(SUMBER)
Lebih dua kali, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar bersemuka dan berbual melalui telefon dengan pengasas MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaa Moro), Nur Misuari, lapor mymassa dan di mana pertemuan dan perbualan itu dikesan sebelum menjelangnya pencerobohan pengganas di Lahad Datu Sabah pada 9 Februari.
“Semasa insiden di Lahad Datu hujung bulan lepas, Anwar sekali lagi
bercakap dengan Nur Misuari di mana dilaporkan mereka membuat ketetapan
yang sama iaitu “Menafikan” perundingan mereka.
“Namun, Kerajaan Filipina melalui agensi keselamatan mereka mengesahkan hal tersebut, “lapornya.
Menurutnya, pada penghujung tahun 2012, Anwar turut menghantar
wakilnya, Tian Chua, ke Filipina untuk menemui pihak-pihak tertentu, di
mana Naib Presiden PKR dan orang kuat SUARAM (Suara Rakyat Malaysia)
tidak pernah menafikan kehadirannya ke negara tersebut.
“Anwar telah bertandang ke Lahad Datu pada bulan Oktober, 2012 dalam
tempoh yang lama. Anwar juga singgah di Tawau dalam tempoh yang lama
dalam bulan Oktober itu.
“Semasa Anwar menunggu Lajim Ukin yang tidak datang-datang, Anwar
direkodkan bertemu dengan orang-orang Suluk di Lahad Datu, yang
diaturkan oleh Ketua PKR Sabah, Tamrin Jaini.
“Anwar sudah tidak boleh mengelak, kerana rekod-rekod pertemuan dan perbualan mereka telah dikesan,”lapornya lagi.
Dalam posting terbaru Mymassa
hari ini, blog itu mendedahkan salah satu pertemuan Anwar-Misuari
dikesan pada 17 Julai 2012, di mana gambar rakaman pertemuan itu turut
didedahkan oleh twitter penyokong PKR, AICMalaysia.
“Bersambung gambar pertemuan Anwar yang lain selepas ini…,”lapor Mymassa.
Philippines Daily Inquirer,
pada 1 Mac menamakan Anwar Ibrahim sebagai ‘faktor luaran’ yang
berkomplot dengan pihak anti kerajaan Filipina menghasut waris
kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.
Nur Misuari berjabat tangan dengan Sultan Jamalul Kiram III |
Nur Misuari, dinamakan The Philippine Star sebagai tokoh anti kerajaan
Filipina yang bertanggungjawab menghasut ‘Sultan Sulu’, Sultan Jamalul
Karim III supaya menceroboh Lahad Datu untuk melaksanakan misinya itu.
Asree Sug, dari
bangsa Tausug telah mendedahkan di facebooknya, selepas Januari 2013,
Nur Misuari menyatakan secara terbuka sokongannya terhadap Anwar Ibrahim
di Malaysia di mana pada 3 Januari, Misuari dan MNLF telah mengadakan
pertemuan di Pulau Jolo untuk membincangkan strategi tersebut.
“Mendapatkan sokongan dari Tausug Pergunungan untuk menghadapi
pemerintahan MILF (Barisan Pembebasan Islam Moro)-Filipina yang bakal
mentadbir Sulu Mindanao yang tidak mereka persetujui.
“Mendapatkan sokongan dan saranan Tausug bersetuju menghadapi
Malaysia untuk mendapatkan semula Borneo Utara, cara tuntutan dibuat dan
siapa yang akan ditabal sebagai Sultan Sulu,” kata Asree Sug tentang
dua resolusi pertemuaan Misuari-MNLF di Pulau Jolo itu.
Menurut Asree, Nur Misuari menyokong perjuangan politik Anwar di
Malaysia dan mengharapkan agar Ketua Umum PKR itu bakal dinobatkan
menjadi Perdana Menteri ke-7 selepas Pilihanraya Umum ke-13.
“Saya mendapat berita bahawa MNLF dan Nur Misuari sedang memerhatikan
keadaan politik di Malaysia… kemungkinan, Nur Misuari sedang mendoakan
kemenangan buat sahabat karibnya DS Anwar Ibrahim untuk mendapat
kemenangan pada PRU-13.”
Blog tausug
mengambarkan kehebatan Misuari sebagai tokoh yang dapat mengawal Ustaz
Habier Malik, komendar MNLF dan Radulan Sahiron, pengasas Abu Sayyaf dan
mampu memberi arahan kepada kedua-dua itu untuk melaksanakan arahannya.
“Prof Nur menyedari kelebihan yang ada pada Sulu yang memiliki
pelbagai kumpulan yang tidak bersatu seperti puak Ustaz Habier Malik,
Radulan, Abu dan beberapa kumpulan tersisih lainnya, masih boleh
digunakan untuk kempen perang pada bila-bila masa,”dedahnya.
Mynewshub
mempertikaikan penggunaan senjata yang digunakan oleh pencerobohan di
Lahad Datu sedangkan kenyataan Presiden Filipina, Benigno Aquino
memaklumkan Sultan Jamalul Kiram III tidak mempunyai kemampuan kewangan
untuk membiayai operasi sedemikian.
“Aquino dilaporkan berkata, Jamalul Kiram perlu membelanjakan
sekurang-kurangnya 100,000 Peso (RM7,611) sekiranya mahu menyewa satu
bot besar bagi membawa pasukannya ke Lahad Datu.
“Beliau berkata, keluarga Kiram menggunakan dua bot besar dan sebuah
bot laju untuk membawa pengikut mereka ke Sabah. Justeru dari mana
mereka mendapat wang yang banyak untuk menyewa bot-bot berkenaan?,”soal
laman itu.
Sumber memberitahu Mynewshub.my, antara senjata milik pengganas yang dikesan di Lahad Datu ialah;
M-16
M-14 – Rifle untuk penembak tepat
Light Machine Gun – LMG
General Purpose Machine Gun – GPMG
M203 – grenade launcher
AK47
Rocket Propelled Grenade – RPG (Anti kereta kebal)
Bom tangan (dipercayai dimiliki kumpulan berkenaan)
“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan.
“Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.
“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer).,” lapor laman itu lagi.
Perkara sama turut dibangitkan oleh blogger mummyrokiah yang berpendapat tanpa tajaan pihak tertentu ‘Sultan Sulu’ tidak mampu menampung operasi serangan di Lahad Datu itu.
“Persoalan yang sedang bermain di minda kita hari ini ialah bagaimana
seorang ‘Sultan’ yang merempat dan tak sedar diri ini boleh mendapat
dana yang begitu banyak untuk menghantar lanun untuk menceroboh Sabah?
“Jika beliau sedar beliau sedang berada di pintu kubur maka untuk
siapakah perjuangan beliau ini? Untuk mendirikan ‘Kesultanan Sulu’
hampir mustahil berlaku atau Jamalul menjadi ‘proxy’ Mr X yang ingin
mengulingkan Kerajaan DS Najib di Malaysia,” soal blogger itu.
No comments
Post a Comment