Friday, December 23, 2011

HAARP (i) : Senjata Dajjal 2012

Artikel ini adalah pendedahan dari sebuah artikel seorang wartawan bernama Serge Monast dari International Press. Agency for Internation... thumbnail 1 summary
Artikel ini adalah pendedahan dari sebuah artikel seorang wartawan bernama Serge Monast dari International Press.

Agency for International Free Press dari beberapa slaid video luar negara, dimana kini menjadi topik hangat para conspiracy theorist iaitu BLUE BEAM PROJECT. Projek ini terletak di Alaska,USA.

Apa itu HAARP? High Frequency Active Aurora Research Program.

Apa itu"Blue Beam Project"? Ia adalah sebuah program angkasa yang dikategorikan sebagai 'Above Top Secret' oleh pihak NASA.

Program tersebut dirangka dalam empat (4) fasa strategi untuk mewujudkan sebuah 'agama masa depan' dengan Anti-Christ (atau disebut & dikenali selepas ini oleh kita sebagai Muslim: "Dajjal al-Masih") sebagai mastermind.

Di sebalik formulasi ini tersembunyi rancangan saintifik yang akan mengimplimentasi teknologi masa depan termaju, dimana ianya dibangunkan bagi tujuan gelap di dalam kerahsiaan yang amat ketat.

Kononnya HAARP adalah untuk mengkaji bencana alam dan bagaimana mengurangkan kesan terhadap peristiwa itu. HAARP ini sudah dipatenkan dengan nombor 4,686,605 atas nama Bernard J. Eastlund.


Teknologi HAARP ini diasaskan dari idea dan ciptaan Nikola Tesla (seorang genius yang telah mencipta teknologi wireless pada tahun 1891 dan juga penghantaran tenaga elektrik melalui wireless).

Weapon of Mass Destruction (WMD) yang sebenar ialah HAARP buatan USA itu sendiri. Kalau dilihat dari penerangan "frontend"nya yang terdapat dalam website HAARP, seolah-olah ianya adalah untuk penyelidikan ilmiah. Sebenarnya, HAARP berkemampuan untuk:

1. Senjata Geofizikal (Geophysical Weapon/Warfare)
2. Boleh "lockdown" misil dan peralatan kapal terbang serta komunikasinya
3. Boleh memusnahkan komunikasi sesebuah negara
4. Pengganggu proses mental manusia (kes seperti pelajar universiti yang mengamuk dan membunuh beberapa pelajar lain)
5. Mind Control (sama seperti (4) diatas)
6. Alat "Ex-Ray" bumi
7. Senjata Elektromagnetik

Senjata Geofizikal:

1. Menghasilkan gempa bumi
2. Menghasilkan taufan dan ribut
3. Menghasilkan satu letupan tanpa misil, bom dan bahanapi yang hampir menyamai kekuatan letupan nuklear tanpa sebarang radiasi (impact bomb).

Adakah anda biasa main game Red Alert (Yuri Revenge) dan Red Alert sebelumnya? Kepada siapa yang pernah bermain game ini ia ada SUPER WEAPON yang hebat. Kalau di pihak USA anda akan ada super weapon, WEATHER STORM.


Senjata ini akan mengeluarkan kilat yang kuat..manakala di pihak Russia ada senjata MIND CONTROL dan NUKLEAR. Kalau dunia reality sekarang weather storm itu = HAARP. Senjata mind control adalah salah satu cabang di bawah BLUE BEAM PROJECT.
 

1) Peringkat permulaan Blue Beam berkaitan dengan keruntuhan dan kemusnahan semua pengetahuan arkeologikal, KEAGAMAAN dan konsep saintifik klasik.

Melalui beberapa siri kejadian alam yang direka secara teknologi seperti gempa di beberapa lokasi tepat di atas planet Bumi yang akan memuntahkan dari perutnya beberapa 'Penemuan baru' sebagai dakyah program ini kononnya mendedahkan manusia kepada kesilapan besar pada doktrin keagamaan sedia ada.

Pemalsuan maklumat akan mensasarkan untuk meyakinkan umat manusia bahawa ajaran keagamaan telah disalah intepretasikan dan disalahguna berabad lamanya. Ianya adalah fasa persediaan psikologikal untuk menghancurkan asas-asas agama yang kita amalkan dan imani dengan kaedah yang mampu melenyapkan semua penanda aras.


Apabila tepat waktunya mereka akan tawarkan suatu agama 'sebenar' yang akan menyatukan dan menenangkan umat manusia dengan menyerap semua disiplin agama serta semua kepercayaan.

Fasa Kedua

2) Dengan teknologi HAARP ini mereka boleh pancarkan imej slaid yang besais besar dan jadikan awan sebagai layar untuk di paparkan pelbagai imej ibarat skrin TV.

Rencana Dajjal itu akan menggunakan teknologi 'hologram optikal' disertai bunyian 3-dimensi, memancarkan sinaran laser imej holografik di beberapa tempat di dunia melalui ribuan satelit yang mengorbit Bumi dengan jarak 60 batu dari permukaan.


Imej-imej yang dijana adalah mengikut kepercayaan atau agama rasmi sesebuah negara sebagai contoh di negara yang mengamalkan ajaran agama samawi berkemungkinan dipertontonkan 'jelmaan' Nabi Muhammad s.a.w atau Nabi Isa a.s!


Begitu juga dengan janaan imej Buddha dan Krishna dipertontonkan. Dan selepas itu bermulalah kemunculan imej Sang Dajjal yang terbit selepas beberapa ketika imej-imej keagamaan yang muncul sebelumnya akan bersatu dan menjelma dalam bentuk batang tubuh si Kafir Laknatullah.

