Tuesday, February 26, 2013

THE BOOK OF ELI: PROPAGANDA AGENTUR DAJJAL & PENGHINAAN KEATAS NABI ILYAS AS

1:18 PM


The Book of Eli merupakan satu lagi filem propaganda dakyah Satanisma dan Dajjal melalui instrumen utamanya Kabal rahsia illuminati yang sekaligus menghina dan mencampur adukkan asas-asas kepercayaan 3 agama samawi Yahudi, Kristian dan Islam untuk melakukan fitnah dan pembohongan menurut adunan sensasi Hollywood.

Premis utama filem ini adalah kepercayaan Yahudi bahawa Elijah (Nabi Ilyas alaihi salam) menurut kitab Talmud dan Kitab Perjanjian Lama Kristian iaitu Tanakh/Bible Ibrani (Hebrew Bible) dipercayai akan kembali turun ke dunia sejurus sebelum ketibaan Al Masih. Dengan yang demikian kesah bermula pada tahun 2043 iaitu selepas 30 tahun berlakunya Peperangan Dunia Ketiga yang telah berkesudahan dengan dunia berada diambang kehancuran hasil perang nuklear pada tahun 2013.

Filem ini dikeluarkan pada tahun 2010. Kita sekarang berada dalam tahun 2013 maka bertepatanlah dengan gendang-gendang propaganda psy war dan "fear mongering" (perang saraf) yang sedang jelas dipalu oleh agentur-agentur NEOCONS kuasa besar dunia pakatan Zionis-Kristian dikala ini.

Peneraju utama dalam filem penuh penipuan dan pembohongan keatas Allah dan Rasul2NYA ini adalah karekter Eli (Elijah - Nabi Ilyas as) yang dikatakan sebagai penyimpan satu-satunya kitab Bible yang terakhir selepas dunia mengalami kehancuran akibat peperangan nuklear.

Matthew chapter 27{27:46} And about the ninth hour Jesus cried with a loud voice, saying, Eli, Eli, lama sabachthani?(that is to say, My God, my God, why hast thou forsaken me?

Dimana Eli membawa makna Tuhan maka dengan lain perkataan tajuk filem The Book of Eli sebenarnya membawa erti Kitab Tuhanku iaitu Book of My God.

Namun bertentangan dengan premis utama filem dimana ia membawa konotasi bahawa Elijah atau Nabi ilyas as turun ke bumi sebelum kedatangan Al Masih, watak utama yang dimainkan oleh Danzel Washington sekaligus diberi nama Eli juga. Dengan yang demikian pembohongan, ketelanjuran serta kebiadapan yang tidak terhingga sekali lagi dikenakan keatas ALLAH SWT dan RasulNYA oleh agen-agen Dajjal Hollywood ini yang menyamakan watak Elijah (Nabi Ilyas as) dengan Eli yaqni Tuhan (ALLAH SWT) melalui dualiti Ketuhanan dan kemanusiaan.

Didalam satu babak beliau ditembak dengan tepat tetapi babak kemudiannya didapati beliau tidak mati malah dapat meneruskan perjalanan beliau. Bertepatan dengan masa beliau ditembak, kilat kelihatan sabung menyabung.

Barang diingat Nabi Ilyas telah diutuskan kepada kaum bani Israel di daerah Baalbek dari bangsa Fenisia (Phonecian) yang menyembah BAAL sebagai Tuhan yang menurunkan kilat, hujan, embun dan guruh.

Simbolisma disini adalah peranan BAAL dalam menyelamatkan watak Eli dari ajal. Didalam banyak sumber-sumber dunia Kristianiti sendiri BAAL ini sering dihubungkaitkan sebagai ANTI CHRIST dan LUCIFER (Iblis) itu sendiri.

