Menurut Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), fenomena #gerhana itu hanya dapat mula disaksikan apabila bulan mula memasuki penumbra pada 12.55 pagi Sabtu, dan berada pada fasa maksimum apabila bulan berada di kawasan penumbra yang paling dalam pada 2.54 pagi.
"Fenomena gerhana bulan penumbra akan berakhir apabila keseluruhan bulan keluar sepenuhnya dari kawasan penumbra pada 4.54 pagi.
"Secara am, fenomena gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke permukaan bulan," menurut ANGKASA dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut agensi itu, fenomena Gerhana Bulan Penumbra yang pertama pada tahun ini ialah 23 Mac lalu.
Menurut ANGKASA, Gerhana Bulan Penumbra sukar dilihat dengan mata kasar kerana penumbra adalah kawasan bayang-bayang bumi yang lebih samar (kurang gelap) berbanding kawasan umbra iaitu kawasan bayang-bayang bumi yang gelap.
"Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih mudah dan jelas jika kita melihat gerhana menggunakan peralatan bantuan seperti binokular ataupun teleskop," menurut agensi itu.
Menurut ANGKASA, pihaknya tidak akan mengadakan sebarang program pencerapan untuk orang awam sempena fenomena Gerhana Bulan Penumbra Sabtu ini.
║▌║▌║█│▌alfaedah║▌║▌║█│▌
** Bab darihal kekerapan berlakunya #gerhana di akhir zaman.
BHG II: MENILAI SEMULA HADITS 3 KHUSUF-API DARI YEMEN
DARIHAL YEMEN, #GERHANA DAN KIAMAT
https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1600998673490323/
No comments
Post a Comment