Thursday, September 25, 2014

TAKLIM RUMAH: BENTENG FITAN AKHIR ZAMAN

Abu Anas : " Kelebihan ta'alim rumah, k ebaikan akan masuk kedalam rumah tanpa disur... thumbnail 1 summary

Abu Anas: "Kelebihan ta'alim rumah, kebaikan akan masuk kedalam rumah tanpa disuruh, keburukan akan keluar tanpa dipaksa."
Ijtima’ adalah pertemuan 2 kerja, iaitu kerja sebelum ijtima’ dan kerja sesudah ijtima’. Harapan/sasaran diadakannya ijtima' tersebut diantaranya:
  1. Bagaimana setiap masjid hidup amalan agama ( dakwah illallah , taklim wa taklum, dzikir ibadah , khidmat )
  2. Bagaimana setiap rumah-rumah umat islam hidup suasana agama.
  3. Bagaimana setiap individu-individu umat islam mengamalkan agama secara sempurna.
Untuk perkara 1 dan 3 insya Allah dapat dicapai dengan cara di keluarkannya rombongan-rombongan untuk mendakwahkan agama baik jamaah rijal (laki-laki) maupun masturah (laki-laki bersama wanita). Sedangkan untuk perkara 2  dapat di capai dengan cara menghidupkan ta'lim rumah.

Menghidupkan taklim rumah secara istiqomah merupakan perkaran yang harus dilakukan oleh seluruh umat islam tanpa kecuali baik bagi yang  sudah mengenal usaha agama maupun belum , karena barang siapa yang menghidupkan taklim rumah maka berarti orang tersebut siap untuk didatangi agama, karena talim rumah adalah pintu masuknya agama ke dalam rumah, kalau pintunya tidak pernah dibuka bagaimana keluarga kita mau paham agama.

Taklim rumah merupakan perkara penting karena taklim rumah merupakan pertemuan dua kerja maqomi baik maqomi rizal maupun masturah. untuk perkara apa saja maqomi rizal dan masturah saya rasa kita semua sudah teramat mengerti poin-poinnya walau terkadang belum sempurna mengamalkannya.

Orang tua kita dalam dakwah sangat menekankan perkara dihidupkannya taklim rumah. Walaupun suaminya hafiz Al Qur’an, alim, selalu sambut takazah, pintar dalam bayan dan memberikan mudzakarah tapi taklim dirumahnya tidak hidup maka pada hakekatnya dia sedang menggiring anak dan istrinya ke pintu neraka.

Karena setiap kita mempunyai tanggung jawab yang besar untuk bagaimana membawa seluruh ahli keluarga kita kedepan pintu surga-Nya, dan hal itu bisa didapat dengan cara kita mengajarkan keluarga kita tentang agama, dengan jalan menghidupkan taklim rumah secara istiqomah.

Kalau hanya diri kita saja yang paham agama, dan kita tak pernah buat taklim rumah untuk mengajarkan agama kepada keluarga kita , maka jangan harap agama akan hidup di tengah keluarga kita selepas kita meninggal dunia, bahkan  bisa jadi selepas meninggalnya kita anak dan keluarga kita menjadi orang-orang yang jauh dari agama asbab semasa hidupnya kita tak pernah membuat taklim rumah secara istiqomah.

Para sahabat nabi sangat paham untuk perkara yang satu ini, mereka setiap mendapatkan satu ilmu dari Rasullah saw mereka menceritakan apa yang di dapat dari Rasulullah saw kepada para istri dan anaknya, sehingga istri dan anak-anak bisa menjadi alim dan alimah.

Manfaat dari taklim di rumah:

1. Allah 'Azza wa jalla akan memberikan rahmat,sakinah dan keberkahan pada ahli rumah/keluarga.
2. Akan wujud suasana agama di rumah.
3. Ahli keluarga akan tahu nilai-nilai ahirat dan amalan agama.
4. Mengeluarkan kebesaran MAAL (harta) dan memasukkan kebesaran AMAL shalih dalam hati.
5. Akan dapat keyakinan bahwa amal Rasul dapat menyelesaikan masalah kita di dunia dan diakhirat.
6. Rumah kita akan di penuhi nur yang cahayanya sampai ke langit.
7. Malaikat akan masuk dan syaitan-syaitan akan keluar dari rumah.
8. Akan menghancurkan 40 majlis maksiat.
9. Akan di jauhkan dari fitnah dajjal.

