Wednesday, April 3, 2013

CEROBOH LAHAD DATU DIKETAHUI AS SEJAK BULAN OGOS

"Pemberi maklumat yang tahu apa yang akan berlaku di Sabah sebelum ianya berlaku.." Pusat Pemberi Maklumat Nasional atau... thumbnail 1 summary

"Pemberi maklumat yang tahu apa yang akan berlaku di Sabah sebelum ianya berlaku.."

Pusat Pemberi Maklumat Nasional atau National Whistleblowers Centre (NWC) yang berpengkalan di Amerika Syarikat kini sah menyatakan bahawa mereka telah dimaklumkan lebih daripada tujuh bulan yang lalu mengenai kemungkinan pelanggaran keselamatan di Sabah dan pembabitan pihak pembangkang, yang kemudiannya menjadi nyata melalui kes pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas Sulu.

NWC pertama kali dimaklumkan mengenai perkara ini oleh seorang pegawai tentera Amerika Syarikat yang berkhidmat di lingkaran Asia Pasifik sekitar bulan Ogos tahun lepas.

Sejak penubuhannya pada tahun 1988 NWC, yang berpangkalan di Washington, telah memberikan perlindungan dan bantuan kepada beribu-ribu pemberi maklumat di seluruh Amerika Syarikat.


Berikut adalah salinan e-mel antara pegawai tentera AS dan pakar pengambilan NWC yang diberikan kepada kami oleh DeepThroat ("orang dalam").

Walau bagaimanapun atas sebab keselamatan, etika hubungan peguam-pelanggan dan untuk melindungi identiti pemberi maklumat, beberapa perkataan dan ayat dalam e-mel telah digelapkan.

Pihak Keselamatan negara sekarang digesa supaya mengambil tindakan lanjut bagi menyiasat sepenuhnya tentang pembabitan dalang-dalang pengkhianat negara.

(Sumber)








No comments

Post a Comment