Itu semua bertujuan untuk memesongkan akidah ummat Islam.

Fasa Ketiga

3) Peringkat selanjutnya adalah juga berkaitan dan pelengkap Fasa Kedua, dimana suatu proses yang kita kenali sebagai 'telepati' dijana melalui medium sistem elektronik yang sudah dan sedia ada di sekeliling kita. Pasti anda pernah terlihat menara-menara pemancar yang dikatakan alat telekomunikasi, dibina di mana-mana sahaja seperti bangunan bahkan didirikan seperti pepohon di tepi jalanraya/highway! NASA akan menggodam peralatan-peralatan tersebut untuk menghantar 'suara Tuhan' ke dalam sanubari manusia melalui frekuensi ELF, VLF dan LF seolah-olah Sang Tuhan Dajjal menyeru terus kepada mereka.

Selain untuk mendatangkan gempa atau banjir, HAARP ini ternyata dikembangkan sebagai mind control. Penelitian Dr Andrija Puharich di tahun 1956 terhadap kaum Yogi India tentang kemampuan telepati telah diteliti secara ilmiah. Telepati dan hipnotis ini ternyata hanya dengan cara mempengaruhi mangsa dengan frekuensi 8 Hz. Otak manusia didapati boleh di pengaruhi dengan gelombang 8 hz.

Mungkin dengan cara inilah yang dajjal sedang lakukan untuk melakukan mind control terhadap manusia sejagat melalui satelit2 dan pemancar radio di bumi.

Menurut Seorang Pengkaji Dr Rosalie Bertell,biasanya teknologi HAARP akan mengeluarkan kilatan cahaya seakan-akan kilat yang terang ketika gelombang ELF di pancarkan.


12 Mei2008,muncul kilatan cahaya di langit China.Kilatan cahaya terang yang seakan sama juga berlaku di Aceh sebelum berlakunya tsunami besar tahun 2004.

Fasa Keempat


4) Penipuan peringkat akhir akan dilengkapi dengan agenda pengawalan secara total keatas manusia melibatkan kejadian luarbiasa (supernatural). Dibahagikan lagi kepada tiga pecahan umpan:

i - Mewujudkan kepercayaan terhadap penjajahan makhluk asing (E.T, UFO) keatas manusia di setiap pelusuk bandar utama di dunia.

ii -Pemalsuan seterusnya adalah kejadian-kejadian akhir zaman yang dicatat di dalam Injil akan berlaku dalam bentuk yang menakjubkan. Kedua-dua proses diatas adalah bertujuan bagi mengumpulkan kumpulan manusia yang enggan tunduk kepada fitnah Sang Pemain Boneka sebelum 'Peristiwa Abad Ini' bermula.

iii -Umpan ketiga ini adalah pelengkap keempat-empat Fasa dengan mengoptimumkan penggunaan semua jenis alat komunikasi moden untuk memancarkan gelombang bagi melemahkan manusia secara individu
dan halusinasi kolektif.

 

Berita mengenai kewujudan HAARP ini telah di umumkan dalam suratkhabar harian KOSMO..Berita mengenai padang pasir yang kering kontang di Arab Saudi dan kurang menerima hujan boleh turun hujan dengan menggunakan HAARP.

Walaubagaimanapun, wartawan tidak menjelaskan HAARP dalam penulisannya. Cuba perhatikan bentuk ilustrasi gambar tiang bercangkuk sama dengan gambar di sebelah.

Satu lagi kenyataan rahsia dalam artikel kosmo di bawah.

Saintis cipta hujan lebat di gurun

DUBAI - Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan kira-kira 50 hujan lebat di rantau Al-Ain, Abu Dhabi pada tahun lalu dengan menggunakan teknologi ion, lapor sebuah akhbar semalam.

Para saintis tersebut dilantik oleh Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan untuk melaksanakan projek rahsia itu.

Kebanyakan hujan lebat itu berlaku semasa kemuncak musim panas iaitu pada bulan Julai dan Ogos.

Semasa hujan itu turun pada tahun lalu, penduduk bingung dengan kehadiran hujan lebat tersebut yang kadangkala diikuti dengan ribut petir.

Para saintis ini menggunakan pengion gergasi berbentuk seperti terendak lampu yang dipasang pada batang-batang besi untuk menjana medan partikel bercaj negatif yang dipanggil elektron.


Keadaan ini menggalakkan pembentukan awan dan diharap dapat menghasilkan hujan.

Dalam satu video rahsia, pengasas syarikat Switzerland yang bertanggungjawab ke atas projek tersebut, Metro Systems International mengakui usaha itu akhirnya membuahkan kejayaan.


"Kami berjaya menghasilkan hujan," kata pengasas Metro Systems International, Helmut Fluhrer.


Pada bulan Jun lalu, Metro Systems telah membina lima tapak pengionan yang setiap satu mengandungi 20 pemancar.

Pemancar itu mampu menghantar bertrilion-trilion ion yang membentuk awan ke atmosfera.


Menurut akhbar Sunday Times, sistem itu dipercayai berjaya menghasilkan hujan buat pertama kalinya.

Projek untuk mencipta hujan itu dipercayai melibatkan kos £7 juta (RM33.21 juta).


Agentur Dajjal laknatullah yang menguasai dunia masakini mahu mencetuskan PERANG DUNIA KE-3.

Adakah dengan teknologi HAARP ini akan di jadikan senjata baru kepada kuasa-kuasa besar dunia.dan apakah Dajjal mampu memanfaatkan teknologi ini untuk melakukan mind control kepada penduduk dunia?

(Sumber)

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”