Kes epik ini akhirnya selesai dengan Mahkamah Persekutuan hari ini
memutuskan Ketua Umum PKR, DSAI bersalah atas pertuduhan meliwat bekas
pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu, dengan
mengekalkan hukuman penjara lima tahun.
Maaf sebenarnya saya langsung tidak berminat dengan Anwar Ibrahim maupun polemik antara dua kuasa bertentangan samada pro atau anti kerajaan. Sudah tentu pentaksub-pentaksub pro kerajaan akan bersorak gembira dengan "kemenangan" ini, manakala yang anti kerajaan akan bertambah kuat menentang. Malangnya tiada pemenang sebenarnya dalam hal ini kecuali musuh-musuh dalaman dan luaran yang akan tetap terus berusaha untuk melemahkan negara tanpa kecuali. Apa yang hendak kita perhatikan ialah sekiranya ada "kemajuan" atau perkembangan yang signifikan/mendadak dalam siasatan mengenai konspirasi MH370 pasca keputusan kes DSAI ini maka bermakna jelasnya kompromi belakang tabir telah dicapai antara para konspirator dengan pihak kerajaan. Atau sebaliknya apakah akan ada pendedahan-pendedahan yang bakal "menggugat" kerajaan hasil keringat kuasa-kuasa yang bertentangan?
Bahkan, pada 29 Januari 2015 saja saya lihat sudah ada satu laporan dari The Telegraph UK mengenai hal ini...
Laporan 29 Januari 2015.
MH370 Malaysia Airlines: Anwar Ibrahim says government purposefully concealing information
By Barney Henderson
6:27PM GMT 29 Jan 2015
http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10743378/MH370-Malaysia-Airlines-Anwar-Ibrahim-says-government-purposefully-concealing-information.html
Pautan video: http://youtu.be/iOtmE0yo-Zc
As the Malaysian government confirms that the MH370 crash was 'an accident', we republish the claims of Anwar Ibrahim, the opposition leader, that Malaysia’s sophisticated radar system would have immediately detected Flight MH370 as it crossed the country’s mainland after changing course
Namun kuasa-kuasa berkepentingan yang saling bertentangan, samada kompromi telah dicapai ataupun tidak, tetap akan terus memainkan agenda-agenda destabilisasi negara selepas ini, malah saya tidak nampak bahawa keadaan negara akan menjadi "aman damai" semata-mata kerana DSAI dah masuk dalam. Segalanya tidak akan berakhir di sini.
Bagi mereka yang masih tidak memahami, itulah yang dikatakan kelebihan polemik kiri kanan makan keliling. Dalam apa keadaan sekalipun, kuasa-kuasa yang tersembunyi di balik sesuatu negara akan tetap memainkan peranan mereka dengan pentaksub-pentaksub kiri kanan menjadi buah-buah bidak mereka. Selamat berentap antara kalian.
No comments
Post a Comment