"Inilah Rusia. Seorang yang sangat arif dan memahami realiti yang bakal mendatang.." |
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=584690048319659&l=1580c33418
Tarikh: 12 September 2014
Dalam khutbah yang dilaporkan berlaku di sebuah gereja di Moscow pada
hari Ahad, Uskup Agung Kristian Ortodoks Rusia Dmitri Smirnov berkata
masa depan adalah milik umat Islam selepas membandingkan mereka kepada
orang Kristian.
Menceritakan pengalaman yang dikongsi bersama oleh seseorang wanita tua dalam kongregasi gerejanya, beliau berkata bahawa seorang pemandu teksi Islam tidak pernah mengambil wang ketika mengambil nya untuk ke gereja, manakala pemandu Kristian hanya berminat dengan wang.
"Seorang anak tidak akan sanggup mengambil wang samasekali dari ibunya, terutamanya sekali jika tujuannya untuk pergi bersembahyang,' kata Uskup Agung itu ketika memetik kata-kata seorang pemandu teksi Islam, sebaliknya seorang pemandu Kristian akan berkata 'Ini adalah kerjaya saya!'
"Seseorang pemandu Muslim yang membawa anda untuk perayaan Easter atau apa perayaan sekalipun, adalah lebih hampir kepada akhlak Al-Masih (Nabi 'Isa alaihis-salam) daripada seorang Kristian yang hanya berminat dengan wang,' kata Smirnov kepada kongregasinya, 'kerana pemandu Kristian tidak mempunyai belas kasihan, kasihan atau kebaikan di dalam hatinya.'
'Seorang Muslim tidak berminat untuk mengambil kesempatan dari perempuan tua itu. Sebaliknya, ia akan menawarkan diri untuk membawanya kemana-mana, ke kedai dobi, ke pusat setempat membayar bil-bil, membawanya ke pasar, membawa beg beliau hatta sanggup menghantarnya sehingga ke depan lif jika ada lif di apartmenya," kata Smirnov.
Smirnov seterusnya berkata: "Atas sebab ini, masa depan itu bakal menjadi milik umat Islam. Masa depan adalah milik mereka.
Mereka akan menguasai tanah ini, kerana orang Kristian hari ini tiada lagi memerhatikan perkara-perkara sebegini."
'Malah, semasa perayaan-perayaan mereka orang-orang takut untuk memasuki kawasan mereka (di Moscow) kerana beribu-ribu anak-anak muda Islam jatuh berlutut dan menyembah Tuhan. Di manakah anda melihat sedemikian ramainya kaum lelaki Ortodoks? Malah anda tidak akan melihat mereka di mana sahaja pada bila-bila masa dengan sedemikian cara," katanya membuat kesimpulan.
Sehingga 15% daripada orang di Rusia adalah Islam dan Islam adalah agama kedua terbesar di negara ini. Di sesetengah tempat di Utara Kaucasus dan wilayah Asia Tengah, Islam adalah agama utama. Kira-kira dua juta orang Islam juga tinggal di ibukota Moskow.