Wednesday, April 3, 2013

PAKATAN BERPAKSI DAP JERANGKAP MAUT BAGI MELAYU ISLAM

Orang kita harus sedar segera tentang usaha menghakis jatidiri serta hak Melayu Islam dibuminya sen... thumbnail 1 summary
Orang kita harus sedar segera tentang usaha menghakis jatidiri serta hak Melayu Islam dibuminya sendiri melalui pakatan pembangkang yang berpaksi pada DAP melalui agenda Kristian-Zionisnya yang saban hari semakin lantang.


Mustakim Muhamad

Agenda Malaysian Malaysia Diet Politik Harian DAP

Semalam (22/4/2012) saya menerima satu email yang boleh menyebabkan sebahagian orang Malaysia yang sayangkan keseluruhan institusi negara akan mempersoalkan apakah sebenarnya matlamat pakatan pembangkang untuk menimbulkan pelbagai kekeliruan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti?

Kandungan emel yang saya terima itu didakwa sebagai kata-kata seorang Bekas Setiausaha Sulit Ketua DAP Pulau Pinang, Mohd Razali Abd Rahman kononnya dalam perjuangan parti itu mereka akan menukarkan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak mencapai kemerdekaan menjadi sebuah negara republik.


Maknanya, dalam sebuah negara yang bersifat republik, insitusi kesultanan dan raja-raja Melayu kalau tidak akan dihapuskan akan digantikan dengan bukan Melayu. Asasnya ialah institusi-institusi yang telah berakarkan sejarah sejak sekian lama, bermula daripada sistem berkerajaan yang diwarisi daripada peradaban Hindu sebagaimana diketahui umum yang kemudiannya diasimilasikan dengan nilai-nilai Islam dilihat terlalu bersifat rasis.

Hal yang demikian sebenarnya bukanlah sesuatu yang sedap didengar kerana DAP pernah mencadangkan pada suatu ketika dahulu agar diwujudkan dua jawatan Timbalan Perdana, di mana seorangnya adalah untuk keturunan Cina. Dalam tahun 1980-an, DAP begitu lantang memperjuangkan Universiti Merdeka sebagai satu kaedah untuk menentang kuota kemasukan pelajar-pelajar Melayu di universiti-universiti awam yang ketika itu hanya ada Universiti Malaya, Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menjadi kebanggaan sistem pendidikan tinggi nasional kerana ia berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam semua bidang pengajian termasuk sains dan teknologi. Kewujudan USM pada tahun 1970, tidak memberikan ruang yang cukup luas kepada pelajar bumiputera kerana masih menggunakan pengantar bahasa Inggeris, manakala dasar peralihannya hanya dilaksanakan pada akhir tahun 1970-an apabila lebih ramai pensyarah tempatan dan dipinjamkan dari UKM dibawa masuk untuk mengendalikan kursus-kursus dalam bidang sains dan matematik.

Hasrat DAP sepenuhnya jika mereka menang dalam PRU ke-13, perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berhadapan dengan pengurangan yang lebih serius kerana parti itu bercadang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu. Bahasa Mandarin akan dijadikan sebagai bahasa kedua dengan alasan bahasa itu bakal menjadi bahasa utama dalam perdagangan antarabangsa pada depan, yakni apabila China berada di kedudukan ekonomi penaraju. Sekarang China sudah berjaya mengambil alih kedudukan Jepun sebagai ekonomi kedua terbesar.

Bagi menjamin struktur masyarakat yang semakin hilang budaya etnik dan keturunannya, DAP akan terus menggalakkan kahwin campur pelbagai etnik yang memungkinkan asimilasi budaya dan agama dapat berjalan secara semulajadi. Ini bermakna, hakikat seseorang yang dilahirkan sebagai orang Melayu, pada masa hadapan belum boleh dikatakan beragama Islam, kerana dasar yang akan dilaksanakan ialah hanya membenarkan seseorang itu mengisytiharkan pegangan agamanya ketika mencapai usia 18 tahun.

Ini membawa maksud, jika seseorang anak itu dilahirkan dalam keluarga Islam, ibu bapanya tidak boleh menganggap anak itu beragama Islam secara semulajadi. Hal yang sama tidak pula dinisbatkan kepada bukan Melayu, walaupun dalam masyarakat yang beragama Kristian mereka dibenarkan untuk mengbaptiskan seseorang bayi sebaik sahaja dilahirkan. Sesuatu yang boleh mengakibatkan hakisan pegangan agama orang Melayu akan mengecil kerana DAP sebenarnya bimbang dengan kebangkitan kesedaran agama Islam semakin kuat dan meluas.

