Saturday, April 13, 2013

SHEIKH IMRAN HOSEIN DI SEMINAR ANTARABANGSA UTM 4 MEI 2013

SHEIKH IMRAN HOSEIN DI SEMINAR ANTARABANGSA RASULULLAH SAW PENYATU UMMAH (Perpecahan Ummah Ag... thumbnail 1 summary

SHEIKH IMRAN HOSEIN DI SEMINAR ANTARABANGSA RASULULLAH SAW PENYATU UMMAH
(Perpecahan Ummah Agenda Musuh)

LOKASI: DEWAN SARJANA UTM, JALAN SEMARAK, KUALA LUMPUR

TARIKH: 4 MEI 2013 / 23 JAMADIL AKHIR 1434 HIJRAH

MASA: 8:30 PAGI - 7:00 MALAM

PENDAFTARAN: SMS: +011 2330 2756 / +011 629 0597

KEMASUKAN: PERCUMA

WEB: www.sejagat.org
EMEL: cozmic20@gmail.com

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”