Sunday, September 21, 2014

HADITS KASUT YANG BERCAKAP

AL 'ALAMATUS SA'AH - Tanda-tanda al sa'ah (kiamat) MUKJIZAT HADITS RASULULLAH MENGENAI KASUT YANG BERCAKAP Telah mencer... thumbnail 1 summary
AL 'ALAMATUS SA'AH - Tanda-tanda al sa'ah (kiamat)



MUKJIZAT HADITS RASULULLAH MENGENAI KASUT YANG BERCAKAP

Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Waki' telah menceritakan kepada kami ayahku dari Al Qasim bin Al Fadll telah menceritakan kepada kami Abu Nadlrah Al 'Abdi dari Abu Sa'id Al Khudri berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, tidaklah kiamat terjadi hingga binatang-binatang buas berbicara kepada manusia, hingga ujung cambuknya, tali kasutnya berbicara pada seseorang dan hingga pehanya memberitahukan padanya apa yang dilakukan keluarganya sepeninggalannya."

Berkata Abu Isa: dalam hal ini ada hadits serupa dari Abu Hurairah dan hadits ini hasan shahih gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali dari hadits Al Qasim bin Al Fadll dan Al Qasim adalah perawi terpercaya menurut ahli hadits. Yahya bin Sa'id Al Qaththan dan Abdurrahman bin Mahdi menyatakan bahwa ia adalah perawi terpercaya. [Hadits Riwayat Jami` at-Tirmidzi: 2107- Hadits Sahih]

حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا أَبُو نَضْرَةَ الْعَبْدِيُّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تُكَلِّمَ السِّبَاعُ الْإِنْسَ وَحَتَّى تُكَلِّمَ الرَّجُلَ عَذَبَةُ سَوْطِهِ وَشِرَاكُ نَعْلِهِ وَتُخْبِرَهُ فَخِذُهُ بِمَا أَحْدَثَ أَهْلُهُ مِنْ بَعْدِهِ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ الْقَاسِمِ بْنِ الْفَضْلِ وَالْقَاسِمُ بْنُ الْفَضْلِ ثِقَةٌ مَأْمُونٌ عِنْدَ أَهْلِ الْحَدِيثِ وَثَّقَهُ يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ 


HADITS MENGENAI KASUT YANG BERCAKAP from Melayukita on Vimeo.
Asy Rafie: Apa maksudnya kasut bercakap? Kasut ade smart chip ke?

Al Faedah: Ya smart chip dan perhatikan kehebatan mukjizat Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam di mana merujuk pada kes kasut projek Google, chip terletak pada lidah kasut berhampiran pada tali kasutnya, dan juga Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam menyebut 2 komponen yang mana lagi satu diisyaratkan sebagai tali cambuk/cemeti yang boleh ditakwilkan sebagai kabel/ipod/penerima signal dan perantara untuk suara digital dan komunikasi. Asy Rafie. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam juga menyebut mengenai "peha" iaitu lap yang juga boleh ditakwilkan kepada laptop atau boleh saja merujuk kepada telefon bimbit yang disimpan pada poket seseorang yang membolehkannya berkomunikasi dengan keluarganya. Sadaqa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam.

Wajibnya berpegang teguh kepada kitab ALLAH dan mengikut jalan pimpinan Rasulullah salllallahu 'alaihi wa sallam. Firman Allah Taala, maksudnya: "Dan hendaklah kamu sekalian berpegang teguh kepada kitab Allah Al-Qur'an .. (Surah Ali-Imran: Ayat 103).

".. Dan apa jua suruhan yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka ambillah akan dia serta amalkan, dan apa jua yang dilarangnya kamu melakukannya maka patuhilah larangannya ..." (Surah Al-Hasyr: Ayat 7).

