Tuesday, October 18, 2016

MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU LWN MAHATHIR - 8 : 1

Mahathir sepatutnya menyerah kalah pada 15 September 2016 apabila Yang di-Pertuan Agong ‘tunjukkan pintu keluar’ kepadanya. Tetapi kemudi... thumbnail 1 summary
Mahathir sepatutnya menyerah kalah pada 15 September 2016 apabila Yang di-Pertuan Agong ‘tunjukkan pintu keluar’ kepadanya. Tetapi kemudiannya, selepas gagal dengan Agong, Mahathir tetap mencuba nasibnya sekali lagi dengan Majlis Raja-Raja. Dan skor kini 8:1 terhadap Mahathir. Nasib yang malang! #countercoup1msia

14 Oktober 2016 - Kira-kira 30 tahun yang lalu, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad membuat gerakan beliau mengenai Raja Berperlembagaan, skor adalah 5: 4. Pada asasnya ini bermakna empat Raja-Raja dengan Mahathir manakala lima menentang.

Saya tidak akan menyebut yang mana lima negeri dan yang empat tersebut. Mereka yang tahu tidak perlukan saya menyebut negeri manakala yang tolol akan meminta bukti dan akan bertanya kepada saya untuk membuktikannya dan sebagainya. Oleh itu marilah kita hanya membuat kesimpulan dengan mengatakan jika anda tidak tahu, maka anda bukanlah orang yang berpengetahuan atau bukanlah sebagai seorang yang celik politik seperti yang anda bayangkan tentang diri anda selama ini.

Menyimpang sedikit dari topik untuk mereka yang kurang berpengetahuan, Malaysia mempunyai sembilan Raja-Raja: tujuh Sultan, satu Raja (Perlis) dan satu Yang di-Pertuan Besar (Negeri Sembilan). Kemudian kita mempunyai satu Yang di-Pertuan Agong dan seorang Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Sembilan Raja-raja negeri mengambil giliran secara bergilir-gilir untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Walau bagaimana pun, kembali kepada isu ini: hari ini, 30 tahun kemudian, apabila Mahathir membuat gerakan beliau ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, skor masakini telah bertukar kepada 8:1. Lapan Raja-Raja bersama dengan Najib berbanding satu menyokong Mahathir.

Sudah tentu, maka kita ada yang kesepuluh, yang akan menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tetapi kita biasanya mengira hanya sembilan negeri, tidak termasuk Agong (melainkan jika Agong dan Pemangku Raja negeri tersebut ‘turun takhta’, yang kadang-kadang berlaku – Secara peribadi, saya tahu satu peristiwa ianya berlaku).

Hakikatnya, tidak ramai Raja-Raja yang menyokong Mahathir pada 1980-an berubah dan kini tidak menyokongnya. Pada 1980an mereka adalah kumpulan Raja-Raja yang berbeza (kecuali dua negeri) dan hari ini kita mempunyai Raja-Raja dari generasi baharu yang sedang menduduki takhta. Dan Raja-Raja sekarang adalah pengganti atau pewaris (atau sedang bersekolah) ketika tahun 1980an dan mereka melihat apa yang Mahathir lakukan. Jadi sekarang adalah masa ‘membayar balik’, Mahathir sedang berhadapan dengan karma.

Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor, berkata perkara yang sangat menarik di Facebook beliau (sesuatu yang kita tidak ada pada tahun 1980an, untuk makluman):

“Ramai, secara kurang tepat, memikirkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak. Namun, ini adalah tidak benar. Seri Paduka, sepertimana raja berperlembagaan yang lain, seperti Ratu Elizabeth II, menunaikan tanggungjawab rasmi sebagai ketua negara namun tidak mempunyai hak menentukan bagaimana negara ini ditadbir.”

Secara kebetulan, suami Raja Zarith Sofiah itu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, telah menolak tawaran untuk menjadi Agong seterusnya (kata Malaysiakini). Jadi Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan akan menjadi Agong seterusnya dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sebagai Timbalannya.

