Friday, March 17, 2017

Tukar mayat Jong Nam dengan 9 rakyat Malaysia di Korea Utara

"Adalah menjadi keyakinan saya, hasil ops gelap para operatif dan aset² CIA-NIS, Malaysia kini semakin terjebak dalam satu lagi konsp... thumbnail 1 summary
"Adalah menjadi keyakinan saya, hasil ops gelap para operatif dan aset² CIA-NIS, Malaysia kini semakin terjebak dalam satu lagi konspirasi bertaraf dunia. Jika masih tidak jelas, ada masalah dengan "mayat" Kim Jong Nam. Korea Utara ada justifikasi yang kuat." - Editor

Katakunci #demam


______________________________

16 Mac, 2017
 

Timbalan Perdana Menteri berkata Putrajaya tidak menolak kemungkinan itu pada masa ini kerana rundingan sedang dibuat dengan Pyongyang untuk membawa pulang rakyat Malaysia dengan selamat.

KUALA LUMPUR: Ada kemungkinan Putrajaya akan menyerahkan mayat Kim Jong Nam bagi memastikan 9 rakyat Malaysia yang terperangkap di Korea Utara dapat pulang dengan selamat, lapor The Star.

Ketika ditanya akhbar itu adakah Putrajaya akan mempertimbangkan untuk menukar mayat Jong Nam demi keselamatan rakyat Malaysia di sana, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata: “Kami melihat kepada semua kemungkinan.”

Zahid berkata rundingan rasmi di bahagian ketua setiausaha bermula pada Isnin untuk pembebasan rakyat Malaysia di sana.

“Kami sedang meneliti untuk membawa mereka keluar dari Pyongyang,” katanya selepas melancarkan fasiliti baharu VIP di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.

Zahid yang juga menteri dalam negeri sebelum itu memberitahu wartawan di luar Parlimen yang mayat Jong Nam, dipercayai dibunuh menerusi operasi diterajui Korea Utara, sudah diawetkan dan boleh bertahan lebih lama.

Pembunuhan itu dan cubaan Malaysia untuk menyiasat 3 warga Korea Utara yang dipercayai bersembunyi di Kedutaan Korea Utara di sini, mencetuskan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara.

Korea Utara melarang 3 diplomat Malaysia dan 6 ahli keluarga mereka daripada meninggalkan negara itu. Malaysia bertindak balas dengan berkata warga Korea Utara di Malaysia juga tidak dibenarkan kembali ke sana.

The Star melaporkan Zahid menolak kenyataan Korea Utara yang mayat itu bukan Jong Nam, abang sebapa kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un.

“Ketua polis negara sudah mengesahkan ia Kim Jong Nam berdasarkan kepada sampel DNA diperoleh daripada anak si mati. Forensik dan prosedur DNA dipatuhi. Saya secara rasmi menyatakan mayat itu memang Kim Jong Nam,” katanya dipetik sebagai berkata.

Zahid tidak memberi butiran lanjut bagaimana atau bila sampel DNA daripada anak Jong Nam diperoleh. Khalid juga enggan memberi butiran lanjut.

Laporan menyatakan Jong Nam mempunyai 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan dengan 2 wanita dipercayai menetap di Beijing dan Macau.

Timbalan perdana menteri berkata Putrajaya tidak ada bantahan terhadap inkuiri antarabangsa berhubung pembunuhan Jong Nam di klia2 pada 13 Februari.


 http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/03/16/tukar-mayat-jong-nam-dengan-9-rakyat-malaysia-di-korea-utara/

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”