Friday, April 26, 2013

JUSTIFIKASI UNTUK MEMPERGUNAKAN DEMOKRASI

MEMPERGUNA DEMOKRASI  ( Sumber ) Di Facebook dah ada pulak tersebar poster sebegini yang menga... thumbnail 1 summary
MEMPERGUNA DEMOKRASI 

(Sumber)

Di Facebook dah ada pulak tersebar poster sebegini yang mengajak orang Melayu supaya tak turun mengundi. Admin kempen ini memberi alasan bahawa demokrasi yg sedang didukong oleh Umno dan Pas itu adalah landasan jahiliah dan akan mendapat murka dari Allah?

Berdasarkan pemerhatian saya kempen ini mula tersebar luar di kalangan facebookers melayu islam saja. Kempen ini tidak tersebar dikalangan facebookers non-muslim. Ini tidak membawa faedah kepada orang Islam di Malaysia kerana apabila semua orang kafir turun mengundi manakala ada orang Islam tak turun mengundi, itu hanya memberi keberuntungan kepada orang bukan islam sahaja.

Saya harap tak ada mana-mana pengunjung ke blog saya ini terlibat dalam kempen sebegini. Saya menghormati hak sahabat-sahabat yang anti-demokrasi. Tapi harap jangan sebarkan kempen sebegini kepada golongan muda yang tidak mengetahui dengan lebih terperinci maksud hujah-hujah Syeikh Imran Hossien atau yang sewaktu dengannya.

Semalam saya mendapat arahan urgent daripada dua senior saya agar menulis artikel ringkas mengenai profiling 'the Watchers Group' no. #16678 bertarikh 19 November 2008 yang bertajuk "the profile of the caliphate system in the end of time". Kandungan perbicangan tersebut adalah panjang so saya akan beri ringkasan saja. Setuju atau tak setuju.. itu hak kita secara individu. Sesiapa pun boleh mengemukanan pandangan mereka di ruangan 'comment' tapi hendaklah berhemah. Sesiapa yang emo dalam memberi komen akan saya 'delete' komennya.

Baiklah.. kita mulakan sekarang.

ISU 1 : KEKHALIFAHAN ISLAM AKHIR ZAMAN

Terdapat suatu teori / fahaman di internet yang membangkitkan persepsi bahawa sistem kekhalifahan Islam akan bangkit walaupun sebelum terbai'ahnya Imam Mahadi.

Contohnya pertama di internet sekarang ialah kemunculan "Raja Nusantara" dari "Empayar Langkasuka Nusantara" (saya malas nak komen mengenai kredibiliti beliau di sini) yang mendakwa bahawa dia adalah waris kerajaan melayu lama yang akan membangkitkan sistem pemerintahan islam di Malaysia.

Contoh kedua pula ada cerita merepek dari cybertroopers pembangkang yang mengatakan kononnya Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdoğan telah menghubungi Anwar Ibrahim untuk sama-sama mengembalikan sistem kekhalifahan Islam sekiranya Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Ini belum termasuk segelintir pembaca yang pernah menghantar berpuluh emel kepada saya dan mempromote ramalan mereka bahawa akan wujud kembali sistem pemerintahan ala-ala kerajaan melayu lama yang akan menjadi khalifah yang dinanti-nantikan oleh umat islam di Nusantara melayu. Juga terdapat satu lagi kumpulan yang sedang mengimpikan sistem khalifah sepertimana ketika kegemilangan Islam di zaman empayar Islam Umayyah dan/atau Abbasiyah.

Okay, sebelum saya meneruskan menulis, harap dengar dulu penjelasan kami bahawa kami di Watchers Group hanyalah sekumpulan profilers. Ramai yang membaca artikel saya berbahasa melayu rasanya tidak pernah membaca lagi artikel saya yang majoritinya berbahasa Inggeris dan oleh itu tidak memahami siapakah the Watchers Group dan bagaimana kami berfungsi.

Kami bukan kumpulan peramal, kami hanya cuba memprofil secara literal kejadian di seluruh dunia bagi membolehkan kami meneka apa yang sedang berlaku dan mungkin berlaku di belakang hari. Oleh itu kemungkinan berlaku kesilapan memang diakui dan jika itu berlaku, kami mohon maaf.

So, semasa kami membincangkan susur galur 'As-Sufyani' (sepertimana di dalam artikel saya "Menjejaki Sufyani"), kami pernah sekaligus memprofilkan sistem pemerintahan yang paling ideal di dunia. Sila ambil perhatian bahawa kami mengatakan bahawa sistem ini ideal "di dunia" dan bukan sekadar di negara-negara Islam sahaja. Kami pada dasarnya bersetuju bahawa hanya ADA SATU BENTUK sistem memilih pemerintah yang benar-benar Islamik dan ideal iaitu sistem memilih pemimpin sepertimana yang diamalkan ketika "KHALIFAH AR-RASHIDUN".