Jadi, soalan yang anda mungkin bertanya, adakah lapan Raja-Raja yang saya sebutkan menyokong Najib adalah sebenarnya menyokong Najib atau menentang apa yang Mahathir lakukan? Sudah tentu anda boleh berhujah bahawa yang menyokong Najib dan yang menentang apa yang Mahathir lakukan adalah dua perkara berbeza. Hanya kerana mereka menentang Mahathir bukannya bermakna mereka menyokong Najib. (seperti mereka yang menentang hukuman mati tidak menyokong rogol atau pembunuhan).

Benar, sekiranya lapan Raja-Raja jika tidak menyokong penyingkiran Najib itu tidak bermakna mereka menyokong Najib. Ia sebenarnya bermaksud mereka ingin mengatasi politik dan ingin mematuhi undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Dan Raja Zarith Sofiah telah menjelaskan dengan baik di Facebook beliau.

Walau bagaimanapun, apapun alasan kelapan Raja-Raja mempunyai pendirian mereka, hasil keputusannya tetap sama, di mana Raja-Raja tidak akan menyokong Mahathir untuk singkirkan Najib. Dan itulah keputusan akhir yang diambil kira.

Tambahan pula, mengenepikan aspek-aspek undang-undang dan perlembagaan untuk menggulingkan Najib,apa yang perlu diambil kira ialah sebab kenapa ingin singkirkan Najib. Di dalam Islam, niat (hasrat atau motif) adalah sama atau lebih penting dari perlakuan itu sendiri. Niat adalah paling utama dan Raja-Raja adalah ketua bagi umat Islam bagi negeri masing-masing mesti mengambil kira kepentingan prinsip Islam tersebut.

Pendek kata, Raja-Raja mempertimbangkan motif Mahathir ingin menggulingkan Najib sebagai ‘mala fide’ dan bukannya ‘bona fide’. Dan inilah tamparan sebenar kepada Mahathir. Untuk mengatakan bahawa undang-undang atau Perlembagaan tidak membenarkan mereka menyokong Mahathir untuk menggulingkan Najib adalah satu perkara. Itu adalah satu tamparan sendiri. Tetapi untuk mengatakan bahawa mereka enggan menyokong Mahathir untuk menggulingkan Najib kerana Mahathir mempunyai motif tersembunyi bukan sekadar satu tamparan hebat tetapi sebenarnya adalah satu “tumbukan yang membunuh”.

Bagaimanapun, Mahathir tidak perlukan Raja Zarith Sofiah atau Raja Petra Kamarudin untuk mengajarnya tentang tugas, tanggungjawab dan had Raja Berperlembagaan. Mahathir tahu dengan tepat bagaimana sistem ini berfungsi. Jadi, jika Mahathir tahu bahawa Raja-Raja tidak boleh dari sisi undang-undang untuk singkirkan Najib, mengapa dia bersusah payah untuk mengambil laluan itu?
Jawapannya mudah. Ia adalah sama seperti “Deklarasi Rakyat” yang mempunyai antara 1,300,000-1,400,000 tandatangan, hampir satu juta daripada mereka tandatangan palsu. Ia adalah hanya untuk menunjukkan dan memberi gambaran bahawa dia sedang lakukan progres. Jika dia tidak melancarkan “Deklarasi Rakyat” dan mendapat lebih daripada satu juta tandatangan dan menghantarnya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka apa yang telah Mahathir capai? Apa keuntungan dia lakukan?

Orang akan mengatakan bahawa Mahathir tidak mendapat apa-apa dan tidak memenangi sebarang peperangan. Sejak beliau mula menyerang untuk singkirkan Najib, Muhyiddin Yassin telah hilang pekerjaannya (dan keahlian Umno beliau), Mukhriz Mahathir telah hilang pekerjaannya (dan keahlian Umno beliau), Shafie Apdal telah hilang pekerjaannya (dan keahlian Umno beliau), Peguam Negara telah hilang kerjanya, ketua SPRM telah hilang kerjanya – pada dasarnya, semua ahli konspirasi untuk menggulingkan Najib telah dipecat.

