TAWAU 19 Mac - Laporan awal menyatakan hanya dua kapal friget (tempur) dipercayai kelas Ahmad Yani milik Tentera Laut Indonesia dilihat berlabuh di perairan Nunukan yang bersempadan dengan daerah ini sejak beberapa hari lalu.
Kelibat dua kapal berkenaan boleh dilihat dari kawasan bandar Tawau yang berhadapan dengan laut walaupun sedikit berbalam.
Difahamkan, aset pertahanan itu digerakkan Indonesia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kumpulan pengganas Kiram menyusup masuk ke wilayah mereka.
Namun laporan media Indonesia sebaliknya menyatakan 7 kapal perang Indonesia sedang bertugas diperairan Nunukan-Tawau pada masa ini.
Kapal tempur kelas berkenaan merupakan antara tercanggih dan menggunakan reka bentuk stealth yang moden bagi mengelakkannya dikesan radar.
Adalah difahamkan kapal perang friged KRI kelas Abdul Halim Perdanakusuma (355) turut dihantar untuk perketatkan pemantauan perbatasan Laut Indonesia-Malaysia tersebut berikutan konflik pengganas Sulu menyerang Sabah.
Kehadiran kapal berkenaan juga sudah menjadi buah mulut penduduk tempatan kerana sebelum ini, kapal tempur milik negara jiran itu tidak pernah berada dalam keadaan statik untuk tempoh yang lama.
Pada masa yang sama, seramai 1.560 anggota pasukan TNI dari Kodam VI/Mulawarman ditempatkan di pos-pos wilayah perbatasan untuk mengantisipasi kemungkinan masuknya pihak-pihak luar yang terbabit dengan konflik antara Malaysia dan pasukan pengganas Sulu, Filipina tersebut.

No comments
Post a Comment