Thursday, January 29, 2015

HADITS PENGERINGAN SUNGAI FURAT

Pautan entri asal ini bertarikh 13 Julai 2014: https://www.facebook.com/notes/539324612856203/ Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa ... thumbnail 1 summary
Pautan entri asal ini bertarikh 13 Julai 2014:

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan gunung emas yang mendorong manusia berperang. Sebanyak 99 daripada 100 orang akan terbunuh (dalam pertempuran) dan setiap daripada mereka berkata, Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup. (Hadits Riwayat Bukhari).
Dalam riwayat lainnya, Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda bermaksud: Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Eufrat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu. (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim).

Imam Bukhari Rahmatullahu 'alaihi juga meriwayatkan hadits lainnya, bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda bermaksud: "Segera Sungai Eufrat memperlihatkan kekayaan (gunung emas), maka siapa pun yang berada pada waktu itu tidak akan dapat mengambil apa pun daripadanya."

Imam Abu Daud Rahmatullahu 'alaihi juga meriwayatkan hadits yang sama maksudnya.

Dalam hadits itu Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda bahawa sungai yang mengalir di tiga negara besar iaitu Turki, Syria, dan Iraq itu pada saatnya nanti akan menyingkapkan harta karun yang besar berupa gunung emas.

Sertai Grup ANTI KONSPIRASI:
https://www.facebook.com/groups/antikons/ 
Pautan Video:
https://www.facebook.com/photo.php?v=549645558490775

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”