Dengan berbekalkan slogan “Some will kill to have it. He will kill to protect it”, watak Eli dipaparkan dalam stereotaip superhero Hollywood yang lazimnya diselangi dengan babak-babak pembunuhan, keganasan dan ketelanjuran yang melampaui batas. Apabila anda berada dipihak benar, anda beroleh lesen besar sebagai THE ULTIMATE KILLING MACHINE atau VIGILANTE LUARBIASA sehinggakan beliau lebih menyerupai seorang pembunuh upahan dari seorang Rasul Allah.

Garis antara kebenaran dan kebatilan semakin pudar. Itulah sebenarnya matlamat pencatur kesesatan, kerusakan dan kemusnahan dimukabumi yang bernama Dajjal dan Iblis melalui tentera-tentera Yakjuj dan Makjuj mereka.

Samada digelar sebagai Illuminati, Jesuit dan sebagainya. Kabalah-kabalah sulit pemuja Syaitan ini sentiasa merancang agar peraturan-peraturan ALLAH SWT sudah tidak relevan. Pakatan Zionis-Kristian dikudakan dan dilaga-lagakan dengan Islam supaya manusia sejagat diperdayakan dan kemusnahan demi kemusnahan dihasilkan tanpa henti.

Sebagaimana di alam nyata, unsur-unsur serta nilai-nilai "keagamaan" yang di utarakan dalam filem yang kononnya berteraskan Kristianiti ini hanyalah sebagai topeng sandiwara, sekadar melepaskan batuk ditepi tangga sahaja sedangkan mesej kesyaitanan melawan Ketuhanan samada secara terang-terangan maupun secara bawah sedar dan subliminal, menjadi agenda dan objektif utama filem. Agama dan Tuhan dipersalahkan sebagai punca utama berlakunya perebutan kuasa, kerosakan dan peperangan yang memusnahkan dunia.

Akhirnya beliau berjaya sampai ke destinasi yang dituju sepanjang perjalanan 30 tahunnya memelihara "Kitab Eli" tersebut iaitu sebuah pulau bekas penjara (ALCATRAZ) yang disifatkan sebagai Pusat "Ketamadunan Dunia Baru" setelah segala "ketamadunan" dunia hancur lenyap akibat peperangan dunia ketiga.

Simbolik pulau bekas penjara ALACTRAZ yang penuh bersejarah dipilih sebagai premis penyelamat? Tidak lain tidak bukan merujuk kepada DAJJAL yang masih terpenjara.


Mengenai simbol Illuminati, Dajjal dan Iblis ini sesungguhnya RasuluLlah SAW telah pun memberi isyarat yang jelas kepada kita:

إن إبليس يضع عرشه على الماء، ثم يبعث سراياه، فأدناهم منه منزلة أعظمهم فتنة، يجيء أحدهم فيقول: فعلت كذا وكذا، فيقول: ما صنعت شيئا، قال ثم يجيء أحدهم فيقول: ما تركته حتى فرقت بينه وبين امرأته، قال: فيدنيه منه ويقول: نعم أنت
 

Sesungguhnya singgasananya iblis berada di atas laut. Dia mengutus para pasukannya. Setan yang paling dekat kedudukannya adalah yang paling besar godaannya. Di antara mereka ada yang melapor, Saya telah melakukan godaan ini. Iblis berkomentar, Kamu belum melakukan apa-apa. Datang yang lain melaporkan, Saya menggoda seseorang, sehingga ketika saya meninggalkannya, dia telah bepisah (talak) dengan istrinya. Kemudian iblis mengajaknya untuk duduk di dekatnya dan berkata, Sebaik-baik setan adalah kamu. (HR. Muslim 2813).

Seterusnya disini lah teknologi "PRINTING PRESS" yaqni mesin penerbitan dan cetakan masih kekal diabadikan untk kesejahteraan umat manusia. Maka bersama-sama Kurator Pusat Tamadun Dunia Baru ini, Eli memulakan proses menurunkan semula Kandungan Kitab Bible melalui bacaan secara hafalannya, untuk dicatit serta dibukukan semula.