Jadi kelihatannya seperti Mahathir telah gagal di setiap langkah. Tarikh 29 Julai 2015 rampasan kuasa gagal. Oktober 2015 undi tidak percaya di Parlimen juga gagal. Disember 2015 undi tidak percaya dalam perhimpunan agung Umno gagal. Kemudian ada sidang akhbar yang gagal pada Julai 2016.Tiada satu pun yang berjaya. Semuanya hancur berkecai.

Jadi Mahathir perlukan “Deklarasi Rakyat” dan mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Itulah yang diperlukan Mahathir sebagai kemenangan atau kejayaan. Tanpanya Mahathir tiada apa-apa. Kosong! ‘Zilch’! Habok!

Tidak dapat dinafikan lagi, sebagai bekas Perdana Menteri, Mahathir tidak benar-benar terfikir bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan memanggil mesyuarat tergempar Majlis Raja-Raja dan mencadangkan supaya Najib digugurkan sebagai Perdana Menteri. Mahathir benar-benar tidak terfikir bahawa pada keesokan paginya Najib akan menerima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menyatakan kepada beliau “Bro, anda dipecat sebagai Perdana Menteri. Anda hanya ada masa 24 jam untuk kosongkan meja anda dan tinggalkan Seri Perdana”.

Ya, Mahathir mungkin bisu tetapi dia tidak bodoh (atau adakah ia sebaliknya?). Beliau tahu perkara tersebut tidak akan terjadi. Apa yang Mahathir hendak adalah untuk menunjuk. Ia adalah satu langkah yang bijak. Ia bertujuan untuk memberikan gambaran bahawa beliau melangkah ke hadapan walaupun beliau sebenarnya terperangkap. Itulah semua bunyi irama dan lagu serta tariannya.

Hasrat Mahathir adalah untuk memalukan Najib. Sebaliknya, Mahathir termalu apabila Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah mengenai peranan seorang Raja Berperlembagaan (dan kini Raja Zarith Sofiah juga menjelaskannya). Dan sekarang kita semua tahu bahawa lapan daripada sembilan Raja-Raja tidak bersama dengan Mahathir. Dan jika Mahathir mahu mempertikaikannya dan menggelarkan saya penipu maka berikanlah kepada saya nama Raja-Raja yang menyokong beliau.

Malah, dua hari lalu, Datuk Salehuddin Saidin, seorang peguam kepada seorang Raja (yang saya tidak boleh namakan), berkata, “Majlis Raja-Raja Tiada Kuasa Pecat PM” ((READ HERE)). Itu adalah sebenarnya petunjuk kepada apa yang akan berlaku hari ini.Jika ada sesetengah peguam yang mengatakan bahawa kita boleh singkirkan maka itu adalah pandangan peribadinya. Tetapi apabila peguam tertentu ini mengatakan maka anda boleh yakin bahawa ianya datang dari “kedudukan tertinggi” (dan saya tidak maksudkan Umno).

Mesej yang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sampaikan kepada Mahathir pada 15hb September sepatutnya cukup kuat untuk Mahathir.Tetapi beliau enggan mendengar dan teruskannya. Tidak cukup dengan kemahuan supaya Agong campurtangan, bila Agong enggan, beliau mahukan Raja-Raja pula masuk campurtangan. Dan Mahathir tersentak dengan angka nisbah keputusan 8:1 menentangnya. Lebih teruk dari apa yang terjadi pada 15hb September 2016.

Mahathir telah banyak lakukan kesilapan dan tindakan bodoh saya mula tertanya-tanya sama ada dia bermain dengan “keseluruhan kad yang ada”. Dan dia di kelilingi oleh badut dan ‘joker’ untuk menjadikannya sebuah sarkis. Dan kerana perlakuan bodohnya maka ramai orang di sekeliling serta keluarga mereka menderita.

