بِسْمِ اَللهِ اَلرَّحْماَنِ اَلرَّحِيمِ
#KEMASKINI 1: MUQODDIMAH
Susulan kepada ulasan saya bertajuk, "MEMBUKA PEKUNG JORDAN DALAM SANDIWARA ISIS", saya telah membuat suatu entri yang serba ringkas dan bersifat "trailer" sarkastik saya mengenai Raja Abdullah II Jordan pada Grup Anti Konspirasi.
Susulan kepada ulasan saya bertajuk, "MEMBUKA PEKUNG JORDAN DALAM SANDIWARA ISIS", saya telah membuat suatu entri yang serba ringkas dan bersifat "trailer" sarkastik saya mengenai Raja Abdullah II Jordan pada Grup Anti Konspirasi.
Berikutan itu seorang ahli grup Muhammad 'Ali Shahwalnizaminhat, telah menempelak dan memberi amaran mengenai "memperolokkan" seorang ahlul bait (Raja Abdullah II) dengan komen sebaris pendapat suku tiang beliau.
Demi berlaku adil kerana saya tahu ada ahli-ahli grup yang muafakat dengan beliau, saya tolong promo di sini dan mengalu-alukan sesiapa saja di sini untuk merujuk kepadanya mengenai versi-versi naratif akhir zaman beliau. Ia bukanlah menjadi masalah bagi saya, samada kamu nak kunyah atau telan mentah-mentah. Tetapi bila membabitkan wacana grup, kalau naratifnya simpang siur dan tidak keruan, maka pasti kita akan samada tolak terus dan kalau terlepas dari radar sekalipun, kita akan muntahkan terus jua akhirnya selepas dijejak kembali.
Oleh yang demikian jika hendak mengimpot sesuatu ke dalam sini (Grup AK), pastikan anda boleh lepas checkpoint kastam kerana sini bukannya tempat untuk sewenang-wenangnya membawa masuk sebarangan ideologi, pra-sangka dan fahaman igauan anda. Saya tidak ada masalah untuk sesiapa menyalak dengan lantang di sini, hatta budak kanyiaq yang setahun jagung pun tak kesampaian dalam urusan konspirasi akhir zaman. Pastikan anda ada adab dan asas yang kukuh terlebih dahulu, silakan menyalak.
Pertama, serangan saya terhadap Raja Abdullah II belum habis lagi. Kalau nak serbu, tanya dulu, saya dah habis ke belum. Kedua, kalau tak faham fakta kontekstual, latarbelakang sejarah kerabat Jordan serta hadits mengenai fitan dari seorang ahlul bait yang dimaksudkan, lebih baik jangan cuba memainkan watak superhero "pelindung" ahlul bait, seolah-olah kita tidak mengenal adab mengenai mereka. Bila kita membangkitkan sesuatu hal di sini, bermakna kita ada sandaran-sandaran yang kukuh dan ia melibatkan persoalan yang sangat penting dalam siri gelombang-gelombang fitan akhir zaman.
Persoalan ahlul bait ini mula dirujukkan pada entri yang membincangkan keterlibatan dua pemimpin besar negara Islam yang dikatakan berketurunan ahlul bait didakwa terlibat dalam hierarki kumpulan Globalis Mufsidun yang digelar Committee of 300:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=381189935336339&l=26609e074f
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=381189935336339&l=26609e074f
Di mana kami merujukkan pada artikel "Perihal nasab (ahlul bait) tidak menjamin nasib"
Jadi saya ingatkan kalau nak serbu, jangan tak pakai helmet dan pastikan insuran bukan insuran pihak ketiga (third party). Kemudian kalau hendak menembak dengan pistol, pandang belakang dahulu dan pastikan tiada peluru berpandu "life seeking missile" sedang dihalakan pada anda.
Saya akan memulakan ulasan mengenai tajuk "MENILAI RAJA ABDULLAH II & KETURUNAN RAJA JORDAN SEBAGAI PENGKHIANAT & PEMICU HADITS ALAMATUS-SAAH TENTANG FITNAH SEORANG AHLUL BAIT" pada malam ini Insyaa Allah tabaroka wa ta'ala sebagai sesi; #KEMASKINI 2
No comments
Post a Comment