Thursday, April 17, 2014

MEMBICARAKAN PERIHAL TARIAN SUFI

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَ... thumbnail 1 summary


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Faris Mu'izzuddin: Tuan Al Faedah mintak tlg penerangan skit tentang Tarian Sufi... pada pandangan saya mcm bid'ah... kalau salah tunjukkan jalan.. sebab sufism xsemestinya islam... jewish pun ade kan?

1. Penggelar Sufi

Saya tidak menafikan byk kalangan 'penggelar' sufi sudah lama dirasuki oleh anasir² ilmu esoterik kabbalah khususnya yang bersumber dari elemen² Yahud Donmeh aliran Sabbatean-Frankist keturunan Turk dan Farsi.

Ia kemudiannya menular sehingga mencemari perjalanan para² ahlUllah yang Robbaniyin lagi benar. Penggelar² kesufian ini membawa dengan mereka 'ilmu² esoterik yang sangat hebat dengan pelbagai amalan² ghaibiyyah yang mengkagumkan, terutama sekali kerana bercampur baurnya dengan khadam² kejinnan dari unsur² ilmu kabbalah.

Begitu tinggi ilmu mereka ini hinggakan seolah-olah dinisbatkan bahawa semakin kamu tak faham apa yang depa ucapkan, maka semakin tinggilah maqam ilmu mereka ini.

Ada di antara mereka ini bukan setakat menari, malah "Mursyid" mereka oleh kerana demikian tinggi akan maqamnya, dibolehkan mencarut-carut sambil tergelak terbahak-bahak dalam keadaan yang kononnya "Fana' fiLlah, dan kemudian diwar-warkan pula di Youtube!

Kehebatan kata-kata mereka ini kadangkala jauh melangkaui petunjuk² dari Nabi ( ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ) dan para Sohabah RA sendiri. Selain itu anda boleh mengenali mereka ini dengan pelbagai simbolisma yang mereka terap dlm sistem mereka dan mereka juga sangat dikuasai oleh kegilaan atas nombor² dan elemen² astrologi seperti saing mereka dalam ilmu kabbalah.

Ada orang tanya, kenapa ulama'-ulama' ASWAJA yang benar tidak menegur? Jawab saya ramai di kalangan mereka ini sangat berakhlaq. Tidak terburu-buru menghukum akan orang. Mereka lebih memilih pada jalan menyantuni bagi mengelakkan perpecahan ummah. Lalu mereka kadangkala bersifat dgn ikram, memuliakan sasaran yang hendak mereka tegur. Di balik tabir-tabir malam, mereka mendoakan akannya supaya kembali pada jalan yang lurus.

2. Silat, Tarikat dan Sihir

Dengan kemasukan ilmu-ilmu kabalah dalam bentuk ilmu yang dikatakan "kesufian" ini pada bumi Nusantara maka mulalah ia bercampur baur dengan ilmu-ilmu persilatan pula.

Silat ini kalau di kalangan orang Tausuq / Suluk dikenali sebagai Kabella. Yang dikatakan Silat itu ialah ilmu dalaman/kebatinan dan gerak fizikalnya dikenali sebagai kuntao, buah pukul, ataupun jurus. Asalnya istilah silat itu membawa makna ilmu kebathinan.

Kabella itu dimaksudkan adalah ilmu kebal yang diamalkan untuk membela diri. Samada kebal kerana tidak lut atau kebal kerana senjata musuh tidak berfungsi.

Jadi janganlah hairan kalau musuh anda ketika mencabut keris, yang tercabut ulunya. Sedangkan kerisnya tertinggal di dalam sarung. Itulah ilmu Kabella. Maka kemudian jadilah istilah kebal yang pada asalnya adalah ilmu-ilmu sihir Kabbalah yang sudah bercampur aduk.

