"Pembabitan Anwar Ibrahim dan pakatan parti pembangkang politik beliau dengan pengganas militan sedang disiasat. Namun Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara mestilah sentiasa berwaspada dengan axis kuasa Barat yang sentiasa menyokong parti-parti politik dengan bertopengkan "promosi demokrasi".
Tetapi pada masa yang sama mereka inilah yang membiayai, membekal serta menyokong persenjataan para pengganas, kartel jenayah, dan para pencabul hak asasi manusia, yang berkali ganda lebih kejam daripada parti-parti politik (atau pemimpin-pemimpin politik) yang mereka sedang cuba gulingkan."
Anwar Tajaan-Wall Street, Sabah serta Tajaan Barat Terhadap Terorisma.
Tony Cartalucci
(SUMBER: Activist Post)
Kebetulan? Trend penggunaan prop terorisma oleh kuasa Barat menimbulkan kebimbangan keganasan terbaru di Sabah adalah dikaitkan dengan kempen Wall Street untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai ketua negara.
Laporan berkenaan militan Islamis Sulu yang mendarat di pantai negeri Sabah menjelang pilihan raya kebangsaan telah menimbulkan kebimbangan dan kecurigaan mengenai penglibatan pihak pembangkang Malaysia dan penaja Barat mereka.
Star/Asia News Network melaporkan dalam artikel bertajuk, "Najib: Kerajaan akan menyiasat dakwaan Pembangkang menghasut Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah," bahawa: Perdana Menteri telah mengarahkan perisikan Malaysia untuk menyiasat dakwaan bahawa pihak pembangkang adalah antara pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam menghasut waris Kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.
Anwar Ibrahim sebagai ketua pakatan parti pembangkang Malaysia, yang termasuk Parti Islam Malaysia (PAS), telah berkhidmat untuk kepentingan Barat sepanjang hayatnya.
Anwar Ibrahim adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada tahun 1998. Beliau memegang jawatan pensyarah di Fakulti Pengajian Lanjutan Antarabangsa di Universiti Johns Hopkins. Beliau merupakan perunding kepada Bank Dunia.

Beliau adalah ahli panel kepada National Endowment for Democracy's "Democracy Award" dan turut menjadi ahli panel di suatu majlis derma National Endowment for Democracy - sebuah organisasi Amerika Syarikat yang sama yang melalui subsidiarinya membiayai dan menyokong Bersih, sebuah pergerakan demokrasi-bayangan tajaan Barat. Sebuah organisasi yang sebenarnya telah dicipta oleh dan untuk berkhidmat bagi cita-cita politik Anwar Ibrahim.
Gabungan Anwar Ibrahim dengan puak-puak "pro Islamis" di Malaysia, serta kecenderungan penaja-penaja Barat beliau untuk menggunakan terorisma sebagai alat geopolitik, menimbulkan kemungkinan pihak pembangkang pimpinan beliau bersubahat dalam operasi penyahstabilan Malaysia secara militan di menjelang pilihan raya umum negara 2013 yang sudah sangat hampir.

Sambil Wall Street terus menyokong Anwar Ibrahim, pakatan politik beliau, dan front demokrasi jalanan Bersih beliau, pada masa yang sama ia membiayai kewangan dan persenjataan front teroris tegar Al-Qaeda dari Libya dan Syria ke Iran dan Pakistan.
Pengumuman terbaru pula oleh pihak AS dan UK bahawa mereka akan menyalurkan pembiayaan tambahan bernilai jutaan US dollar (USD60 juta) kepada pemimpin pembangkang Syria Moaz al-Khatib yang secara terbuka bekerjasama dengan francais Al-Qaeda di Syria itu al-Nusra.
Ini menunjukkan dengan jelas sistem penajaan terorisma-keganasan Barat yang bersifat global, sistematik dan terancang rapi. Sokongan yang sama telah diberikan melalui "front" politik kepada Kumpulan Pejuang Islam Libya (Libyan Islamic Fighting Group -LFIG) di Libya yang sebenarnya menghantar pengganas, wang tunai, dan senjata berat ke Syria melalui sempadan negara ahli NATO iaitu Turki.
Pembabitan Anwar Ibrahim dan pakatan parti pembangkang politik beliau dengan pengganas militan sedang disiasat. Namun Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara mestilah sentiasa berwaspada dengan axis kuasa Barat yang sentiasa menyokong parti-parti politik dengan bertopengkan "promosi demokrasi".
Tetapi pada masa yang sama mereka inilah yang membiayai, membekal serta menyokong persenjataan para pengganas, kartel jenayah, dan para pencabul hak asasi manusia, yang berkali ganda lebih kejam daripada parti-parti politik (atau pemimpin-pemimpin politik) yang mereka sedang cuba gulingkan.

No comments
Post a Comment