Di penghujung cerita, kita disajikan dengan babak Eli diambang ajalnya, bersiap sedia sambil membaca kitab bible secara hafalan, dan memakai pakaian serba putih, pakaian tradisional Yahudi dan mencukur kepalanya sepertimana adat resam Yahudi ketika membuat perjanjian dengan Tuhan.

Setelah watak Eli selamat dikebumikan, proses penerbitan dan percetakan semula BIBLE TERAKHIR telah dapat disempurnakan. Akhirnya salinan bible telah berjaya dikeluarkan semula. Filem berakhir dengan Kurator pusat tamadun dunia dengan bangganya tersenyum membawa salinan kitab bible dan menyusunnya diatas rak bersebelahan dengan kitab-kitab agung agama yang lain termasuklah Al Quran (mereka menggunakan kitab terjemahan Quran), Taurat dan Tanakh sebagai apa yang kelihatan tidak lebih dari sebahagian khazanah perhiasan semata!

Simboliknya disini yang menjadi hero penyelamat sebenarnya adalah tidak lain dan tidak bukan teknologi keduniaan hasil inspirasi Dajjal dan Syaitan LaknatuLlah. Itulah keberhasilan Eli setelah bersusah payah selama 30 tahun menggadai nyawanya untuk memelihara salinan terakhir "The Book of Eli".

Demikianlah kebiadapan dan ketelanjuran melampau dari agentur-agentur propaganda dakyah filem The Book of Eli dengan membayangkan "keamanan sejagat" melalui ONE WORLD RELIGION dalam konteks Tata Baru Dunia - NEW WORLD ORDER dibawah kepimpinan DAJJAL dan IBLIS laknatuLlah yang saban hari semakin angkuh mempersendakan seluruh dunia yang semakin lesu dan bercelaru.




________________________________________

** Pada dasarnya, kami sendiri tidaklah menggalakkan oramg awam berterusan mengikut perkembangan industri filem Hollywood di akhir zaman yang penuh fitnah ini tapi kadangkala terpaksa dibuat sedikit penjelasan dari masa ke semasa sekadar yang mampu sebagai peringatan umum. Artikel ini dikeluarkan kerana ada sedikit kekeliruan yang berbangkit menghubungkan filem ini dengan konsep Imam Mahdi Syiah. Sekian. Wa salam. **

Posted by

AL'ALAMATUS SA'AH Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (mafhumnya): "Sungguh aku melihat fitnah telah terjadi ditengah-tengah rumah kalian sebagaimana hujan turun." [Sahih al-Bukhari #7060]

KHAIRAL QURUN

لأن يصليها أخري هذه أمه إلا ما أصلها أولها
Lan yusliha akhiri hazihi ummah illa ma aslaha awwaluha

Telah berkata Imam Malik bin Anas (RA): "Tidak akan sekali-kali dipulihkan akan ummat yang akhir ini melainkan kembali kepada cara pemulihan ummat yang terdahulu. [Ash-Shifaa of Qaadee ‘Iyyaadh (2/676)]

Imam Malik rahmatullahu 'alaihi said: "This latter ummah cannot be reformed except by that way which has reformed the earlier one (The Companions of RasuluLlah SAW).”

║▌║▌║█│▌alfaedah║▌║▌║█│▌

Ada orang yang bodoh, dan tidak tahu dirinya bodoh. Inilah orang yang jahil. Ada orang yang bodoh, tapi merasakan dirinya pandai. Inilah orang yang perasan. Ada orang yang pandai, tapi merasakan dirinya bodoh. Inilah orang yang 'alim.

Orang yang pertama memiliki sifat jin dan setan. Yang kedua mewakili sifat iblis. Yang ketiga mewarisi sifat malaikat.

Hendaklah kita belajar untuk jadi bodoh, bukan belajar untuk jadi pandai. - Al Faedah

 

© 2014 AL FAEDAH. All rights reserved. Designed by Templateism

Back To Top