Tuesday, September 13, 2016

Dunia Telah Masuk Fasa Akhir Zaman - Mantan Mufti Perancis

Saya melihat Malaysia ini merupakan negara yang paling ramai mufti. Setiap negeri mempunyai mufti masing-masing, ditambah pula dengan Ma... thumbnail 1 summary
Saya melihat Malaysia ini merupakan negara yang paling ramai mufti. Setiap negeri mempunyai mufti masing-masing, ditambah pula dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan hukum. Malangnya, wujud segelintir pihak yang gemar mempertikaikan keputusan badan rujukan agama ini dengan mengeluarkan fatwa sendiri. Mereka sedaya upaya ingin menyalahkan orang yang bertentangan dengan mereka dan sebolehnya membuat orang lain membolehkan apa yang dilakukan." - Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim
║▌║▌a l f a e d a h ║█│▌
26 Julai 2016 - TIDAK dinafikan, peredaran semasa menyaksikan kemunculan pelbagai teknologi dan kemudahan serba canggih berbanding dahulu.
 
Bagaimanapun Syeikh Mohamed Abdul Aziz Mahmoud Ghonim mendakwa, kebijaksanaan pakar masa kini adalah tidak setanding ulama silam atau yang telah lahir pada zaman sebelum ini.

 
Menjelaskan perkara itu, Ahli Majlis Fatwa Universiti al-Azhar, Mesir itu berkata, ia sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud:
“Antara tanda-tanda kiamat ialah diangkatnya ilmu dan berleluasa kejahilan.” - Riwayat Bukhari dan Muslim
Beliau yang juga Mufti Perancis ketika menyampaikan ceramah terbuka dalam kunjungannya ke Malaysia memberitahu, perkara sama juga akan terus berlaku pada masa akan datang dan zaman ke zaman berikutnya.

“Dunia telah memasuki fasa akhir zaman. Ramai orang merasa diri mereka hebat, baru sahaja khatam (tamat belajar) dua atau tiga kitab, sudah boleh mengajar orang, malah ada yang berani mengeluarkan fatwa, hukum sendiri.

“Berbeza dengan ulama dahulu yang dilihat bersahaja tetapi menguasai pelbagai jenis ilmu dan kitab, malah mereka juga telah memikirkan pelbagai teori hebat. Apa yang dimaksudkan Rasulullah SAW, ilmu semakin berkurang apabila Allah SWT mencabut nyawa golongan ulama.

“Ternyata ramai dalam kalangan ulama telah meninggalkan kita. Begitu juga zaman yang akan datang, ulama dan pakar pada masa itu tidak sehebat dan setanding ulama pada masa kini, terutamanya dalam ilmu agama biarpun mereka berjaya mencipta pelbagai kemajuan yang belum ada pada hari ini,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan kepada umat Islam supaya menghormati ulama terdahulu termasuk segala ilmu dan fatwa yang telah disepakati dalam menetapkan sesuatu hukum.

“Jangan sesekali mengkritik ulama atau ketetapan yang telah diputuskan walaupun kita tidak berpuas hati dengan mereka atau dilihat kurang bersesuaian dalam konteks masa kini.

“Apa yang saya perhatikan berlaku di Malaysia, golongan ustaz dilihat sering bergaduh sesama sendiri. Orang itu menuduh ustaz ini tidak betul, begitu juga sebaliknya sehingga meletakkan ustaz ini sesat. Tidak kurang pengikut masing-masing yang mengeruhkan lagi keadaan.

“Perkara ini perlu dielakkan dan sebaiknya dihentikan langsung kerana tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada mana-mana pihak. Sebaliknya perbezaan pendapat itu perlu diraikan,” jelasnya.

Dilahirkan di Mesir, Syeikh Mohamed mendapat pendidikan di Universiti al-Azhar, Mesir.
Beliau sering diundang ke negara ini sebagai imam solat tarawih, di samping menyampaikan ceramah di masjid dan badan berkanun.

Pernah menetap selama sembilan bulan di Malaysia, Syeikh Mohamed fasih berbahasa Melayu terutama dalam dialek Kelantan dan pernah dilantik sebagai Fellow Kehormat di Universiti Teknologi Mara, Machang, Kelantan.

REALITI DI MALAYSIA

Berkongsi pengalaman menetap di Malaysia, Syeikh Mohamed berkata, agak mengejutkan melihat sikap umat Islam di negara ini yang masing-masing mahir mengeluarkan hukum walaupun bukan dalam bidang mereka.

“Jika saya menyamar seperti orang biasa dengan berpakaian bersahaja sambil duduk di kedai kopi. Saya boleh mendengar orang berhampiran berborak dan apa yang mengejutkan dalam tempoh beberapa minit sahaja, hampir 30 hukum dikeluarkan.

“Sebagai Ahli Majlis Fatwa yang bertanggungjawab menetapkan fatwa, kita perlu mengkaji dengan teliti semua aspek sebelum menetapkan hanya satu fatwa yang biasanya memakan masa. Ini kerana kita akan ditanya di akhirat nanti mengapa menetapkan sesuatu hukum itu.

“Tetapi di Malaysia, ini sesuatu yang unik. Semua orang boleh berhujah dan mengeluarkan hukum sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata, perkara itu mesti dihentikan daripada menjadi budaya bagi mengelakkan perkara batil (salah) diamalkan dan terus tersebar.

“Saya melihat Malaysia ini merupakan negara yang paling ramai mufti. Setiap negeri mempunyai mufti masing-masing, ditambah pula dengan Majlis Agama Islam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan hukum."

“Malangnya, wujud segelintir pihak yang gemar mempertikaikan keputusan badan rujukan agama ini dengan mengeluarkan fatwa sendiri. Mereka sedaya upaya ingin menyalahkan orang yang bertentangan dengan mereka dan sebolehnya membuat orang lain membolehkan apa yang dilakukan."

“Mengapa jika sakit, kita boleh akur apa sahaja arahan dan cakap doktor tanpa sebarang pertikaian, tetapi dalam hal agama, kita mempersoalkan keputusan dibuat, sedangkan mereka sama-sama pakar dalam bidang masing-masing,” luahnya.

Akhirnya Syeikh Mohamed berkata, umat Islam menjadi keliru dan hukum dirujuk daripada sesiapa sahaja yang tidak layak mengeluarkan fatwa.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”