Gema kebimbangan itu ada kaitannya dengan cadangan DAP untuk melihat Singapura sebagai model pentadbiran yang berjaya.

Singapura selepas mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1964, yakni selepas menganggotai Malaysia, telah membelakangkan Kuala Lumpur dan British yang masih mengawalnya, membangunkan strategi bermusuhan dengan tetangga apabila membawa masuk penasihat ketenteraan dari Israel, iaitu Chaim Herzog bagi melakarkan pelan dan sistem pertahanannya.

Kebimbangan itu berpunca daripada ketakutan Lee Kuan Yew yang melihat “sebagai sebuah negara pulau yang dikelilingi oleh rumpun Melayu”, ia bukan sahaja perlu mempertahankan diri daripada sebarangan “serangan negara tetangga” bahkan “perlu menjadi lebih kuat” dengan membelanjakan lebih banyak wang untuk melengkapkan peralatan dan penubuhan pasukan keselamatannya.

Itulah yang dapat digambarkan menerusi pelbagai dasar dan peristiwa yang dilalui sehingga menyebabkan Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan untuk menyingkirkan Singapura dari terus berada dalam gagasan Malaysia kerana lebih bertindak seperti “duri dalam daging.”

DAP yang ditubuhkan menerusi model parti PAP, pernah dianggap sebagai sebuah parti yang berhasrat melanjutkan cita-cita Lee Kuan Yew menerusi slogan Malaysian Malaysia masih tidak berganjak dengan suasana itu sehingga menggambarkan falsafah Malaysia bukanlah berasal daripada pensejarahan orang Melayu. Malaysia yang sudah dikuasai oleh orang Melayu perlu dirombak dan ditukar, kerana apa yang ada dalam institusi yang telah menjamin kestabilan negara pada masa kini lebih bersifat rasis.

Bahkan dalam perkembangan mutakhir, kepimpinan DAP Pulau Pinang turut memberikan arahan kepada sekolah-sekolah vernacular Cina agar tidak lagi melanggan akhbar berbahasa Melayu, terutama Utusan Malaysia kerana tidak menyuburkan cita-cita DAP.

Bahkan, apabila DAP berjaya dalam misinya untuk menawan Putrajaya dalam PRU ke-13 nanti menerusi dasarnya untuk meletakkan lebih banyak calon Melayu dalam kawasan majority pengundi Melayu, bakal memudahkan penobatan penguasaan orang Cina dalam pelbagai sektor, termasuk akan menghapuskan MARA dan GLC. MARA dan GLC didakwa hanya dikhususkan kepada orang Melayu walaupun orang Melayu sebenarnya tidak bijak dalam bidang perniagaan.

Dalam agend tersebut, DAP turut merancang untuk menghapuskan tiga agensi kerajaan yang dilihat sebagai musuh utama, iaitu Biro Tatanegara, Kemas dan Majlis Keselamatan Negara manakala Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan digantikan dengan bukan Melayu.

Majlis Tilawah al-Qur’an yang berjaya dianjurkan oleh Malaysia sejak lebih lima dekad itu juga akan turut dihapuskan jika DAP memerintah dengan alasan bahawa Arab Saudi pun tidak menganjurkannya meskipun negara itu mempunyai peratusan penduduk Islam yang lebih besar daripada Malaysia. Penganjuran MTQ itu dilihat sebagai suatu pembentuk pembaziran wang rakyat.

Desakan juga akan dibuat untuk menjadikan Good Friday dan Hari Easter sebagai cuti umum sebagaimana dilaksanakan oleh negara-negara yang mempunyai bilangan penganut Kristian yang besar, kerana DAP sebenarnya berhasrat untuk menggalakkan agama itu dianuti oleh seramai mungkin rakyat negara ini. Dalam melaksanakan hasrat tersebut, mereka akan menentukan setiap kutipan zakat yang dikendalikan oleh Majlis Agama Islam negeri turut dikongsikan bersama dengan masyarakat bukan Islam, dan kutipan itu bukan lagi menjadi sesuatu yang khusus untuk kemaslahatan orang Islam walaupun kesemua penyumbangnya adalah orang Islam.

Sekiranya apa yang dirancangkan oleh DAP itu menjadi realiti, kemenangan parti itu dalam PRU ke-13 akan menjadi titik perubahan yang besar kepada sistem politik dan pemerintahan di Malaysia. Kekaguman sejarah mengenai institusi-institusi berkerajaan, demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan, dasar-dasar afirmatif untuk mengalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perniagaan, peluang-peluang pendidikan tinggi dan setiap bentuk pertubuhan yang bersumberkan Islam akan hanya tinggal nama, manakala sejarah baru akan tulis bahawa Malaysia sudahpun melepasi fasa “ketuanan Melayu”, kerana “ketuanan rakyat” telah diberikan peluang untuk memerintah.