(Kabbalah dalam bahasa Yahudi atau Hebrew bermaksud ilmu bacaan/amalan sihir yang diluar ajaran kitab "Taurat")

3. Sohih Tariqat

Maka dikalangan para alim 'ulama yang benar di Nusantara, kemudiannya ada yang telah diperbetulkan qaedah-qaedah dalam ilmu persilatan Melayu hingga lahir kelompok-kelompok seni silat beladiri Melayu yang menjauhkan diri mereka samasekali dari amalan-amalan sihir dan kejinnan tersebut lalu dibersihkan dari jalan-jalan khurafat.

Dan begitu juga di kalangan para 'ulama yang tidak melibatkan diri dengan seni beladiri juga melakukan pembersihan² qaedah dan tariqah (jalan) dari unsur² kabbalah. Dari golongan ulama kami saja sudah menghampiri 1 kurun kerja-kerja pembersihan dilaksanakan atas kekeliruan² dalam aliran tariqat.

Mereka merupakan para ahlullah dan pendukung khilafat kebathinan dari 4 aliran besar tariqah iaitu Chishtiyah, Naqshbandiyah, Suhrawardiyah, dan Qadiriyah. Dan yang diijazatkan secara khusus oleh Mursyid pada kami ialah dari tariqat Chishti aliran Sabiri-Imdadi. Namun yang "pelik"nya, tidak ada di kalangan mereka ini berperilaku seperti yang saya nyatakan di atas melainkan mereka bercakap dengan bahasa yang mudah difahami dengan mengijazatkan amalan-amalan zikir yang langsung tidak keluar dari batasan² syara'.

Abu ‘Ali Al-Jurjaany RH berpesan: “Jadilah engkau penuntut istiqomah bukan penuntut karomah, sesungguhnya dirimu lebih condong untuk mencari karomah , padahal Tuhanmu menuntut darimu istiqomah”.

Sebagaimana dikatakan Imam Syafi’i RH: “Bila kamu melihat seseorang berjalan di atas air atau terbang di udara maka ukurlah amalannya dengan Sunnah”.

4. Darihal tarian sufi kelompok-kelompok yang benar

Mufti As-Saadah As-Syafiiyyah di Makkah, Al-Allamah Al-Kabir Ahmad Zaini Dahlan Rahimahullah menyebut di dalam kitabnya yang masyhur iaitu  As-Sirah An-Nabawiyyah wal Aasar Al-Muhammadiyyah.

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya pada (كتاب الصلح ) :

"Selepas Fathul Khaibar, telah kembali daripada Habsyah adalah Ja’far Bin Abi Talib RA dan bersamanya daripada kalangan muslimin.  Bilangan mereka 16 orang lelaki dan Nabi ( ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ) menemui Ja’faar RA dan mengucup dahinya dan memeluknya.

Rasulullah berdiri kepada Sofwan bin Umayyah dan ‘ Udayy bin Hatim radiyallahu ‘anhuma dan Rasulullah ( ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ) bersabda :  "Aku tidak tahu dengan dua sebab aku gembira samada sebab "Fathul Khaibar" ataupun dengan kepulangan Ja’faar RA?"

Dan bersabda Nabi shollallahu 'alayhi wa sallam kepada Ja’faar RA : "Kamu menyerupai kejadianku dan akhlakku." Maka Ja’far menari dengan kelazatan  perkataan Nabi ( ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ) kepadanya. Nabi ( ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ) tidak mengingkari perbuatan menari-nari Ja’afar Bin Abi Talib RA itu.

Inilah yang menjadi dalil asas kepada golongan sufi ketika mereka mendapat kelazatan wujdan di dalam majlis zikir dan mereka menari-nari dengan  asbab wujdan yang dicampakkan ke dalam hati-hati mereka ketika mengingati Allah.

5. Perihal fadhilat zikir dan membezakan antara pengamal zikir dan tariqat yang benar dengan yang palsu

Lalu rumusannya di sini, hendaklah kita berwaspada dan membeza-bezakan antara jalan yang benar dan palsu agar tidak mencampur-adukkan antara keduanya. Dan fadhilat/kelebihan zikir itu serta qaedah itu banyak jenisnya. Salah satu ialah membersihkan diri dan membersihkan penyakit hati.

