Friday, October 3, 2014

IBADAT HAJI ATAU IBADAT SELFIE?

KHUTUWWAT SYAITHAN. BUDAYA MATASATU DAN MENGAPA DAJJAL TAK PERLU MASUK KE HARAMAIN - Al Faedah MEKAH 30 Sept. - Seorang ulama terkemuk... thumbnail 1 summary
KHUTUWWAT SYAITHAN. BUDAYA MATASATU DAN MENGAPA DAJJAL TAK PERLU MASUK KE HARAMAIN - Al Faedah
MEKAH 30 Sept. - Seorang ulama terkemuka Arab Saudi menasihati jemaah supaya tidak melakukan selfie semasa menunaikan ibadah haji, sebaliknya memberi tumpuan bagi menunaikan setiap rukun haji dan umrah dengan sempurna.

Portal berita arabnews.com melaporkan ulama terkenal dari Jeddah, Sheikh Abdul Razzaq Al-Badr sebagai berkata, Allah memerintahkan jemaah haji supaya menunaikan ibadah itu tanpa riyak dan tidak menghebahkannya kepada orang lain.

"Ketika Rasulullah SAW tiba di miqat, baginda bersabda: "Allah memerintahkan ibadah haji dilakukan tanpa riyak dan tidak dihebahkan kepada orang ramai.''

Wahyu itu disampaikan ketika baginda tiba di miqat diikuti dengan tindakan dan amalan membersihkan rohani.

"Jemaah haji sekarang gemar mengambil gambar apabila tiba di miqat. Bukan setakat itu, mereka juga mengambil gambar semasa melakukan tawaf, semasa bermalam di Padang Arafah serta ketika melontar jamrah," katanya.
Katanya, tindakan itu seolah-olah menunjukkan tujuan mereka datang ke Mekah adalah untuk mengambil gambar dan bukan untuk beribadah.

"Apabila mereka pulang, mereka akan berkata 'Mari lihat gambar saya ketika saya berada di Arafah, ini pula gambar saya semasa berada di Muzdalifah,'' jelas Sheikh Abdul Razzaq.

Tambahnya, jemaah juga mengambil gambar secara selfie dengan pelbagai gaya seperti sedang berdoa, kelihatan merendah diri serta berasa takut dan tenang, namun selepas gambar dirakamkan, mereka akan menurunkan tangan mereka semula.

Rakaman selfie oleh selebriti Ellen DeGeneres pada majlis Anugerah Oscar tahun ini, menjadi terkenal dan diperkatakan di seluruh dunia dan sejak kebelakangan ini, jemaah yang menziarahi dua masjid suci di Arab Saudi turut tidak mahu ketinggalan mengikuti budaya semasa itu, walaupun bertentangan dengan amalan Islam.

Ulama terkemuka Sheikh Saleh Al-Fozan menegaskan mengambil gambar ketika berada di dalam Masjidil Haram adalah perbuatan yang tidak boleh diterima.

Beliau berkata, mereka yang berbuat demikian seharusnya berhenti daripada meneruskan perbuatan berkenaan.

Menurutnya, ada jemaah yang masuk ke dalam masjid dengan membawa kamera untuk merakamkan gambar mereka di masjid itu sedangkan tujuan utama mereka ke Tanah Suci itu adalah untuk beribadah.

Tambahnya, pihak berkuasa sepatutnya merampas dan memusnahkan kamera itu kerana ia mengganggu jemaah lain. Sumber berkata, membawa kamera masuk ke masjid tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran rasmi.

Beberapa tahun lalu, telefon berkamera dilarang dibawa masuk ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi, namun ada segelintir jemaah bertindak menyeludup gajet itu untuk mengambil gambar.

Pihak berkuasa Arab Saudi, bagaimanapun memberi kelonggaran ke atas peraturan itu kerana bukan sesuatu yang luar biasa melihat jemaah bergambar di hadapan Kaabah, walaupun pengawal di pintu masuk Masjidilharam dilapor melarang orang ramai membawa kamera profesional memasuki kawasan masjid.

"Ketika saya sedang solat di Masjidil haram, tiba-tiba beberapa pelawat berjalan di hadapan saya untuk mengambil gambar imam sedang membaca khutbah. Tindakan itu mengganggu fokus jemaah lain untuk bersolat," kata seorang jemaah haji dari Jeddah yang dikenali sebagai Ahmad.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”