Friday, November 28, 2014

Mengapa Malaysia tidak berada dalam pasukan siasatan bersama MH17?

Soalnya, apakah ada sesiapa dari kalangan kerajaan Malaysia yang berani melanggar "Pakatan Kuasa Besar Barat"? - AL FAEDAH ... thumbnail 1 summary
Soalnya, apakah ada sesiapa dari kalangan kerajaan Malaysia yang berani melanggar "Pakatan Kuasa Besar Barat"? - AL FAEDAH

25/11/2014 LAPORAN HELME HANAFI [AD] - Perhimpunan Agung UMNO (PAU2014) diminta membahas dan meluluskan resolusi mendesak supaya Malaysia diberikan hak sebagai anggota Pasukan Siasatan Bersama (JIT) nahas udara MH17.

Dr Chandra Muzaffar mengemukakan cadangan tersebut dalam satu tulisannya yang disiarkan oleh laman web terkemuka GlobalResearch.

Dr Chandra berharap Perhimpunan Agung UMNO - mesyuarat tahunan parti yang merupakan tulang belakang kepada kerajaan - yang akan berlangsung dari 25-29 November,  membahaskan dan menerima pakai resolusi yang menyokong permintaan supaya Malaysia menjadi anggota JIT.


"Ia adalah permintaan yang sudah pasti mendapat sokongan daripada seluruh negara," ujar beliau.

"Penyertaan kita dalam siasatan tragedi itu juga untuk mengelakkan pihak Barat menyembunyikan atau mengabui cerita sebenar di sebalik jenayah yang paling kejam itu," kata Dr Chandra.

Beliau mempersoalkan mengapa Malaysia tidak berada dalam JIT sedangkan Malaysia pemilik pesawat MH17 dan adalah tidak logik Malaysia tidak dimasukkan sebagai anggota JIT.

JIT diketuai Belanda dengan Australia, Belgium dan Amerika Syarikat sebagai ahlinya.

"Malaysia mempunyai lebih hak untuk berada dalam JIT daripada beberapa ahli sekarang," tegas beliau.

Menurut Pengerusi Yayasan 1Malaysia itu, keanggotaan Belanda boleh difahami kerana pesawat tersebut berlepas dari Amsterdam.

"Tetapi mengapa Belgium berada dalam JIT? Adakah kerana Brussels (ibu nagara Belgium) adalah pusat pentadbiran Kesatuan Eropah (EU) dan EU bertanggungjawab ke atas urusan penerbangan komersial di benua tersebut? Jika itu, maka ia adalah EU, tidak Belgium, yang sepatutnya mempunyai tempat dalam pasukan JIT.

"Bagaimana pula dengan Australia? Adakah kerana sebilangan besar warga Australia maut dalam tragedi itu? Jika itu adalah pertimbangan, maka Malaysia juga perlu dalam JIT kerana 43 rakyat kita terbunuh, bilangan kedua terbesar selepas 193 warga Belanda. Mungkin Amerika Syarikat perlu juga dimasukkan kerana Boeing adalah pengeluar pesawat,"katanya.

Dr Chandra mendedahkan mungkin Malaysia tidak mendapat tempat dalam JIT kerana kita tidak menunding jari ke Rusia sebagai punca tragedi MH 17 seperti empat negara anggota JIT lakukan.

"Malaysia enggan menyalahkan Rusia atau pemberontak pro-Rusia di Timur Ukraine, tanpa bukti kukuh, bukti yang tidak dapat dipertikaikan.

"Sedangkan, sejak dari awal lagi, Ukraine, Amerika Syarikat dan beberapa sekutu mereka telah membina sebuah naratif mengenai bagaimana pemberontak pro-Rusia di Timur Ukraine menembak jatuh MH 17 dengan sistem peluru berpandu darat ke udara (Buk) yang dibekalkan oleh Rusia - naratif yang telah disebarkan secara meluas melalui media global yang berat sebelah," ujar beliau.

Jelas Dr Chandra, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil kedudukan yang betul dan berprinsip apabila menahan diri dari mengutuk mana-mana pihak sehingga semua siasatan telah selesai.

"Penyertaan kita dalam siasatan tragedi itu juga untuk mengelakkan pihak Barat menyembunyikan atau mengabui mata cerita sebenar di sebalik jenayah yang paling kejam itu," kata Dr Chandra.

Sebelum ini, dalam satu sidang media bersama di Putrajaya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Belanda, Mark Rutte mengumumkan Malaysia dilantik sebagai anggota penuh dalam kumpulan penyiasat mengenai MH17 yang diketuai Belanda.

Rutte bertemu Najib dalam lawatan kerja sehari ke negara ini pada 6 November lalu.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sudah bersiap sediah menghantar anggota untuk menjalankan siasatan nahas pesawat yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu.

Bagaimanapun sehingga kini, Malaysia tidak dimasukkan sebagai anggota pasukan penyiasat tersebut.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di zon yang sedang bergolak.

Pesawat itu antara lain membawa 193 warga Belanda dan 44 rakyat Malaysia dalam kalangan penumpang dan anak kapal. Semua mayat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa telah dikenal pasti.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”