Wednesday, March 20, 2013

Kiram dakwa ada plot tentera Malaysia untuk bunuhnya

MANILA - Satu pasukan asing didakwa tiba di negara ini untuk membunuh pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III, kata jurucakapnya,... thumbnail 1 summary
MANILA - Satu pasukan asing didakwa tiba di negara ini untuk membunuh pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram III, kata jurucakapnya, Abraham Idjirani.

Menurut akhbar Philippine Daily Inquirer semalam, skuad itu juga didakwa akan membunuh penasihat Jamalul Kiram Pastor 'Boy' Saycon.

Pada satu sidang media semalam, Idjirani mendedahkan, seorang kolonel tentera asing bersama empat komando dan tiga pembunuh upahan tempatan didakwa akan membunuh Jamalul Kiram dan para pengikutnya.

Idjirani meminta pihak Biro Siasatan Kebangsaan dan polis tentera Filipina untuk menyiasat maklumat perisikan masing-masing bahawa skuad bunuh itu kini tinggal di Hotel Maxim di bandar Pasay.

Idjirani berkata, seorang peguam yang dikatakan didekati anggota-anggota skuad berkenaan telah memberitahu Saycon mengenai plot tersebut.

Menurut satu laporan pula, Jacel Kiram berkata seorang peguam, Mario Lozada telah bertemu dengan seorang yang bernama Sunny Ng, dipercayai seorang "kolonel" dalam Angkatan Tentera Malaysia. Mereka bertemu di restoran Genting Palace, kompleks kasino Resorts World Pasay City pada hari Isnin.

Pertemuan tersebut kata beliau telah disusun oleh seorang ahli perniagaan Malaysia bernama Kenneth Lee, yang mempunyai hubungkait dengan firma perundangan dimana Lozada bertugas sebagai penasihat undang-undang.

Mereka menyampaikan kepada Lozada bahawa mereka datang ke sini untuk membunuh sultan dan dan rakan-rakannya (termasuk penasihat beliau Pastor Saycon)," kata Jacel di dalam satu sidang media di kediaman Kiram, Taguig City. 

"Malaysia kini semakin angkuh untuk bertindak radikal disebabkan oleh kenyataan-kenyataan (Presiden Aquino) yang pro-Malaysia," katanya lagi.

Pada hari Selasa, jurucakap Kiram, Abraham Idjirani mendakwa Ng dan empat orang komando Malaysia tiba di sini untuk membunuh sultan dan para penyokongnya.



No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”