Kerugian apabila tidak menghidupkan taklim di rumah

1. Beramal ikut nafsu.
2. Ahli keluarga tidak mengetahui nilai-nilai akhirat karena di dalam rumah tidak ada mudzakarah tentang iman dan amal shalih.
3. Di rumah banyak syaitan, karena suara muzik lebih sering terdengar dari pada bacaan-bacaan ayat suci Al-qur’an, gambar-gambar dan patung banyak di simpan di dalam rumah.
4. Maksiat bermerajalela, antara anggota keluarga menjadi kurang rukun damai maupun kasihsayang, sering terjadinya pertengkaran.

Itu semua akan terjadi karena rumah yang tidak hidup amalan agama dan taklim di rumah maka ahli keluarga tidak akan tahu pentingnya amalan agama.

Cara membuat taklim rumah:

1. Di rumah hendaklah kita memiliki kitab atau buku ta’lim (seperti fadhilah amal), jika tidak ada bisa menggunakan terjemahan Alqur’an atau buku-buku agama yang di dalam nya terkandung firman Allah dan sabda Nabi(hadits). Menurut ‘alim ulama sebaik-baiknya harta yang di simpan di rumah adalh Al Qur’an dan buku ta’lim (fadhilah amal).
2. Waktu ta’lim di tetapkan, pilih waktu dimana seluruh anggota keluarga berkumpul.
3. Tempat ta’lim ditentukan istiqomah satu tempat saja dan dikondisikan sebagaimana suasana masjid (bebas dari perabot mewah/patung/gambar makhluk)
4. Baca ta’lim dengan istiqomah setiap hari satu kali.
5. Baca ta’lim secara bergiliran setiap hari mulai bapak/suami, ibu/isteri, anak-anak dan seterusnya.
6. Baca buku ta’lim secara berurutan,setelah dibaca di tandai dan dilanjutkan kembali besoknya.
7. Semua fadhilah di baca,diutamakan baca fadhilah shalat dan kisah sahabat.
8. Sekali-kali diterangkan adab-adab ta’lim sebelum ta’lim dimulai.
9. Selain ta’lim dengan membaca kitab, taklim rumah di isi dengan mudzakarah sifat-sifat sahabat, halaqah tajwid Qur’an, masa’il, muzakarah wanita,dst.
10. Waktu taklim sekurang-kurangnya 30 menit.
11. Selesai ta’lim ditutup dengan doa kifarah majelis:

“Subhallakallahumma wabihamdika asyhaduan lailaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik”

Insya Allah kita semua niat untuk menghidupkan taklim rumah secara istiqomah.

Anis Sofea: Assalamualaikum tuan Al Faedah. Boleh tak tuan bincangkan dan kupaskan lagi apa sebenarnya majlis taklim yang tuan maksudkan.. Macam mana dan cara nak buat, waktu bila nak buat, buku apa nak baca, adab majlis taklim, nikmat sebenarnya majlis taklim ni, berapa lama nak buat...? Syukran jazilan tuan

Al Faedah: Yang menjadi keutamaan ketika ini untuk muslimat ialah untuk memulakan majlis ta'lim di rumah serta menghidupkan 'amalan-amalan harian sepertimana yang telah diperincikan pada entri yang berikut.

Sila rujuk:
https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1434558196801039/

Dari Abu Anas: Anjuran Ulama i-Kiram berkenaan amalan ta'lim harian di rumah. Pilihlah masa yang sesuai dimana semua ahli keluarga boleh sama2 ambil bahagian. Tempoh: 30 - 90 minit (yg penting Istiqamah):

*Fadhilat Amal - Setiap hari (baca semua tajuk)*Muntakhab Ahadiths - setiap hari (baca semua tajuk)*Fadhilat Sedekah - setiap hari*Fadhilat Haji & Umrah - Mula baca Rejab hingga Zulhijjah*Fadhilat Ramadhan - Mula baca 15 Sya'aban hingga Ramadhan

Al Faedah: Seperti yang sudah saya nyatakan di atas.

