Tuesday, March 21, 2017

Kereta Menongkah Arus Sudah Jadi Trend Rakyat Malaysia?

March 16, 2017 Sejak awal bulan lalu, kita digemparkan dengan berita kemalangan membabitkan pemanduan melawan arus trafik. Memetik porta... thumbnail 1 summary
March 16, 2017

Sejak awal bulan lalu, kita digemparkan dengan berita kemalangan membabitkan pemanduan melawan arus trafik. Memetik portal Carlist.my, bulan lalu, seorang pemandu
kereta BMW memandu melawan arus trafik di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, merempuh sebuah Perodua Myvi menyebabkan mangsa maut.

M
inggu lalu pula, sebuah Nissan Sentra turut melawan arus trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Taiping, Perak. Manakala, hanya selang beberapa hari kemudian di Pulau Pinang, sebuah Proton Gen2 dengan kesalahan sama merempuh sebuah Perodua Kelisa sehingga menyebabkan kematian mangsa.
Hari ini, Khamis, China Press Daily memuat naik dua buah video memaparkan sebuah Perodua Myvi menongkah arus trafik di Skudai, Johor.

Video berkenaan memaparkan Myvi berwarna hitam terbabit menongkah arus trafik tanpa niat membetulkan kesalahannya untuk kembali ke lorong yang betul dan selamat.



Sampai satu ketika, Myvi berkenaan berhenti di lampu isyarat walaupun berada di kedudukan bertentangan dan salah. Meskipun mempunyai masa yang cukup untuk kembali ke jalan yang benar, kereta itu berkeras membelok ke kanan. Motif sebenar pemandu masih belum dikenalpasti.


Sumber

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”