Maka, dalam situasi apakah maknanya ketuanan rakyat apabila ada pelbagai tindakan secara halus untuk melenyapkan identiti sesuatu keturunan dengan penghapusan pelbagai institusi yang selama ini menjadikan kebanggaan orang Melayu. Orang Melayu telah mempertahankan institusi tersebut sehingga sanggup berkorban nyawa kerananya, tetapi, generasi Melayu sekarang sebenarnya sudah kehilangan arah sehingga sanggup bersama DAP untuk merealisasikan Malaysian Malaysia dalam pakej politik yang baharu, walaupun air yang ada di dalamnya tetap sama, penuh dengan muslihat untuk menghapuskan “ketuanan Melayu.”

Jika benarlah pendedahan Bekas Setiausaha Sulit itu menjadi kenyataan, maka orang Melayu bukan sahaja terpaksa menangis di negaranya sendiri kerana “menang sorak, kampong tergadai” bahkan akan pupus selama-lamanya. Maknanya, PRU ke-13 ini benar-benar menjadi penentu sama ada orang Melayu terus menjadi kuasa politik dominan ataupun bakal dikembirikan oleh perjuangan sosialisme perkauman secara halus yang dirancang oleh DAP, manakala PAS semakin lumpuh dengan nilai-nilai keislamananya dan PKR hanya sekadar terus bermimpi akan jadi Perdana Menteri.

PKR tidak memerlukan kekuatan Melayu, kerana bagi parti itu menganggap perubahan sebagai perjuangannya, bukan untuk menyelamatkan Malaysia, tetapi untuk menyelamatkan kedudukan Anwar Ibrahim yang semakin terancam dan terbenam. Anwar akan melenting jika hasratnya dicabar oleh DAP dan PAS, dalam keterpaksaan itulah PAS terus mengalah dan DAP melobi untuk mendapatkan kerusi lebih banyak hatta kawasan majoriti Melayu sekalipun. DAP sedar, untuk memperolehi kuasa yang berkesan dan lebih besar, ia memerlukan wakil rakyat yang mewakili parti itu dalam kalangan orang Melayu, terutama orang Melayu yang sudah nanar daripada acuan bangsanya.

Hati-hatilah, dalam situasi panas sekarang banyak perkara boleh berlaku dan banyak pula tindakan sumbang akan kedengaran. Bahkan apabila orang Melayu bangun mempertahankan nasib bangsanya secara terbuka akan dilihat rasis, walaupun apabila DAP mengkhianati orang Melayu ia dilihat sebagai tindakan wajar dan adil.

Dalam situasi itulah orang Melayu sebenarnya menjadi bertambah malang apabila ada beberapa orang Melayu yang sanggup berseteru dengan parti yang berasaskan nilai Melayu, kerana sudah termakan dengan ideologi Pakatan Pembangkang, sistem politik yang berasaskan feudalisme dan penaungan perlu dihapuskan, ia perlu digantikan dengan kuasa rakyat, walaupu pada hakikatnya, kuasa rakyat hanyalah berguna pada ketika mencari pengaruh, setelah memerintah, kuasa rakyat sudah berubah menjadi wewenang pemerintah yang telah diberikan kuasa.

Kerana itulah DAP pernah berkata, rundingan awam tidak perlu, maka bolehlah dijual dan digadaikan apa sahaja yang ada dalam kawalan, termasuk tapak masjid, sekolah dan padang-padang awam bagi menghasilkan wang atas nama pembangunan. Sebenarnya, yang rugi dan kempunan itu akhirnya orang Melayu, mereka bangunkan perumahan dan hartanah yang terlalu tinggi manakala wang dalam genggaman hanya mampu membeli hartanah berharga rendah dan sederhana.

Kuota pemilikan bumiputera akhirnya terhapus, semuanya menjadi milik bukan Bumputera, dan ketika itu, di manakah orang Melayu akan berada. Tanyalah pengundi Melayu sendiri, ke manakah arah mereka dalam PRU ke-13? Agenda DAP sudah jelas, semuanya akan dihapuskan demi Malaysian Malaysia, semuanya akan berlaku secara mertitokrasi dan siapa kuat, dia dapat, siapa berwang, akan memiliki semuanya termasuk “membeli agama” kerana PAS sudah lama menjualnya.

No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”