Sepertimana sabda Nabi ( ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ): "Menyebut ALLAH itu ialah menyembuhkan penyakit hati artinya memperbaiki hati" - (Hadis dari Anas bin Malik RA)

Dan begitu juga dengan cara seseorang dzikirullah(mengingat allah) banyak macamnya sehingga ALLAH TA'ALA berfirman:

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلَاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِكُمْ ۚ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ ۚ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا

Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah ALLAH di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman. (QS. An-Nisa:103)

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. - (QS.AL-IMRAN:190-191)

Sehingga banyak sufi melakukan cara-cara tersendiri dalam berdzikir,, dengan tujuan agar lebih dekat dengan Sang KHOLIQ, karena sufi itu tujuannya hanya ALLAH semata dan mencari ridha ALLAH TA'ALA semata.

Ada pun contoh zikir dengan menggerakan kepala kanan ke kiri itu dengan istinbatnya
pada firman ALLAH TA'ALA:

ثُمَّ لَآتِيَنَّهُم مِّن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَن شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ

kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat). (QS.AL-A'raaf:17)

Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (QS.Az-Zukhruf: 62)

Dan itulah antara dalil kenapa harus menggerakkan kepala dalam berdzikir. Gerakan dzikir ke atas maksudnya untuk menepiskan iblis yang menyerang dari depan dan belakang,gerakan dzikir ke kanan dan ke kiri untuk menepiskan iblis yang ada di kanan dan kiri.

Dan mengucapkan dzikir dan suara keras dan berulang-ulang agar sampai menembus dan menggetarkan qalbu sehingga qalbu ikut berdzkir dan mengingat ALLAH SWT dan dzikir dengan keras itu dengan dalil hadits Qudsi:

“Aku terserah persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya (memberi rahmat dan membelanya) bila dia menyebut nama-Ku. Bila dia menyebut nama-Ku dalam dirinya, aku menyebut namanya pada diri-Ku. Bila dia menyebut nama-Ku dalam perkumpulan orang banyak, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih banyak dari mereka.

Bila dia mendekat kepada-Ku sejengkal (dengan melakukan amal shaleh atau berkata baik), maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Bila dia mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Bila dia datang kepada-Ku dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat (lari)”. - (HR. Bukhari 171 dan Muslim 2061)

Dan contohnya satu lagi sufi yang berzikirullah (mengingat ALLAH SWT) dengan "menari" itu selain dalam Al Quran di dukung lagi dalam musnadnya Imam Ahmad bin Hanbal RH:

ﻋﻦ ﺃﻧﺲ ﻗﺎﻝ: « ﻛﺎﻧﺖ ﺍﻟﺤﺒﺸﺔ
ﻳﺰﻓﻨﻮﻥ ﺑﻴﻦ ﻳﺪﻱ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻭﻳﺮﻗﺼﻮﻥ
ﻭﻳﻘﻮﻟﻮﻥ: ﻣﺤﻤﺪ ﻋﺒﺪ ﺻﺎﻟﺢ, ﻓﻘﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ: ﻣﺎ ﻳﻘﻮﻟﻮﻥ? ﻗﺎﻟﻮﺍ: ﻳﻘﻮﻟﻮﻥ: ﻣﺤﻤﺪ ﻋﺒﺪ ﺻﺎﻟﺢ

Terjemahan: Diriwayatkan Oleh Anas radhianllahu bahwa orang-orang Habshah menyajikan seni mereka di depan Nabi ( ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ) dan "mereka menari (yarqasun)" sambil mengatakan: Muhammadun 'abdun soleh (Muhammad ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ) dan Nabi ( ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ) bertanya:. Apa yang di katakan?

