Monday, March 11, 2013

DOKUMENTARI FREE SYRIAN ARMY-AL QAEDA PENJENAYAH SEBENAR DI SYRIA

i. Sheik Maqsoud: FSA penggal kepala 'ulama Sunni & merogol gadis-gadis Kristian ii. Confirmed: US shipping weapons to Syria   iii... thumbnail 1 summary
i. Sheik Maqsoud: FSA penggal kepala 'ulama Sunni & merogol gadis-gadis Kristian
ii. Confirmed: US shipping weapons to Syria 
iii. Ulama Besar Sunni Syeikh Ramadan al Bouti terkorban dalam letupan bom Damsyiq
iv.Pembunuhan kejam Briged FSA Al Qaeda Jabhit Al Nasra
v. ZIONIST WORLD ORDER versus THE SOVEREIGN STATE OF SYRIA
vi. Majlis Tertinggi Fatwa Syria keluar fatwa seru pertahankan kedaulatan Syria
vii. Kekejaman Melampau Batas & Persamaan antara Pengganas Sulu, Abu Sayyaf dengan FSA - Al Qaedah

Kepada rakyat Malaysia semua. Apakah kita ingin lihat apa yang berlaku melalui instrumen yang digelar FREE SYRIAN ARMY ini di negara kita? Ataukah belum cukup bukti bahawa kekejaman yang diperlakukan oleh pengganas Sulu saban hari terhadap mayat-mayat wira Negara adalah titik tolak permulaan dari sumber anasir kemusnahan yang sama?

Free Syrian Army. Propaganda yang dicanang hebat kononnya mereka sebagai pejuang demokrasi Syria. Sedangkan merekalah tentera-tentera upahan Dajjal sebenarnya.

Yang berikut adalah dokumentari ringkas mengenai keganasan diluar perikemanusiaan mereka di Syria. Mereka lah Pengganas dan Penjenayah sebenar di SYRIA.


Perilaku mereka menyerang, memburu orang-orang awam serta pasukan keselamatan Syria dan memperlakukan tawanan mereka secara kejam dan memualkan telah menjadi "trademark" yang sangat menyayat hati. Kezaliman yang berleluasa seharusnya menyedarkan kita semua samada anda seorang pemimpin maupun rakyat jelata.  Insaflah dan bangunlah..



Paparan video ini adalah bermaksud supaya rakyat Malaysia sedar dan insaf  tentang persamaan naratif yang berlaku di Syria dengan musibah yang sedang melanda Negara sekarang. Yang membezakan kita sekarang hanyalah dari segi tahap kemusnahan yang telah berlaku sahaja.

Namun apakah kita ingin melihat musibah yang dialami negara masakini berlanjutan sehingga negara tergadai seperti di Libya dan sekarang Syria? Siapakah dalang-dalang yang membantu kemasukan para pengganas yang kejam ini?

Masanya sudah tiba rakyat Malaysia sedar bahawa campurtangan anasir-anasir jahat bagi pihak asing ini mesti dihapuskan. Sedarlah masa sudah tiba bagi kita untuk keluar bersama-sama dari "comfort zone" kita.

Sampai bilakah kita ingin dibuai dengan mimpi indah sedangkan realiti yang sedang bermain dihadapan kita adalah permulaan bagi mimpi ngeri yang akan menghantui kita di masa depan yang semakin hampir kerana musuh tidak akan berhenti dari merobak-rabik fabrik masyarakat kita ditempat kita sendiri.

Syria, Iraq, Afghanistan, Libya semuanya sama. Mereka adalah negara-negara yang berdaulat. Apa saja masalah yang mereka hadapi perlu ditangani oleh negara mereka sendiri tanpa sebarang provokasi dan campurtangan pihak asing!

Namun siapakah yang memberi mereka ini semua lesen besar untuk menyembelih rakyat negara-negara tersebut serta menyembelih kepimpinan negara yang berdaulat itu sendiri? Siapakah yang memberi hak kepada NATO? Siapakah yang memberi hak kepada pejuang-pejuang ekstremis Al Qaeda di Libya untuk menyembelih Gaddafi? Siapakah yang memberi hak untuk menyembelih rakyat jelata di Syria ini?

Siapakah yang memberi mereka ini hak untuk menyembelih wira-wira dari pasukan Keselamatan kita sendiri saban hari diatas nama Jihad? Jihad apakah yang mereka maksudkan? Mereka memperlakukan tawanan mereka seolah-olah binatang namun ALLAH SWT itu MAHA BERKUASA dan sesungguhnya merekalah yang sebenarnya lebih hina dan lebih kejam dari binatang dan di hari akhirat kemudian pastinya kamu semua akan menerima balasan yang setimpal atas kekejaman yang kamu lakukan.

Hentikan lah hipokrisi kamu berselindung dibalik nama apa sahaja yang kamu kononnya perjuangkan. Kamu tidak lain dan tidak bukan memang sebenarnya dari tentera-tentera Dajjal dan Syaitan laknatuLlah.

Mereka ini tidak lain dan tidak bukan adalah tentera-tentera Dajjal laknatuLlah yang sewenang -wenangnya melakukan pembohongan besar atas nama ALLAH SWT dan Rasul SAW.

Berdirilah teguh dibelakang kepimpinan negara dan pasukan keselamatan Negara kita. Para kepimpinan Negara pula sedarlah dan jauhilah dari segala bentuk kezaliman agar rakyat sentiasa berada dibelakang kamu dan menolak permainan konflik yang dicetus oleh anasir-anasir petualang Negara. Insaflah. Demi Agama, Bangsa dan Negara.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”