Hadis Rasulullah salllallahu 'alaihi wa sallam:
عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: كِتَابُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ هُوَ حَبْلُ اللَّهِ مَنْ اتَّبَعَهُ كَانَ عَلَى الْهُدَى وَمَنْ تَرَكَهُ كَانَ عَلَى ضَلَالَةٍ. (مسلم)


Dari Zaid bin Arqam (radhiallahu 'anhu) katanya: Bahawa Rasulullah salllallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Kitab Allah Azza wa Jalla ialah tali Allah (sebab yang membawa kepada rahmat Allah), sesiapa yang menurutnya: Beradalah ia dalam hidayat pertunjuk yang sebenar-benarnya dan (sebaliknya) sesiapa yang meninggalkannya: Beradalah ia dalam kesesatan. " (Hadits Riwayat Imam Muslim)
 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)


Dari Abu Hurairah (radhiallahu 'anhu), dari Nabi (salllallahu 'alaihi wa sallam), bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah (salllallahu 'alaihi wa sallam)." [ HADITS RIWAYAT IMAM MALIK (Rahmatullahu 'alaihi)]

Pusaka Peninggalan Rasulullah salllallahu 'alaihi wa sallam

Baginda tidak meninggalkan harta benda yang menjadi pusaka kepada waris-warisnya. Sebagai seorang Rasul,  Baginda (salllallahu 'alaihi wa sallam) diberi mukjizat-mukjizat yang membuktikan kerasulannya dan mukjizat-mukjizat itu habis apabila lalu masanya, tidak dapat disaksikan oleh orang-orang kemudian, kecuali satu mukjizat yang kekal hingga ke hari kiamat,  yang lebih berguna dari harta benda, bukan sahaja untuk waris-warisnya bahkan untuk umat manusia seluruhnya dalam segala tempat dan segala zaman.

Peninggalannya itu ialah "Kitab Allah Al-Qur'an" yang diwahyukan kepadanya dan "Sunnah"nya yang meliputi, perkataannya, perbuatannya dan taqrirnya (ketiadaan larangannya).

1. Sunnah SURAH: iaitulah fizikal atau luaran Nabi seperti rambut Nabi, janggut Nabi, pakaian Nabi, serban Nabi, selendang Nabi, selipar Nabi, celak Nabi dan sebagainya.

2.  Sunnah SIRAH: iaitulah kegiatan harian Nabi dari bangun tidur sampai tidur balik seperti cara berjalan, cara makan, cara solat, cara pakai baju, cara naik kenderaan, cara tidur, cara beristinjak, bacaan quran Nabi, solat Nabi, qiamullail Nabi dan sebagainya.

3.  Sunnah SARIRAH: iaitulah perkara kerohanian atau dalaman Nabi seperti zikir Nabi, tangisan hati Nabi, kerisauan Nabi terhadap ummat, kepedihan hati Nabi melihat kerosakan ummat, kebencian Nabi terhadap kemungkaran dan seterusnya.

Para Sohabah radhiallahu 'anhum 'ajmain hidup bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dan telah melihat pelbagai mukjizat dan Nubuwwat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam dengan mata dan kepala mereka sendiri sehingga mereka tiada berbelah bahagi dalam meyaqini akan segala perkataan dan perbuatan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Namun ada banyak juga mukjizat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang tidak diketahui dan dilihat sendiri oleh para Sahabat Radhiallahu 'anhum 'ajmain pada zaman mereka sedangkan mereka tetap teguh pada setiap perkataan dan perbuatan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam walaupun tidak mungkin mereka memahami sepenuhnya mengenai fenomena-fenomena di zaman kita ini.

Pada hari ini kita sudah melihat tidak kurang banyaknya akan mukjizat-mukjizat Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam khususnya mengenai al 'alamatus-sa'ah (tanda-tanda kiamat). Sesungguhnya kita sedang berada di zaman fitan yang amat besar dan sedang tersangatlah hampir pada hari kiamat berbanding dengan zaman para Sohabah radhiallahu 'anhum 'ajmain. Apakah kita masih ingin terus hidup leka dan berpoya-poya sedangkan amaran demi amaran sudah disampaikan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam?

...Dari Abu Sa'id Al Khudri berkata: Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, tidaklah kiamat terjadi hingga binatang-binatang buas berbicara kepada manusia, hingga ujung cambuknya, tali kasutnya berbicara pada seseorang dan hingga pehanya memberitahukan padanya apa yang dilakukan keluarganya sepeninggalannya." - Al Faedah

SADAQA RASULULLAH SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”