Kepada yang kurang jelas mengenai perkara ini, ingin saya jelaskan bahawa umat Islam secara dasarnya telah melalui dua bentuk ideologi berkerajaan iaitu sistem khalifah sebelum dan selepas perpecahan umat islam akibat pemberontakan Muawiyah Abu Sufyan.

Sistem khalifah sebelum pemberontakan Muawiyah adalah sistem Khalifah Ar-Rashidin yang mana menggunakan konsep ‘syura’ (Ali Imran: 159, Al-Syura: 38), iaitu semacam sistem demokrasi menurut fahaman biasa. Namun perbezaannya denga demokrasi sekular ialah orang yang berhak memberi pendapat (atau mengundi) didalam majlis syura hendaklah orang yang berilmu dan beragama (@ alim ulamak) manakala orang yang thagut, kafir, munafik, khawarij dan lain-lain yang masih dimurkai Allah tentulah tidak layak 'mengundi'.

Khalifah Ar-Rashidin yang dipilih melalui sistem ini ialah Khalifah-Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Usman Affan dan Ali bin Abu Talib tersebut, itu kerana mereka dipandang sebagai Khalifah yang sempurna dan diberi petunjuk untuk melaksanakan Syariat Islam dengan ikhlas.

Walaubagaimanapun sistem khalifah Ar-Rashidin tamat dengan kemangkatan Saidina Ali Bin Abi Talib dan selepas itu bermulalah sistem kekhalifahan kedua yang dimulakan secara khianat oleh Muawiyah Bin Abu Sufyan. Maksud khianat di sini ialah Muawiyah pada awalnya telah melakukan perjanjian dengan Imam Hassan Bin Ali untuk mengembalikan sistem majlis syura untuk perlantikan khalifah seterusnya. Kandungan perjanjian mereka adalah seperti berikut:-

Bismillâhirrahmânirrahim.

Ini adalah pernyataan damai dari Hasan bin 'Alî kepada

Mu'âwiyah bin Abî Sufyân, bahwa Hasan menyerahkan kepada Mu'âwiyah wilayah Muslimîn, dan Mu'âwiyah akan menjalankan Kitâb Allâh SWT dan Sunnah Rasûl Allâh saw. dan tata cara Khulafâ' ur-Râsyidîn yang tertuntun, dan Mu'âwiyah bin Abî Sufyân tidak boleh mengangkat seseorang jadi khalîfah sesudahnya, tetapi akan diadakan lembaga syura di antara kaum Muslimîn dan bahwa masyarakat akan berada dalam keadaan aman di daerah Allâh SWT di Syam, Iraq, Hijaz dan Yaman, dan bahwa sahabat-sahabat 'Alî terpelihara dalam keadaan aman, bagi diri, harta, para wanita dan anak-anak mereka, dan bahwa Mu'âwiyah bin Abî Sufyân setuju dan berjanji dengan nama Allâh bahwa Mu'âwiyah tidak akan mengganggu atau menganiaya secara tersembunyi atau terbuka terhadap Hasan bin 'Alî atau saudaranya Husain bin 'Alî atau salah seorang ahlu'l-bait Rasûl Allâh saw. dan tidak akan mengganggu mereka yang berada di seluruh penjuru dan bahwa Mu'âwiyah akan menghentikan pelaknatan terhadap 'Alî." {Ibnu Hajar, Shawâ'iq, hlm. 81}

Namun sepertimana yang kita sudah maklum melalui teks sejarah, Muawiyah mengkhianati perjanjian ini apabila melantik anaknya Yazid sebagai khalifah sehingga kemudiannya membawa kepada insiden perang Karbala yang menyaksikan pembunuhan cucu Rasulullah iaitu Hussin bin Ali. Tindakan Muawiyah melantik anaknya Yazid ini juga membawa kepada bermulanya sistem beraja didalam sejarah Islam iaitu Empayar Bani Umayyah dan kemudiannya Empayar Bani Abbasiyah dan kemudiannya pula Empayah Uthmaniah.

Dengan merujuk kepada kandungan perjanjian antara Imam Hassan dan Muawiyah, maka kami di Watchers Group berpendapat sistem melantik pemerintah yang ideal hanyalah melalui sistem syura dimana pemerintah dilantik oleh golongan yang berilmu dan beragama. Oleh itu kami bersetuju bahawa sistem demokrasi yang diilhamkan oleh orang-orang barat itu bukanlah sistem memilih pemerintah yang paling ideal kerana di dalam demokrasi orang-orang yang bodoh, thagut, munafik, kufur. homo, liberal dan pluralisma pun boleh terlibat memilih pemerintah.