Mereka berkata: Muhammadun 'Abdun Soleh [Musnad Ahmad bin Hanbal, JUZ 3 / 152]

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عِيسَى قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَمْرٌو أَنَّ مُحَمَّدَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْأَسَدِيَّ حَدَّثَهُ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ
دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ عَلَى الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ وَدَخَلَ أَبُو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وَقَالَ مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَقْبَلَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ عَلَيْهِ السَّلَام فَقَالَ دَعْهُمَا فَلَمَّا غَفَلَ غَمَزْتُهُمَا فَخَرَجَتَا وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالْحِرَابِ فَإِمَّا سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِمَّا قَالَ تَشْتَهِينَ تَنْظُرِينَ فَقُلْتُ نَعَمْ فَأَقَامَنِي وَرَاءَهُ خَدِّي عَلَى خَدِّهِ وَهُوَ يَقُولُ دُونَكُمْ يَا بَنِي أَرْفِدَةَ حَتَّى إِذَا مَلِلْتُ قَالَ حَسْبُكِ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَاذْهَبِي

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin 'Isa berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb berkata, telah mengabarkan kepada kami 'Amru bahwa Muhammad bin 'Abdurrahman Al Asadi menceritakan kepadanya dari 'Urwah dari 'Aisyah ia berkata,

"Rasulullah ( ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ) masuk menemuiku saat ketika di sisiku ada dua budak wanita yang sedang bersenandung dengan lagu-lagu (tentang perang) Bu'ats. Maka beliau berbaring di atas tikar lalu memalingkan wajahnya, kemudian masuklah Abu Bakar RA mencelaku, ia mengatakan,

"Seruling-seruling setan (kalian perdengarkan) di hadapan Nabi ( ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ) wasallam!" Rasulullah ( ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ) lantas memandang kepada Abu Bakar seraya berkata: "Biarkanlah keduanya."

Setelah beliau tidak menghiraukan lagi, aku memberi isyarat kepada kedua sahaya tersebut agar lekas pergi, lalu keduanya pun pergi. Saat Hari Raya 'Id, biasanya ada dua budak Sudan yang memperlihatkan kebolehannya mempermainkan tombak dan perisai.

Maka adakalanya aku sendiri yang meminta kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, atau beliau yang menawarkan kepadaku: "Apakah kamu mau melihatnya?"

Maka aku jawab, "Ya, mau." Maka beliau menempatkan aku berdiri di belakangnya, sementara pipiku bertemu dengan pipinya sambil beliau berkata:

"Teruskan hai Bani Arfadah!" Demikianlah seterusnya sampai aku merasa bosan lalu beliau berkata: "Apakah kamu merasa sudah cukup?" Aku jawab, "Ya, sudah." Beliau lalu berkata: "Kalau begitu pergilah." (HR.BUKHARI NO.897)

Imam Jalal al-Din Suyuti RA di tanya tentang "sekelompok sufi yang berkumpul menari untuk sesi zikir.."

Maka ia menjawab: "Bagaimana mungkin menghukum terkutuk dan sesat kepada orang yang berzikir sambil berdiri, atau berdiri saat berdzikir." - Imam Jalalud din Suyuti RH di Al Hawi lil Fatawi,JUZ 2 / 234) CET Maktaba al Asriyyah, Beirut, Lebanon).

Imam Nawawi berkata: "Menari tidak melanggar hukum SYARA, kecuali gerakan "wanita dengan lenggang lenggok dan tidak senonohnya. Dan diperbolehkan menyanyikan "syair dan zikir. - [Minhaj di talibin wa`umdat al- Muttaqin. CET Cairo THN 1338/1920. Mustafa al-Babi al- Halabi].

Demikian itu para aulia ALLAH dan ulama kita mereka punya cara sendiri dalam berdzikir dan begitu juga alam ini ketika mereka bertasbih dan mengingat ALLAH juga punya cara tersendiri.

Allah berfirman: "Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." (QS.An-Nuur: 41)

Marilah mulai sekarang kita mulai mendekatkan diri kepadanya dengan selalu berdzikir Rasulullah bersabda: “Keadaan yang paling dekat antara Tuhan dan hamba-Nya adalah di penghujung malam. Apabila kamu mampu berdzikir kepada Allah pada saat itu, lakukanlah.” (HR. At-Tirmidzi dan An-Nasa’i 279 dan Al-Hakim)

والله أعلمُ بالـصـواب

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”