Muslihat Perang Dunia Multi Polar keatas Dunia Islam
https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1769747726615416/
Versi Nota
https://www.facebook.com/notes/alfaedah-ibn-ishaq/kudeta-turki-muslihat-perang-dunia-multi-polar-keatas-dunia-islam/845894182213206
2016: The Coming Of The New World Order (2016: Ketibaan Tatanan Baru Dunia)
THE WORLD IN 2016 |
Muslihat Multi Polar Perang Dunia (World War Multi Polar Deception) keatas dunia Islam adalah perencanaan tipudaya besar²an para proksi dajjal keatas dunia Islam dengan menggunakan 3 instrumen dunia Islam yaqni Saudi - Turki - Iran melalui 'playmaker' Israel.
Fasa membentuk Turki sebagai boneka diatas jenama Khilafat Neo Ottoman telah digerakkan dengan jayanya melalui operasi bendera palsu #Kudeta Turki baru-baru ini dengan bantuan Israel.
Penyusunan strategik kuasa² dunia di bawah struktur multi polar ini bukanlah secara kebetulan, malah merupakan perencanaan yang rapi dari sistem proksi globalis - dajjal itu sendiri untuk mempastikan kuasa² yang disasarkan untuk berlaga sesama mereka itu seimbang agar perancangan untuk Peperangan Dunia Ketiga dapat dilaksanakan dengan baik.
Operasi membawa Turki "keluar" dari kekangan NATO dan menanamnya sebagai 'trojan horse' dalam pakatan Rusia - Iran - China bakal memperkukuhkan kedudukan Israel secara keseluruhannya untuk melaksanakan sepenuhnya masterplan Greater Israel Oded Yinon melalui gerakan Khilafat Neo Usmaniyat Turki.
Sebagaimana Israel telah menipu seluruh dunia termasuk sebahagian besar dunia Islam melalui "Daulah Islam" yang didokongi Daesh yang hanyalah merupakan acuan "The State of Israel" dalam segala rupabentuk terorismanya, begitu juga Israel akan menipu seluruh dunia termasuk dunia Islam dengan menaja pula "Khilafat" Islam atau "The Islamic Caliphate" melalui Turki dengan “Neo Ottoman Empire”nya yang tidak lebih dari semata-mata mencapai maksud “The Greater Israel” mereka.
Jika dilihat kepada peta objektif pencapaian masterplan Yinon Eretz - Greater Israel yang menyamai peta Empayar Ottoman 1916, maka perencanaan bagi Neo Ottoman Empire di bawah Erdogan sebagai proksi "The State of Israel" adalah sebenarnya merujuk kepada implikasi pelan matlamat penguasaan geopolitik dan wilayah yang sama dengan dua nama yang berbeza.
Dengan lain perkataan, "Yinon Plan" dan "Neo Ottoman Empire" adalah 2 pelan yang kononnya berasingan/bertentangan dari perencana @Konspiratur asal yang sama.
Bendera Palsu #Turki 16/7/2016
Sebelum peristiwa cubaan #kudeta Turki ini, antara peranan Erdogan yang bukan menjadi rahsia lagi di kalangan para penganalisis serta pemerhati geopolitik dunia contohnya penglibatan Turki dalam siri serangan “false flags” IS/Daesh bersama Israel dan Arab Saudi. Begitu juga peranan Turki di dalam permainan krisis lambakan pendatang asing Syria ke Eropah dan gandingan beliau bersama Merkel dalam merealisasikan Brexit untuk mempercepatkan proses kehancuran pasaran Kesatuan Eropah. Kemudian diikuti pula dengan sandiwara memohon maaf kepada Rusia keatas insiden menjatuhkan pesawat Rusia.
Erdogan tidak samasekali mampu melaksanakan Operasi #FalseFlag Kudeta Palsu ini tanpa penglibatan, sokongan malah perencanaan dari unit Israel
Hanya dengan penglibatan Israel dan seluruh kekuatan perisikan Mossad secara langsung sahaja yang boleh memungkinkan operasi yang terang-terang melanggar kehendak Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah/NATO ini dilaksanakan tanpa tindakbalas serta merta dari pakatan barat.
Pada tahun 2013, Israel telah mengubahsuai sebanyak 13 pesawat F-16 untuk memberi keupayaan membawa senjata nukliar. Besar kemungkinan bahawa salah sebuah dari pesawat ini telah digunakan dengan sebaiknya di Ankara untuk menggugurkan sejenis bom nukliar berkeupayaan rendah keatas bangunan parlimen Turki.
Penelitian keatas letupan tersebut menunjukkan ciri letupan dengan kadar kilauan yang tinggi untuk tujuan menarik perhatian tanpa mengakibatkan kerosakan yang banyak. Ini memberi peluang kepada pasukan media rejim Erdogan untuk menggunakan insiden tersebut sebagai propaganda.
Ian Greenhalgh melaporkan bahawa pada tahun 2015, 5 orang pakar Saudi yang dilatih di Israel telah dibawa masuk ke Incirlik Airbase di Selatan Turki di bawah preteks untuk mengendalikan misi penerbangan pesawat Saudi.
Anehnya tiada sebarang misi dijalankan seperti didakwa. Tiada sebarang pesawat tentera Saudi telah memasuki pengkalan udara Incirlik.
Nampaknya hasil kerja tangan mereka telah dapat dilihat melalui pengeboman parlimen Turki oleh sebuah dari dua pesawat F-16 yang didakwa telah dirampas oleh pihak kudeta Turki pada malam kejadian.
