Oleh: Al-Ashairah
Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadits yang bermaksud:
"Apabila
akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang
yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya
orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang
yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina)
Muhmammad Sallallahu 'alaihi wa sallam.
Assalamu’alaikum
warahmatullahi wabarakatuh; Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam;
Selawat dan Salam ke atas Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam,
Rahmat ke seluruh alam; Juga kepada ahli keluarga baginda dan para
sahabat radhiallahu 'anhum 'ajmain, yang telah bertebaran di merata
alam;
1. Penulis merasa agak pelik melihat sebahagian
masyarakat yang merasakan diri “berilmu dan mengkaji serta berdiri di
atas fakta dan kesarjanaan” begitu terkejut dan tidak percaya bahawa
Aqidah Wahhabiyyah adalah benih kepada fahaman ekstrim yang berlaku di
dalam masyarakat Islam.
2. Yang lebih melucukan ialah
apabila ditanya tentang Wahhabi mereka menjawab: “Kami tidak tahu apa
itu Wahhabi?”. Tapi kalau dilihat di dalam blog-blog dan ceramah mereka
di YouTube, mereka cukup memuji gerakan Wahhabiyyah dan tokoh-tokohnya.
Bahkan, ada sebahagiannya menulis artikel dan buku mempertahankan
gerakan Wahhabiyyah. Tetapi apabila di hadapan wartawan, slogan “Kami
Tidak Tahu Apa Itu Wahhabi” didendangkan. Maka orang ramai yang kurang
mengkaji pun tertipu dek kerana “Taqiyyah” ini.
3. Penulis
telah melihat begitu banyak penulisan di dalam bahasa Arab yang
mengaitkan dan membuktikan Aqidah Wahhabiyyah Takfiriyyah adalah benih
kepada fahaman-fahaman ekstrim yang memecahbelahkan dan mengancam umat
Islam.
4. Al-Azhar di bawah kepimpinan Sheikh Al-Azhar
Prof. Dr. Ahmad Tayyib pada waktu ini dilihat begitu berterus-terang dan
tegas dalam menolak dan menentang Wahhabi.
5. Kerajaan
Arab Saudi di bawah Raja Abdullah sehingga waktu ini telah megambil
berbagai-bagai tindakan untuk mengendurkan fahaman Wahhabi kerana sedar
bahawa fahaman ini telah melahirkan begitu ramai ekstrimis agama. .
Apakah kerajaan Malaysia tidak mahu mengambil iktibar?
6.
Penulis masih ingat di mana salah seorang rakan penulis, Prof. Madya di
salah sebuah IPTA telah memberitahu penulis bahawa di sana terdapat
beberapa laporan di peringkat kerajaan Saudi yang membincangkan hal ini –
Fahaman Wahhabi dan kesannya kepada Ekstrimis agama. Apakah kerajaan
Malaysia tidak mahu mengambil iktibar?
7. Lihatlah juga perkembangan di Somalia wahai para pengkaji! . Apakah kerajaan Malaysia tidak mahu mengambil iktibar?
8.
Di Indonesia, pihak keselamatan negara mereka telah lama membincangkang
hal ini dan mengaitkan keganasan yang berlaku dengan fahaman Wahhabi. .
Apakah kerajaan Malaysia tidak mahu mengambil iktibar?
9.
Di Malaysia, pihak berkuasa telah lama sedar berkenaan hal ini namun di
akhir-akhir ini hal ini telah diperbincangkan secara serius dan mula
mendapat perhatian media.
10. Lihatlah di Iraq, Pakistan
dan tempat-tempat di mana berlakunya peperangan dan pembunuhan di antara
kaum Wahhabi dan Syiah. Namun begitu, wartawan yang tidak mengetahui
mengenai Wahhabi ini menamakan pihak yang menentang dan membunuh kaum
Syiah itu adalah kaum Sunnah, atau sengaja dinamakan kaum Sunnah bagi
menyembunyikan fahaman Wahhabiyyah ini. Adakah kita sanggup melihat ini
berlaku di bumi Malaysia ini?
11. Tak perlu cari bukti
jauh-jauh, para pembaca tanyalah mana-mana umat Islam Ahli Sunnah dan
Jamaah yang berasal dari Pakistan ataupun Iraq. Penulis sendiri pernah
berbincang hal ini dengan seorang pensyarah (Dr.) yang berasal daripada
Iraq dan masih lagi mengajar di IPTA di Malaysia ini.
12. Begitu
ramai ulama’ yang menulis mengenai Wahhabiyyah menyifatkannya sebagai
golongan Khawarij. Fahaman Khawarij yang berasaskan “Takfir”
[mengkafirkan umat Islam] adalah sebab berlakunya timbul
golongan-golongan yang ekstrim atas nama agama. Imam Abu Zahrah –
seorang ulama’ besar al-Azhar – ada menyebut berkenaan al-Wahhabiyyah
yang bersikap seumpama Khawarij ini seperti di bawah:
“Dan
dapat dilihat bahawa ulama’ Wahhabiyyun mewajibkan pendapat mereka ke
atas orang lain sebagai kebenaran yang tidak boleh disalahkan, dan
mereka melihat pendapat orang lain sebagai kesalahan yang tidak boleh
diperbetulkan, bahkan mereka mengganggap bahawa orang lain yang membuat
binaan di perkuburan dan mengelilingi kawasan tersebut adalah seumpama
penyembah berhala, dan mereka di dalam hal ini seumpama Khawarij yang
mengkafirkan dan memerangi golongan lain yang berbeza pendapat dengan
mereka sepertimana yang telah kami sebutkan.” (Imam Abu Zahrah. Tarikh
al-madhahib al-Islamiyyah: ms: 201)
13. Banyak lagi bukti
yang akan kami kemukakan di masa akan datang, cuma kami gambarkan di
sini terlebih dahulu bagaimanakah fahaman Salafiyyah Taymiyyah
berkembang menjadi Salafiyyah Wahhabiyyah dan akhirnya menjadi
Salafiyyah Wahhabiyyah Irhabiyyah seperti yang dipegang oleh Osama Ibn
Laden.
Berdasarkan gambaran tersebut: Semakin jauh
tersimpang daripada garis lurus dengan berlalunya masa yang lebih
panjang, kaedah Takfir [Tauhid Tiga] yang dimulakan oleh Ibnu Taymiyyah
suatu masa dahulu telah berkembang menjadi bertambah buruk. [Merujuk
visual di atas.]
14. Ya, kita tidak boleh menyatakan Ibnu
Taymiyyah dan Muhammad Bin Abdul Wahhab bersalah 100% di atas semua yang
berlaku ini, namun kita tidak boleh juga menafikan bahawa gerakan
ekstrimis agama (atau Irhabiyyah) ini membina tapak asas mereka di atas
fahaman Takfir yang di bawa dan dikembangkan oleh dua individu tersebut.
Wallahu a’lam.
No comments
Post a Comment