1. Untuk majlis ta'lim ijtima'i sesama keluarga, yang berikut adalah pautan kepada kitab-kitab karangan Sheikhul Hadits Maulana Zakariyya al Kandhlawy (EN). Versi BM perlu cari 'hard copy' diluar. Dibenarkan juga menggunakan kitab Riyadhus Solehin;

2. Dari kalam Hadrat Maulana Yusuf RahmatullAhu 'alaihi: "Ta'lim adalah satu amalan yg penting lagi utama. Kita hendaklah duduk dengan beradab apabila menghadiri majlis-majlis taklim. Kita hendaklah menjaga adab2, peraturan2, ketinggian & kehormatan majlis itu. Kita hendaklah mengambil wudhu terlebih dahulu, janganlah sekali-kali duduk bersandar, janganlah sekali-kali meninggalkan majlis itu kerana desakan tabiat, janganlah sekali-kali berbual-bual dan berbisik-bisik semasa taklim sedang berjalan. Jika kita menghormati adab-adabnya nescaya majlis itu dilingkungi oleh para malaikat. Dengan itu ahli2 majlis akn mendapat taufik untuk mentaati Allah. Dengan menghormatinya nescaya dianugerahkan Nur Hadith yg mendatangkan Hidayat sejati untuk menjalankan sepenuhnya perintah-perintah Allah Subḥānahu Wa Ta'Ala".

3. Masa ditentukan ikut kesesuaian masing2. Boleh saja dilakukan selepas solat 'asr atau selainnya. Banyak mana nak baca ikutlah kemampuan. 1/2/3 mukasurat, beberapa hadits. Soalnya istiqamah.

Untuk majlis ta'allim ijtima'i sesama keluarga, yang berikut adalah pautan kepada kitab-kitab karangan Sheikhul Hadits Maulana Zakariyya al Kandhlawy (EN). Versi BM perlu cari 'hard copy' diluar.

Pautan:
https://app.box.com/s/0t1fdt0dudkxw5h3ujw1

RUJUKAN: TASBEHAT PAGI & PETANG

Siti Mahsuri: Assalammualaikum tuan Al Faedah. Jika tak keberatan, boleh tuan ajar kami zikir yang menjadi amalan tuan, untuk mendekatkan diri kepada Allah, membersihkan hati dan membawa kepada kesatuan umat.. Syukran jazilan tuan.

Lontong Laksa: Tasbihat 300 pagi selepas solat subuh dan 300 selepas solat asar.duduk menghadap kiblat dlm keadaan tahyat awal.

Istilahnya 1 tasbihat =100x. 3 tasbihat pagi, 3 tasbihat petang.

Ini zikir untuk orang awam/umum. Yang penting istiqamah, bukan nak banyak.

Anis Sofea: “Aku terserah persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya) bila dia menyebut nama-Ku. Bila dia menyebut nama-Ku dalam dirinya, aku menyebut namanya pada diri-Ku. Bila dia menyebut nama-Ku dalam perkumpulan orang banyak, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih banyak dari mereka. Bila dia mendekat kepada-Ku sejengkal (dengan melakukan amal shaleh atau berkata baik), maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Bila dia mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Bila dia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat (lari)”. - (HR. Bukhari 171 dan Muslim 2061)

Lontong Laksa: Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaha ilallah,Allahuakhbar 100, Allahumma solli ala muhammad 100, Astaghfirullahal azim 100 kali.

1. Bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir - 100x2. Selawat ke atas Nabi SAW - 100x3. Istighfar - 100x

║▌║▌║█│▌ ║▌║▌║█│▌

Para 'ulama-i-kiram sangat teliti dalam urusan menangani jama'ah yang membabitkan wanita kerana banyak fitannya. Mereka sentiasa dinasihatkan supaya dsertai akan mahramnya dalam sebarang majlis2 tertutup khusus bagi wanita saja. Boleh saja sahabat2 di sini seperti tuan Abu Anas memaklumkan sekiranya ada program jama'ah masturot diadakan sekitar lokasi anda kelak.


وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (At Taubah 71)

Maksud dari usaha para 'ulama-i-kiram keatas kaum wanita ialah supaya bersegera menghidupkan amalan-amalan agama dari dalam rumah sehingga lahir 5 perkara yang berikut;

1. Kehidupan rumahtangga sederhana seperti Nabi dan Sahabat
2. Anak-anak ditarbiah untuk hidup dengan amalan sunnah
3. Amalan dakwah hidup di dalam keluarga
4. Lahirnya lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang menjadi pembantu agama.
5. Zahirnya sifat malu yang berasakan iman.

Sifat malu adalah sifat yang sangat penting kerana malu adalah sebahagian dari iman. Tiada kebaikan bagi orang yang tiada sifat malu di dalam hidupnya. Hari ini para wanita keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna dan maksiat tersebar di kalangan lelaki dan wanita adalah kerana hilangnya sifat malu. Hari ini, kerana sifat tidak malu telah tersebar maka kita sudah rasa selesa dengan keadaan ini.

║▌║▌║█│▌ ║▌║▌║█│▌

TERTIB UMUM UNTUK WANITA

Untuk dapatkan perkara ini kaum wanita yang sudah ada kesedaran sepatutnya sudah boleh menyediakan diri mereka melalui yang berikut;

1. Melapangkan masa setiap hari untuk berdzikir pada bahagian pagi dan petang secara istiqamah.
2. Melapangkan masa setiap hari untuk membaca sebahagian Al Quran.
3. Melaksanakan solat fardhu pada awal waktu dan membiasakan diri dengan solat nawafl dan bangun malam untuk tahajjud.
4. Mengkhususkan setiap hari untuk majlis ta'allim dengan membaca sebahagian dari hadits-hadits kelebihan amal bersama kaum keluarga dengan penuh tertib dan tawajjuh agar nur hadits ini akan memasuki pada hati-hati kita dan mendorong untuk melaksanakan agama dalam kehidupan kita sekeluarga.
5. Memelihara aurat.

║▌║▌║█│▌ ║▌║▌║█│▌

FITNAH WANITA

Agama bukan saja tanggung jawab kaum lelaki, tetapi kaum wanita juga mempunyai tanggung jawab yang sama terhadapi agama ini. Oleh karena itu maka pentingnya bagi para wanita untuk bentuk fikir dan kerisauan atas agama. Kalau wanita tidak digerakkan dalam kerja-kerja agama, maka syaitan dan dajjal akan gunakan wanita untuk menghancurkan dunia.

Demikian sekali besarnya fitnah wanita di akhir zaman hinggakan tipu daya syaitan itu masih lemah secara perbandingan dengan wanita, sepertimana firman ALLAH SWT:

“Sesungguhnya tipu-daya setan itu lemah.”(QS. An Nisaa: 76)

"Sesungguhnya tipu daya wanita amatlah besar.."(Surah YUSUF:28)

“Sesungguhnya dunia ini manis dan hijau. Dan sesungguhnya Allah menyerahkannya kepada kalian untuk diurusi kemudian Allah ingin melihat bagaimana sikap kalian terhadapnya. Berhati-hatilah dari fitnah dunia dan waspadalah terhadap wanita. Karena cobaan pertama yang melanda Bani Israil adalah wanita” (HR. Muslim 2742)

Wanita yang rosak akan mengheret 4 laki-laki ke neraka jahannam iaitu:1. Suaminya2. Bapaknya3. Saudara laki-lakinya4. Anak laki-lakinya.