Jeff Smith, seorang pakar fiziks di Jabatan Tenaga Amerika Syarikat dan bekas penyiasat/pemeriksa nukliar UN/IAEA, telah mengenalpasti letupan di bangunan parlimen Ankara adalah terhasil daripada alat bahan letupan nukliar generasi keempat atau kelima yang kecil lagi berkeupayaan rendah, iaitu sebuah bom lithium-deuterium yang menggunakan sangat sedikit amaun uranium dan tidak menghasilkan sebarang kesan EMP ke persekitaran atau kesan berbahaya tetapi berupaya menghasilkan bunyi yang sangat kuat serta kilauan yang terang benderang.
Oleh itu tidaklah memeranjatkan samasekali apabila Erdogan dan pasukan propaganda beliau akan cuba sedaya upaya untuk mendapat manfaat yang besar dari peristiwa rampasan kuasa ini. Suatu plot yang diambil dari lembaran sejarah Nazi yang mula menaikkan nama serta pengaruh Hitler melalui penciptaan suatu peristiwa “false flag” yang persis kes kebakaran Gedung Reichstag (‘the burning of the Reichstag’).
Kebakaran Reichstag
https://id.wikipedia.org/wiki/Kebakaran_Reichstag
Erdogan adalah semata-mata pembentukan watak "Hitler" baru Akhir Zaman, yang bakal memainkan peranan sebagai "Hero" Khilafat pada pandangan mata dunia Islam yang keliru, atau "Axis of Evil" Neo Ottoman pada pandangan dunia barat. Ulangtayang lakonlayar dengan plot yang sama cuma barisan para pelakon yang berbeza.
Ulangtayang lakonlayar dengan plot yang sama cuma barisan para pelakon yang berbeza. |
Proksi-proksi Globalis dalam Pakatan Rusia
Turki sebagaimana Iran dan China akan bertindak sebagai duri dalam daging Rusia bagi pihak para Globalis proksi Dajjal.
Pada masa yang sama kita sudah pun melihat pergerakan pembelotan Great Britain keluar dari Euro baru-baru ini melalui gerakan BREXIT untuk bergabung dengan China yang bakal menjadikan City of London sebagai pusat bagi Yuan/Renmibi yang sedang disasarkan sebagai matawang reserve dunia yang baru menggantikan Dollar Amerika Syarikat.
Sebagaimana Turki telah bertindak sebagai 'trojan horse' dalam NATO, begitu jua Great Britain telah bertindak sebagai 'trojan horse' Euro.
Bukanlah secara kebetulan mereka dikeluarkan pada sela masa yang sama, untuk memainkan peranan sebagai pembelot untuk fasa dan mangsa² geopolitik seterusnya.
Dengan itu pergerakan² sekitar tahun 2016 mutakhir ini membawa isyarat² yang besar bahawa kuasa² dunia multi polar ini semakin hampir untuk berlaga antara satu sama lain dengan semakin terancamnya kedudukan Dollar Amerika dan Euro yang sedang di ambang kehancuran melalui serangan² bersepadu yang akan didatangi dari pakatan Anglo Chinese (Alliance) dan BRICS, termasuk Turki.
Hanya mereka² (umat Islam) yang terbuai dengan tipudaya percaturan geopolitik sedunia ini sahaja yang akan tertipu dengan penjenamaan Islamik yang didokongi oleh instrumen Saudi - Turki - Iran serta jaringan/rangkaian ekstremis² dan militan Islam dibawah tajaan mereka, kerana pada hakikatnya segala konflik dan kemusnahan yang akan tercetus dari mereka adalah sebahagian dari realpolitik sistem dajjal yang sama dan bakal memakan diri mereka sendiri, bagi keuntungan Israel dan sekutu² dajjal akhirnya. - Al Faedah
Sebagaimana Hadits Rasulullah Sallahu ‘alaihi wa sallam
تَغْزُونَ جَزِيرَةَ الْعَرَبِ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ فَارِسَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الرُّومَ فَيَفْتَحُهَا اللَّهُ ثُمَّ تَغْزُونَ الدَّجَّالَ فَيَفْتَحُهُ اللَّهُ
“Kalian akan perangi jazirah Arab sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian (kalian perangi) Parsi sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Rum sehingga Allah menangkan kalian atasnya. Kemudian kalian perangi Dajjal sehingga Allah menangkan kalian atasnya.” (Hadits Riwayat Muslim).
Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Sayydinia Mu’adz bin Jabal, Rasulullah Sallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ ثُمَّ ضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى فَخِذِ الَّذِي حَدَّثَهُ أَوْ مَنْكِبِهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ هَذَا لَحَقٌّ كَمَا أَنَّكَ هَاهُنَا أَوْ كَمَا أَنَّكَ قَاعِدٌ يَعْنِي مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ
“Kemakmuran Baitul Maqdis akan diiringi peruntuhnya Yatsrib (Madinah). Runtuhnya Yatsrib akan diiringi oleh keluarnya (kaum muslimin) dalam Al Malhamah (Peperangan mengalahkan Rum), dan Al Malhamah diiringi dengan penaklukan Konstantiniyah, dan penaklukan Konstantiniyah akan diiringi dengan keluarnya Dajjal".
Kemudian beliau menepuk-nepuk paha orang yang beliau ceritakan tentang hadits tersebut, atau dalam riwayat lain, 'pundaknya'. Kemudian bersabda: "Semua ini adalah sesuatu yang benar, sebagaimana engkau -Mu'adz bin Jabal- sekarang berada di sini adalah sesuatu yang benar." (Sunan Abu Daud : 4294)
** Nota: Ini pula khas saya bagi pada para pentaksub Erdogan yang menuduh mereka yang tidak sealiran dengan Erdogan sebagai pro Syiah.
No comments
Post a Comment