Thursday, March 21, 2013

Pembunuhan kejam Briged FSA Al Qaeda Jabhit Al Nasra

Klip video berikut tidak wajar ditonton oleh mereka yang lemah semangat atau kanak-kanak bawah umur. Amaran keras bahawa ia mengandun... thumbnail 1 summary

Klip video berikut tidak wajar ditonton oleh mereka yang lemah semangat atau kanak-kanak bawah umur. Amaran keras bahawa ia mengandungi segmen-segmen yang sangat grafik dan unsur keganasan yang melampaui batas, di mana seorang lelaki bertopeng menetak/memenggal leher/kepala seorang mangsa tangkapan sebelum menjulang kepalanya ke udara sambil disorak dan diraikan oleh rakan seperjuangannya.

Ini bukanlah kali pertama militan Free Syrian Army (FSA) ini dirakam memenggal kepala orang awam melalui kamera. Malah pada bulan Disember tahun lepas, kami pernah memaparkan klip video yang menunjukkan para pengganas Syria memaksa kanak-kanak memenggal kepala tawanan yang diikat.

Kemudian pada bulan yang sama, seorang pemberita Australia melaporkan bagaimana pengganas FSA telah memancung kepala seorang lelaki muda Kristian bernama Andrei Arbashe, kerana mengadu kerana mereka bersifat telah bertindak seperti penyamun yang tak berhati perut.

Setelah mencincang badan mangsa, pengganas FSA tersebut memberi mayatnya diberi kepada anjing untuk dimakan. Laporan itu menyatakan bahawa insiden tersebut menekankan bagaimana, "pemberontak melakukan kekejaman yang melampaui batas terhadap orang awam yang tidak bermaya."

Satu lagi video yang muncul bulan lepas menunjukkan bagaimana "pemberontak" Syria ini melaungkan "Allahu Akbar" sebelum memenggal kepala seorang awam dan mencampakkannya ke dalam lubang di dalam tanah.

Namun pada masa yang sama, mereka inilah juga para pemberontak yang secara terbuka mendukung kebencian pada Amerika sambil menggeledah gereja Kristian, membakar bendera AS, melaungkan slogan anti-Amerika, memuja Osama Bin Laden dan memuliakan serangan 9/11.

Pelbagai laporan kini mengesahkan bahawa individu yang bertanggungjawab untuk jenayah-jenayah ini , sebahagian besarnya terdiri daripada kumpulan sayap Al-Qaeda iaitu Jabhat al-Nusra yang membunuh tentera AS di Iraq, dan pasukan militan inilah yang memimpin kumpulan-kumpulan pemberontak tajaan Barat di Syria sekarang.

Selepas kumpulan Al Qaeda di"isytiharkan" sebagai kumpulan pengganas oleh Jabatan Negara AS, sebanyak 29 kumpulan serpihan pemberontak Syria yang ditaja AS mengangkat ikrar kesetiaan mereka kepada al-Nusra.

Memandangkan siri tindakan keganasan luar tabi'i yang dilakukan oleh pemberontak Syria yang dahagakan darah tersebut, maka tidaklah memeranjatkan samasekali bahawa bukti jelas menunjukkan serangan kimia minggu ini di Aleppo telah dilancarkan oleh puak militan FSA.

(Bersambung)
 

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”