalur periwayatan lain-Dan telah menceritakan kepadaku Mahmud telah mengabarkan kepadaku 'Abdurrazzaq Telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri dari 'Urwah dari Usamah bin Zaid radliallahu 'anhuma, mengatakan; Pernah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menaiki sebuah benteng Madinah lantas bersabda; "Apakah kalian melihat yang kulihat?" Mereka menjawab; 'Tidak.' Beliau bersabda: "Sungguh aku melihat fitnah telah terjadi ditengah-tengah rumah kalian sebagaimana hujan turun." [Sahih al-Bukhari 7060]

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”