Thursday, April 18, 2013

MOHON MAAF.. PARTI KEADILAN RAKYAT (PKR) ADALAH KOMUNISMA (PKM)

MAAF, PKR = PKM Saya nampak ada dua saudara kita bincang sikit tadi (FACEBOOK) mengenai pole... thumbnail 1 summary
MAAF, PKR = PKM

Saya nampak ada dua saudara kita bincang sikit tadi (FACEBOOK) mengenai polemik kekeliruan mengenai Komunisma dan Liberal Demokrat, maka saya rasa elok kita utarakan terus sini. Lambat laun kena timbulkan juga.

Oleh kerana orang Melayu kita masih tak nampak permainan Pakatan Sosialisma-Liberalisma-Komunisma DAP-PKR-PAS yang sebenarnya satu front untuk membawa masuk PKM kembali kedalam politik negara kita. DAP adalah Sosialis Demokrat. PKR adalah Liberal Demokrat. PAS? Bakal kena tendang bulat-bulat.

Kita harus faham pertahanan negara sedang dirobak robekkan untuk agenda Komunisma.

1. Anda takkan nampak kalau semata-mata melihat dalam kerangka perbandingan secara perbezaan lwn persamaan secara terperinci kerana mereka telah sengaja direkabentuk dengan satu garis kekaburan.

2. Namun kalau kita teruskan pemerhatian dalam kerangka perspektif dan urutan berikut mungkin saudara nampak dengan jelas.

3. Kedua² adalah ideologi politik haluan kiri.

4. Kedua² adalah ciptaan kuasa elit imperialis/hegemoni yang sama bertujuan untuk matlamat memperhambakan rakyat.

5. Liberal Demokrat adalah instrumen untuk kawalan fasa pada tahap yang lebih rendah dan ia merupakan pembuka jalan kepada Komunisma.

6. Liberalisma berkonsepkan pada struktur "Kerajaan yang Besar" dan berkuasa untuk menentukan pembahagian produk dan perkhidmatan menurut konsep “keadilan” yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Seterusnya ia menjanjikan cukai tinggi atas golongan kaya untuk manfaat golongan marhaen.

7. Dalam konteks perbincangan kita, maka di manakah berlaku nya transisi “hijacking” sesuatu negara itu?

8. Pada dasarnya Komunisma pada adalah sama dengan peringkat no. 7, cuma ia masuk setelah “Kerajaan Besar” tadi merasakan tidak perlu lagi untuk berpura-pura dan main wayang untuk melaksanakan agenda mereka.

Mereka suka kalau rakyat merasakan ia bukan komunisma, namun mereka tak berselindung² lagi mengenai kuasa yang diperlukan untuk menjayakan sistem mereka pada peringkat ini. Mereka akan berhenti menjanjikan cukai atas golongan elit dalam masyarakat untuk kepentingan marhaen, kerana mereka menafikan secara totalitarian akan wujudnya golongan elit/kaya.

9. Maka Liberal Demokrat adalah Komunisma yang menindas secara berselindung.

10. SELAMAT DATANG KEPADA KOMUNISMA MALAYSIA KU SAYANG!

Ada faham? Sekian.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”