Sepertimana sistem demokrasi bukanlah satu sistem ideal, maka begitu juga dengan sistem beraja. Sistem beraja di dalam sejarah Islam di tanah arab bermula pengkhianatan Muawiyah ke atas Saidina Hassan dan membawa kepada terpenggalnya kepala Saidina Hussin oleh Yazid dalam Perang Karbala.

Jadi jika kita melihat dari segi teknikal, tenyata sistem demokrasi ciptaan barat dan sistem khalifah ciptaan Muawiyah itu sebenarnya sama saja pangkatnya kerana pemimpin bukan dipilih secara syura. Sistem demokrasi adalah dimulakan oleh orang kafir barat manakala sistem khalifah yang diamalkan semasa empayar Umayyah dan Abbasiyah adalah ciptaan Muawiyah dan anaknya yang munafik dan zalim.

Tetapi ternyata sistem beraja yang dimulakan oleh Muawiyah itu tidak semestinya mendatangkan mudarat kepada umat Islam.Kita harus ingat bahawa kesemua empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Maliki, Hanbali, Syafie dan Hanafi adalah berkembang samada di zaman Umayyah atau di bawah Kerajaan Bani Abbasiyah. Contohnya Mazhab Hanafi berkembang atas galakan Khalifah Umar Abdul Aziz di zaman Bani Umayyah manakala Mahzab Syafie  yang kita anuti berkembang semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid di zaman Kerajaan Bani Abbasiyah.

Imam Shafie juga pernah bertugas sebagai hakim dibawah kerajaan Bani Abbasiyah manakala kitab Al-Muwatta oleh Imam Malik pernah hampir menjadi kitab undang-undang di zaman khalifah Abu Jafar Al-Mansur. Empayar Islam juga berkembang dengan sangat meluas ke seluruh dunia ketika sistem beraja ini.

Pada zaman kerajaan Abbasiyah juga lahirnya para Alim Ulama yang masyhur seperti Al-Biruni (fizik dan perubatan), Jabir bin Hayyan (kimia) Al-Khawarizmi (matematik) Al-Farazi (astronomi), Abu Ali Al-Hasan bin Haythami (kejuruteraan), Ibnu Sina (Perubatan), Ibnu Khaldun (Sejarahdan sosiologi), Al-Razi (kimia dan perubatan), Al-Battani (astronomi), Al Ya’qubi, (geografi), Abul Wafa (geometri dan trigonometri) dan ramai lagi.

Apa yang ingin kami katakan disini ialah sistem beraja itu - walaupun tidaklah ideal seperti idealnya sistem khalifah ar-rashidin - ternyata tidak semestinya mendatangkan keburukan kepada syiar Islam. Semuanya bergantung kepada 'nawaitu' pemimpin dan usaha-usaha kepimpinan dan rakyat untuk menegak atau mempertahankan syiar Islam.

Saya percaya bahawa jika niatnya betul dan usahanya ikhlas, perkara yang sama boleh dilakukan oleh UMNO yang mengamalkan sistem demokrasi. Malahan perkara ini sudahpun pernah berlaku di Zaman Tun Mahathir. Jika serangan matawang pada 1998 itu diistilahkan sebagai perang bentuk baru, maka negara kita adalah satu-satunya negara Islam berjaya mengalahkan tentera kafir yang membelanjakan ber-trilion dollar untuk menjajah negara-negara Islam di Asia Tengara.

Begitu juga jika dilihat dari segi kekuatan pengaruh Malaysia di dalam isu-isu antarabangsa terutama yang melibatkan negara Islam, dari skala abad pertengahan Malaysia boleh dikatakan telah berjaya menjadi empayar yang mewakili negara-negara dunia ketiga.

Dalam masa yang sama, sistem beraja dan demokrasi ini semuanya hanyalah bersifat sementara. Ya kedua-duanya boleh dipergunakan untuk kebaikan tapi ianya bukanlah sistem yang paling ideal. Ini kerana kegemilangan negara dan umat samada di bawah sistem beraja mahupun sistem demokrasi adalah terlalu bergantung kepada pemimpin teratas dalam kerajaan. Jika pemimpinnya cemerlang maka negara dan agama pun gemilang, tapi jika pemimpin pun rosak maka negara dan agama ikut tumbang.

