Friday, November 7, 2014

Mahkamah Rayuan putus Enakmen Syariah NS langgar perlembagaan

Keputusan Mahkamah Rayuan suatu kemenangan nampaknya bagi lelaki transgender beragama Islam. - AF ... thumbnail 1 summary
Keputusan Mahkamah Rayuan suatu kemenangan nampaknya bagi lelaki transgender beragama Islam. - AF
Lelaki transgender di luar Mahkamah Rayuan hari ini, mencabar enakmen Syariah Negeri Sembilan yang menghalang mereka berpakaian wanita.

Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan peruntukan enakmen agama Islam Negri Sembilan yang menghalang lelaki Islam yang berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah tidak berperlembagaan.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus berkata seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah melanggar Artikel 5, 8, 9, dan 10 Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan sebulat suara itu bermakna undang-undang yang sama di peringkat negeri dan Wilayah Persekutuan juga tidak sah dan batal.

"Kami membenarkan deklarasi yang diminta oleh (tiga) perayu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi," katanya.

Hishamuddin dalam keputusannya berkata perlembagaan diwujudkan melindungi minoriti dari kezaliman majoriti. – 7 November, 2014.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”