Ini mengingatkan saya tentang ‘Quote of the Year’.
Mahathir membuat banyak kesilapan dan dia kelihatan hidup dalam penafian dan telah kehilangan hubungan dengan realiti. Beliau telah membawa kebodohan ke tahap yang baru dengan melakukan perkara-perkara yang membuat orang sekelilingnya merasa jijik.

Masalahnya ialah semua kebodohan ini menyakitkan orang lain lebih daripada menyakitkan Mahathir. Dan ini adalah apa yang tidak disedari oleh Mahathir. Sehinggakan keluarganya malu dan tidak lagi boleh berjalan dengan megah dan mendabik dada.

Sebagai contoh, Mahathir menggunakan Wall Street Journal dan Sarawak Report untuk menyerang Najib. Adakah Mahathir tidak sedar bahawa orang Melayu, terutamanya orang Melayu Umno, tidak mempercayai Wall Street Journal dan Sarawak Report? Mereka melihat Wall Street Journal dan Sarawak Report sebagai musuh Umno, orang Melayu dan Islam. Apa-apa yang datang dari Wall Street Journal dan Sarawak Report segera ditolak sebagai fitnah.

Tidak syak lagi bahawa Pakatuns dan Cina DAP percaya dan yakin kepada Wall Street Journal dan Sarawak Report. Tetapi Mahathir cuba untuk menggulingkan Najib dari dalam Umno. Dia mahu Umno menyingkirkan Najib untuk ‘selamatkan Umno dan Barisan Nasional. Jadi Mahathir harus meyakinkan orang Melayu Umno, bukan Pakatuns dan Cina DAP. Dan Wall Street Journal dan Sarawak Report adalah “kenderaan” yang salah digunakan untuk meyakinkan orang Melayu Umno.

Reputasi Clare Rewcastle Brown di kalangan orang Melayu Umno adalah “zero”, kosong. Anda perlu membaca apa yang orang Melayu Umno kata tentang beliau dan nama-nama mereka gelarkan beliau. Malah saya tidak berani mengulangi apa yang mereka kata tentang Clare. Dan ini adalah orang yang Mahathir menggunakan untuk menyerang Najib dengan harapan orang Melayu Umno akan menendang Najib keluar.

Mengambil langkah untuk pergi ke mahkamah untuk bertemu Anwar Ibrahim pada 5 September 2016. Adakah Mahathir berkata Anwar adalah mangsa tuduhan palsu? Adakah Mahathir berkata Anwar tidak adil dipenjarakan? Adakah Mahathir berkata Anwar perlu diampunkan dan dibebaskan? Adakah Mahathir berkata Anwar harus menjadi pilihan pembangkang bagi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum akan datang?

Tidak, Mahathir berkata Muhyiddin adalah pilihannya untuk menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya umum akan datang (dan kemudian berubah kisahnya untuk mengatakan ia adalah terlalu awal untuk menamakan bakal Perdana Menteri – bermakna dia tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri akan datang).

Dan kemudian Mahathir berkata, beliau memaafkan Anwar dan telah melupakan perkara yang lepas. Hello! Anda belasah Anwar dan anda memaafkannya dan berdamai dan lupakan perkara yang lepas? Itu seperti Bill Clinton mengampuni Monica Lewinsky berhubung apa yang telah dilakukan kepadanya. (Clinton sepatutnya mengatakan ini dan Amerika yang pasti akan menjadikan Trump sebagai Presiden seterusnya).

Kadang-kadang saya tidak pasti sama ada Mahathir tahu sama ada beliau akan datang atau pergi. Ketika anda fikir dia akan menuju ke satu arah, namun anda akan melihatnya menuju ke arah yang berlainan. Membingungkanlah! - RPK MALAYSIA TODAY

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”