║▌║▌║█│▌ ║▌║▌║█│▌

KELEBIHAN WANITA DALAM AGAMA

Allah Subḥānahu Wa Ta'Ala telah memuliakan wanita dengan agama-Nya. Sebagaimana Allah Subḥānahu Wa Ta'Ala telah muliakan Khadijah r.ha. Ia merupakan manusia pertama yang menerima dan membenarkan risalah Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam.

Saat Rasulullah menerima wahyu pertama dari Allah swt , dengan segera Rasulullah Sallallahu 'Alayhi Wasallam menjumpai Khadijah Radiyallahu 'Anha dalam keadaan ketakutan dan ketidak nyamanan karena ini adalah saat pertama kali ia berjumpa Jibril 'Alaihis salam dalam bentuk yang sebenarnya. Saat beliau menggigil ketakutan , Khadijah Radiyallahu 'Anha adalah orang pertama yang menenangkan dan meneduhkan beliau. Khadijah Radiyallahu 'Anha adalah orang yang pertama masuk Islam tanpa di dakwah. Khadijah Radiyallahu 'Anha adalah orang pertama di dunia yang membenarkan Nabi Sallallahu 'Alayhi Wasallam.

Sekarang kita lihat orang yang pertama kali mati syahid dalam Islam. Kita semua tahu pengorbanan para sahabat Nabi dalam memperjuangkan agama mereka , mereka mengalami penyiksaan demi penyiksaan yang begitu berat, kehilangan tangan, kaki dan bahkan juga nyawa mereka.

Tapi Allah Subḥānahu Wa Ta'Ala memberikan penghargaan tertinggi kepada para wanita , sehingga Allah pilih dari kalangan wanitalah orang yang pertama kali mati syahid di dalam Islam, iaitu Sumayah Radiyallahu 'Anha. beliau syahid setelah sebelumnya Abu Jahal menombak kemaluannya hingga syahid. Padahal kalau dia terima saja murtad waktu itu , maka ia akan bebas dan tetap hidup di dunia, tapi dia tetap teguh kepada keyakinannya. Sehingga Allah swt takdirkan menjadi orang yang pertama kali mati syahid dalam Islam.

Satu lagi yang Allah Subḥānahu Wa Ta'Ala ingin tunjukan peranan wanita dalam Islam , bahwa wanita pertama dan merupakan guru hadist dari isteri Rasulullah saw setelah Khadijah Radiyallahu 'Anha muncullah Aisyah Radiyallahu 'Anha, dimana beliau mengajarkan para sahabat Nabi Sallallahu 'Alayhi Wasallam tentang hadist.

Dikhabarkan ada kurang lebih dua ribu hadist yang diriwayatkan oleh beliau. Dan rasanya masih banyak lagi peranan wanita di dalam Islam yang tercatat dalam sejarah tentang bagaimana para wanita pada saat itu bukan saja menerima Islam tetapi mereka siap mati untuk memperjuangkan Islam.

Dari sini patut mengambil sebuah pelajaran bahwa wanita apabila diaktifkan dalam kerja-kerja agama maka dunia akan cepat berubah dan keadaan akan membaik karena apabila hanya kaum lelaki saja yang aktif atas kerja-kerja agama , maka agama hanya sampai di pintu-pintu rumah kita , tetapi mana kala para wanita ikut ambil bagian dalam masalah ini maka , agama akan masuk kesetiap sudut dirumah kita.

Wanita akan taat pada suami, wanita akan tahu bagaimana cara menghidupkan agama pada diri sendiri sehingga dengan hidupnya agama pada dirinya dia akan semakin paham bagaimana mentarbiyah anak secara Islamik sehingga akan lahir generasi-generasi yang cinta kepada Allah Subḥānahu Wa Ta'Ala dan Rasul-Nya Sallallahu 'Alayhi Wasallam di atas segala rasa kecintaan.

2 comments

  1. Kenapa ada Anis Sofea dan Lontong Laksa? Saya tak faham. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  2. arkib berasal dari grup di facebook itu saja. melibatkan komen2 dari mereka dsbnya.

    https://www.facebook.com/groups/antikons/

    ReplyDelete

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”