Tuesday, September 23, 2014

HADITS ATBAQ IBNU MAS'UD

Hadits "ATBAQ" [Versi 1]; yang dirujuk oleh Sheikh Hamza Yusuf [Hadits Riwayat Imam Ath Thabarani dalam Kitab "Al Ausath... thumbnail 1 summary
Hadits "ATBAQ" [Versi 1]; yang dirujuk oleh Sheikh Hamza Yusuf

[Hadits Riwayat Imam Ath Thabarani dalam Kitab "Al Ausath" dan “Al Mu‘jamul Kabir”]

- Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam berkata mengenai salah satu tanda kiamat yang menjadi persoalan selama ini di mana para pentafsir hadits klasik mendapati kesukaran untuk mentakrifkan ayat "tuwasal at atbaq" dengan tepat.

Secara lazimnya mereka mentakrifkan istilah tersebut sebagai "mereka (orang-orang di akhir zaman) akan memakan (dari) pinggan-pinggan secara berterusan". Ketika Sheikh membaca hadits tersebut beliau merasakan bahawa takrifan tersebut tersasar dari segi ma'ananya.

Sheikh berkata bahawa di Algeria dan pada bahagian Utara Afrika, piring² satelit memang lazimnya digelar dengan istilah "TABAQ", atau "ATBAQ" [jama']. TABAQ secara tradisinya adalah pinggan/piring yang melengkung. Perkataan lain yang lazimnya digunakan ialah "SAHN" dan ini bukanlah merupakan istilah yang tepat kerana secara tradisinya "SAHN" merupakan pinggan yang leper dan tidak menepati rekabentuk piring satelit yang melengkung seperti "TABAQ".

Pada masa yang sama, dunia Arab moden masakini memang menggunakan istilah "tuwassal al-atbaq" untuk komunikasi melalui satelit. Betapa berleluasanya fitnah hari ini. Melalui mukjizat Rasulullah Sallallahu 'alahi wa sallam yang mulia, Baginda telah menggunakan istilah yang sama di dalam hadits tersebut 1,400 tahun yang lepas untuk menubuwwatkan fenomena fitan teknologi yang pada masakini sedang berleluasa menyebarkan fitnahnya kepada manusia di seluruh alam sejagat ini. Sadaqa Rasulullah ﷺ yang telah bersabda (mafhumnya);


"Piring-piring berhubungan sesama mereka secara bersambungan (berterusan) dan manusia akan memutuskan silaturrahim.."

Yaqni, di mana mereka lebih gemar menghabiskan masa mereka di rumah atau tempat-tempat penginapan/istirehat mereka melayan tv dan perkakasan komunikasi teknologi tersebut sambil mengabaikan dan memutuskan hubungan silaturrahim sesama mereka..
Bahkan, lebih mudharat lagi, di mana sahaja mereka berada, tidak kira samada di dalam rumah, di pejabat, di bangunan atau kawasan awam, malah, di rumah-rumah ALLAH ﷻ yaqni Masjid sekalipun, mereka kini menggunakan kemudahan alat dan gajet komunikasi berinternet seperti telefon pintar untuk merekayasa berita palsu, menyebarkan fitnah, mengumpat, dan mengadu domba sesama sendiri sehingga berleluasanya permusuhan dan putusnya silaturrahim di kalangan mereka.
 #alfaedah


«سعد عند الله ذو حظ عظيم» . سل يا سعدي، قلت: يا أبا عبد الرحمن! هل للساعة من علم تعرف به؟ قال: وكان متكئًا، فاستوى جالسًا، فقال: يا سعدي! سألتني عما سألت عنه رسول الله صلى الله عليه وسلم؛ «قلت: يا رسول الله! هل للساعة من علم تعرف به؟ قال:

"نعم يا ابن مسعود! إن للساعة أعلامًا، وإن للساعة أشراطًا، ألا وإن من أعلام الساعة وأشراطها: أن يكون الولد غيظًا، وأن يكون المطر قيظًا، وأن تفيض الأشرار فيضًا.
يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها: أن يصدق الكاذب، وأن يكذب الصادق.
يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها: أن يؤتمن الخائن، وأن يخون الأمين.
يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها: أن تواصل الأطباق، وأن تقطع الأرحام.
يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها: أن يسود كل قبيلة منافقوها، وكل سوق فجارها.
يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها: أن تزخرف المحاريب، وأن تخرب القلوب.
يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها: أن يكون المؤمن في القبيلة أذل من النقد.
يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها: أن يكتفي الرجال بالرجال، والنساء بالنساء.
يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها: ملك الصبيان، ومؤامرة النساء.
يا ابن مسعود! إن من أشراط الساعة وأعلامها: أن يعمر خراب الدنيا، ويخرب عمرانها.
يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها: أن تظهر المعازف، والكبر، وشرب الخمور.
يا ابن مسعود! إن من أعلام الساعة وأشراطها أن يكثر أولاد الزنى".
قلت: أبا عبد الرحمن! وهم مسلمون؟ ! قال: نعم. قلت: أبا عبد الرحمن! وأنى ذلك؟ ! قال: يأتي على الناس زمان يطلق الرجل المرأة طلاقها، فتقيم على طلاقها؛ فهما زانيان ما أقاما
.رواه الطبراني في "الأوسط" و "الكبير". قال الهيثمي: "وفيه سيف بن مسكين وهو ضعيف"

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anhu berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah
apakah hari Kiamat itu terdapat tanda yang dapat kita ketahui sebelumnya?” Maka Rasulullah menjawab, “Ya.”

Kemudian Rasulullah
bersabda, “Wahai Ibnu Mas’ud, sesungguhnya hari Kiamat itu memiliki tanda-tanda, dan diantara tandanya adalah:

– Anak-anak yang bengis.
– Curahan hujan berasid.
– Orang-orang jahat semakin membanjir (banyak)

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Pendusta disebut jujur..
– Orang jujur disebut pendusta.

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Pengkhianat diberi kepercayaan.
– Orang yg dipercayai pula disebut pengkhianat.

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Piring² yang berhubungan (berkomunikasi) secara bersambungan di antaranya.
– Hubungan silaturahim yang semakin terputus.

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Suku pemimpin dilantik dari golongan orang-orang munafiq.
– Pasar semakin dipenuhi oleh seburuk-buruk manusia.

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Masjid dihias, sedangkan hati-hati itu rosak..

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Seorang mu’min dalam suatu suku adalah lebih hina dari kambing yang hodoh

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Seorang laki-laki cukup dengan laki-laki, dan wanita cukup dengan wanita (homoseksualiti)

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu,

– Orang-orang muda [ملك الصبيان] meraih kemewahan/kekayaan.
– Pergerakan² mengkorupsi wanita.. [ومؤامرة النساء]

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Perosak-perosak dunia dimakmurkan,
– Sedang pemakmur tamadun dunia yang sebenarnya dirosakkan.

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Tampak peralatan muzik semakin nyata.
– Arak/Khamar diminum

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Banyaknya polis (anggota keselamatan/tentera)
– Banyak pencela dan banyaknya pengolok-olok.

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Banyaknya anak zina.

[Hadits Riwayat Imam Ath Thabarani dalam Kitab "Al Ausath" dan “Al Mu‘jamul Kabir”]

▫️▫️ al faedah ▫️▫

HADITS ATBAQ VERSI 2

[Hadits Riwayat Imam Ath Thabarani; No. 10405 di dalam kitab “Al Mu‘jamul Kabir”]



