Persahabatan Tanpa Syarat
- Izman Pauzi
memeriksa borang cuti pekerja, terpandang alasan pergi reunion untuk tujuan bercuti. saya tiada masalah, lagipun masa cuti sekolahlah masa yang paling sesuai untuk perjumpaan sahabat lama kerana masing-masing ada komitmen keluarga dan anak-anak yang bersekolah.
zaman persahabatan semasa persekolahan adalah zaman yang paling saya suka dimana kita bersahabat tanpa syarat. kita tidak kisah sahabat itu markah berapa dalam peperiksaan, kita tak kisah ayah ibunya kerja apa, rumahnya besar mana, datang sekolah naik apa. semua itu tidak penting. pada masa itu, kita hanya pentingkan persahabatan.
"jika kau terlupa bawa bekal atau tiada duit belanja, marilah kongsi bekal aku".
"periksa semua markah merah dan kena rotan dengan ayah kau ke?. jom kita pergi mandi sungai".
itulah dialog kita kepada sahabat setiap kali sahabat kita mempunyai masalah atau kita sendiri mempunyai masalah. jadi bila ada permintaan untuk majlis reunion ramai yang ingin menyertainya kerana fikir sahabat kita tanpa syarat itu masih begitu. namun realitinya tidak begitu.
saya ada satu kisah. ia berlaku di depan mata saya pada akhir tahun lepas. begini kisahnya.
pada suatu petang pada hari cuti, seorang sahabat saya mengajak saya untuk menemaninya ke kedai spare parts, saya dengan rela menemaninya. kami ke bandar klang. usai membeli barangan dikehendaki, dia mengajak saya menemaninya ke majlis reunion rakan sekolah rendahnya.
sudah tentu saya keberatan kerana saya tidak mengenali sesiapa disitu dan saya juga berpakaian agak selekeh. dia mendesak dan saya tiada pilihan kerana saya menumpang keretanya. dia berjanji hanya sekejab sahaja.
di restoran berhawa dingin itu beberapa sahabat lamanya sudah mula datang dan berbual-bual didalam kelompok-kelompok kecil.
di luar terdapat deretan kereta-kereta mewah. dia masuk berjumpa mereka dan bertegur sapa. rata-rata mereka sudah tidak berjumpa atau bertegur sapa secara bersemuka sudah puluhan tahun.
saya pula turut bersalam dan diperkenalkan sebagai anak saudaranya. apabila ditanya mengenai isteri dan anak-anak, sahabat saya menyatakan bahawa isteri dan anaknya terpaksa menghadiri kenduri jiran sebelah rumah.
saya hanya menjadi pemerhati di majlis itu sambil menghabiskan makanan yang terhidang. memang ada anak-anak gadis disitu tetapi saya bukanlah seorang yang mata keranjang. lagipun mereka juga hanya memandang saya sebelah mata lantaran pakaian saya yang sangat selekeh iaitu berbaju t', cargo pants dan bersandal. gadis-gadis moden yang baru tumbuh susu ini lebih tertarik dengan gadjet dan lelaki yang agresif berbanding saya yang pemalu dan hanya bermain game ular didalam handphone 3310 saya.
saya dapat perhatikan sahabat-sahabat satu sekolah ini terbahagi kepada pelbagai kelompok. ada kelompok guru, businessman, kakitangan kerajaan, suri rumah dan penyendiri. sahabat saya disambut hambar oleh sahabatnya yang berstatus, mereka sekadar berjabat salam dan berbual bertanya khabar diri, keluarga, kerja dan kereta yang dipakai. ya, itulah soalan yang ditanya oleh rata-rata mereka di majlis tersebut.
" Woi, kau pakai kereta apa sekarang?".
saya yang mendengar turut terasa jengkel. ini perjumpaan sahabat sekolah atau perjumpaan show off kereta. lagi memualkan ada sahabatnya yang terang- terang bercerita perniagaannya yang besar, berkahwin dua, membeli pelbagai hartanah, ada pelbagai kereta mewah dan sering melancong ke luar negara.
sahabat saya hanya banyak tersenyum dan menganggukkan kepala. tidak mahu merintang angin sahabatnya yang mendabik dada sudah menjadi orang ada-ada.
dua jam berlalu, sahabat saya mengajak saya pulang. dia menemui sahabatnya yang lain dan memberitahu terpaksa pulang untuk menyertai isterinya di kenduri jiran rumah mereka.
rata-rata hanya bersalam dan kemudian terus berpaling berbual dengan sahabat yang lain, tidak mengendahkan sahabat saya lagi.
hanya ada dua orang sahabatnya sahaja yang mengekori hingga ke kereta. mereka masih berbual-bual kira-kira 20 minit dan bergelak ketawa.
mereka bukan calang-calang orang, salah seorang adalah pengarah agensi kerajaan dan seorang lagi adalah ahli perniagaan. mereka berkekek ketawa bercerita tentang peristiwa melastik burung, memedap ikan puyu di paya dan dihambat jiran setelah mencuri durian.
apabila ingin bersurai, saya tengok mereka berpelukan mesra dan saling bermaafan. air mata mengalir di pipi masing-masing.
di dalam kereta, saya bertanya sahabat saya itu kenapa dia tidak berpakaian cantik dan membawa kereta mewahnya. dia mempunyai kereta BMW, merc, honda, toyota hilux dan beberapa kereta lagi, tetapi wira buruk ini juga dibawanya.
katanya, " memang saya sengaja, saya nak tengok rupa sebenar sahabat-sahabat saya yang dahulu makan sepinggan dan susah senang bersama. jadi, akhirnya saya tahu saya sebenarnya hanya ada dua orang sahaja sahabat yang masih anggap saya sahabat karib mereka. sahabat tanpa syarat".
saya diam dan termenung sendiri. saya sedar bahawa rumah cuma tempat berteduh, kereta cuma alat pengangkutan, pakaian cuma alas diri.
kita mampu memiliki dan menggantinya kesemuanya itu pada bila-bila masa bergantung kepada kemampuan dan pilihan yang ada ditangan kita. ternyata harta yang dikumpul dalam hidup telah memisahkan banyak persahabatan. namun jika hati masih ikhlas bersahabat tanpa syarat, persahabatan akan kekal hingga ke hujung nyawa.
adakah anda ikhlas bersahabat dengan saya?
"Berfikir tanpa kotak"
Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”
“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."
"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."
"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”
“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."
"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."
"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”
No comments
Post a Comment