عن عبد الله بن مسعود قال قلت يا رسول الله هل للساعة من علم تعرف به الساعة فقال نعم يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ لِلسَّاعَةِ أَعْلامًا، وَإِنَّ لِلسَّاعَةِ أَشْرَاطًا، أَلا وَإِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا أَنْ يَكُونَ الْوَلَدُ غَيْظًا، وَأَنْ يَكُونَ الْمَطَرُ قَيْظًا، وَأَنْ تَفِيضَ الأَشْرَارُ فَيْضًا،
يَا ابْنَ مَسْعُودٍ إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا أَنْ يُصَدَّقَ الْكَاذِبُ، وَأَنْ يُكَذَّبَ الصَّادِقُ،
يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا أَنْ يُؤْتَمَنَ الْخَائِنُ، وَأَنْ يُخَوَّنَ الأَمِينُ،
يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا أَنْ تَوَاصَلَ الأَطْبَاقُ، وَأَنْ تَقَاطَعَ الأَرْحَامُ، يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا أَنْ يَسُودَ كُلَّ قَبِيلَةٍ مُنَافِقُوهَا، وَكُلَّ سُوقٍ فُجَّارُهَا،
يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا أَنْ تُزَخْرَفَ الْمَسَاجِدُ، وَأَنْ تُخَرَّبَ الْقُلُوبُ، يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا أَنْ يَكُونَ الْمُؤْمِنُ فِي الْقَبِيلَةِ أَذَلَّ مِنَ النَّقْدِ، يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا أَنْ يَكْتَفِيَ الرِّجَالُ بِالرِّجَالِ وَالنِّسَاءُ بِالنِّسَاءِ،
يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا أَنْ تَكْثُفَ الْمَسَاجِدُ وَأَنْ تَعْلُوَ الْمَنَابِرُ،
يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا أَنْ يُعْمَرَ خَرَابُ الدُّنْيَا، وَيُخْرَبَ عِمْرَانُهَا، يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا أَنْ تَظْهَرَ الْمَعَازِفُ، وَتُشْرَبَ الْخُمُورُ،
يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا شُرْبَ الْخُمُورِ،
يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا الشُّرَطُ وَالْغَمَّازُونَ وَاللَّمَّازُونَ،
يَا ابْنَ مَسْعُودٍ، إِنَّ مِنْ أَعْلامِ السَّاعَةِ وَأَشْرَاطِهَا أَنْ يَكْثُرَ أَوْلادُ الزِّنَى، قُلْتُ: أَبَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ، وَهُمْ مُسْلِمُونَ؟ قَالَ: نَعَمْ، قُلْتُ (يعني عتي السعدي ) : أَبَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ ( يعنى عبد الله بن مسعود )، وَالْقُرْآنُ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِمْ؟ قَالَ: نَعَمْ، قُلْتُ: أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ، وَأَنَّى ذَاكَ؟ قَالَ: يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يُطَلِّقُ الرَّجُلُ الْمَرْأَةَ، ثُمَّ يَجْحَدُ طَلاقَهَا فَيُقِيمُ عَلَى فَرْجِهَا، فَهُمَا زَانِيَانِ مَا أَقَامَا

Dari ‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anhu berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah
apakah hari Kiamat itu terdapat tanda yang dapat kita ketahui sebelumnya?”

Maka Rasulullah
menjawab, “Ya.”

Kemudian Rasulullah
bersabda, “Wahai Ibnu Mas’ud, sesungguhnya hari Kiamat itu memiliki tanda-tanda, dan diantara tandanya adalah:

– Anak-anak yang bengis,
– Curahan hujan berasid,
– Orang-orang jahat semakin membanjir (banyak),

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Pendusta disebut jujur,
– Orang jujur disebut pendusta,

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Pengkhianat diberi kepercayaan,
– Orang yg dipercayai pula disebut pengkhianat,

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Piring² yang (berkomunikasi) secara bersambungan di antaranya,
– Silaturahim semakin terputus,

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Suku pemimpin dilantik dari golongan orang-orang munafiq,
– Pasar semakin dipenuhi oleh seburuk-buruk manusia.

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Masjid dihias, sedangkan hati-hati itu rosak..

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Seorang mu’min dalam suatu suku adalah lebih hina dari kambing yang hodoh

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Seorang laki-laki cukup dengan laki-laki, dan wanita cukup dengan wanita (homoseksualiti berleluasa)

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Masjid semakin banyak jumlahnya
– Mimbar ditinggikan

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Perosak-perosak dunia dimakmurkan,
– Pemakmur tamaddun dunia yang sebenarnya dirosakkan

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Tampak peralatan muzik semakin nyata,
– Arak/Khamar diminum,

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Banyaknya polis,
– Banyaknya pencela, banyaknya pengolok-olok,

Wahai Ibnu Mas’ud, sungguh diantara tanda hari Kiamat itu:

– Banyaknya anak zina.

Aku berkata (‘Atiy As Sa’diy radhiallahu 'anhu), “Wahai Abu Abdurrahman, apakah mereka itu Muslimun?” Beliau (‘Abdullah bin Mas’ud radhiallahu 'anhu) menjawab. “Ya.” Aku berkata, “Wahai Abu Abdurrahman, apakah Al Qur’an ditengah-tengah mereka?” Beliau menjawab, “Ya.” Aku berkata, “Wahai Abu Abdurrahman, kapankah itu?”

Beliau menjawab, “Akan datang pada manusia suatu zaman, dimana seseorang menceraikan isterinya, kemudian memungkiri cerainya, tetapi tetap menjima’-nya, maka keduanya adalah pelacur selama melakukan itu.” [Hadits Riwayat Imam Ath Thabarani no: 10405 dalam “Al Mu‘jamul Kabir”]

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”