Ini terbukti benar dalam sejarah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah. Sepanjang pemerintahan Khalifah Ummaiyyah di Damsyik terdapat 14 orang raja namun Khalifah yang cemerlang hanyalah empat iaitu Abdul Malik bin Marwan (685-705M), Al-Walid bin Abdul Malik (705-715M), Umar bin Abdul Aziz (717-720M) dan Hasyim bin Abdul Malik (724-743M). Begitu juga dengan dizaman Bani Abbasiyah terdapat 55 orang raja namun yang paling gemilang adalah Khalifah Harun Ar-Rasyid. Kedua-dua empayar Islam ini juga bergelut dengan masalah korupsi dan pemerintahan yang thagut yang pada akhirnya menyebabkan keruntuhannya.
Di awal artikel ini saya mengatakan bahawa sistem memilih pemimpin yang PALING IDEAL hanya satu iaitu pemerintah yang dipilih melalui majlis syura yang dianggotai oleh orang-orang berkelayakan iaitu  alim (beragama) dan ulama (bijaksana) di dalam masyarakat. Beginilah keadaannya pemimpin dipilih di zaman khalifah ar-rashidin. Apabila telah dipersetujui individu yang akan menjadi khalifah tersebut maka kesemua ketua-ketua kumpulan dalam masyarakat akat berbai'ah taat setia kepadanya selagimana dia melaksanakan amal maaruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).

Firman Allah:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka mengajak kepada kebaikan dan mecegah daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)
Semasa kami menerbitkan pendapat kami (iaitu Watchers Malaysia) mengenai perkara ini pada 2008 di dalam forum no. #16678 bertarikh 19 November 2008, terdapat tiga ahli Watchers International yang non-muslim (dari US dan Britain) yang secara berhemah mempertikaikan pendapat kami atas alasan bahawa kaedah memilih pemimpin seperti diamalkan 1400 tahun yang lalu tidak semestinya sesuai pada zaman moden ini. Mereka berhujah bahawa tiada sebarang asas bagi membuktikan bahawa sistem memilih pemimpin melalui majlis syura boleh menjamin stabiliti berkerajaan.

Maka kami pada waktu itu kami pun memberitahu mereka bahawa sistem melantik pemimpin melalui konsep syura telahpun dibuktikan berkesan di zaman moden ini. Ini kerana terdapat satu organisasi antarabangsa dan satu negara kuasa besar yang telah meniru sepenuhnya konsep syura dan telah terbukti kestabilan organisasi dan negara tersebut semenjak beratus tahun yang lalu. 


TAHUKAH ANDA SIAPAKAN ORGANISASI DAN NEGARA YANG KAMI MAKSUDKAN INI?


"Organisasi antarabangsa" yang melantik pemimpin mereka meniru konsep syura di zaman khalifah ar-rashidin adalah tidak lain tidak bukan musuh terbesar kita umat islam iaitu orginasasi rahsia ILLUMINATI itu sendiri.

Manakala negara yang melantik pemimpin negara meniru konsep syura adalah juga musuh besar kita iaitu para JESUIT di Vatican.

Sepertimana yang anda tahu, Vatican adalah secara teknikalnya sebuah negara berdaulat yang mana ketua negaranya adalah Pope. Pihak Vatican tidak melaksanakan sistem demokrasi dimana rakyat vatican semua turun mengundi, sebaliknya Pope dipilih di dalam satu sidang yang dinamakan 'Papal Conclave' dimana ketua-ketua paderi (kira macam alim ulamak kristianlah ni) yang berpangkat 'Cardinals' akan datang dari seluruh dunia untuk berbincang sesama mereka dan berhujah siapakan yang paling layak diangkat menjadi Pope. Selepas itu barulah para cardinals dikurung didalam gereja Sistine Chapel untuk mengundi sehingga konklusif keputusan undian.

Begitu juga dengan gereja Illuminati. Ketua Paderi dikalangan penyembah setan ini melaksanakan perkara yang persis serupa dengan Vatican. Malahan pernah dikatakan bahawa proses itu berlaku ruang rahsia '13 catacombs' yang berada di bawah tanah Vatican.

Sila ambil perhatian bahawa pemilihan pemimpin melalui konsep syura telah dilakukan dizaman khalifah ar-rashidin 1400 tahun yang lalu. Sistem 'papal conclave' pula hanya bermula 900 tahun yang lalu. Itu saja sudah cukup untuk membuktikan  siapa yang meniru siapa.
 

Semenjak para Pope dilantik oleh para cardinals didalam 'papal conclave', ternyata sistem ini telah memberikan kestabilan kepada kerajaan Vatican untuk memerintah negara dan seterusnya mengembangkan ajaran agama kristian. Tiada tunjuk perasaan di jalanan, atau demo BERSIH, atau demo Reformasi, atau pemberontakan ala-ala Arab Spring pernah berlaku di Vatican.

Perkara yang sama turut berlaku kepada ILLUMINATI yang juga mengunakan konsep syura versi mereka dimana hanya pangkat tertinggi di dalam herarki 33 degree yang menghadiri proses memilih pemimpin. ILLUMINATI terus berkembang dan kini hampir menguasai dunia walaupun hanya diorganisasikan secara teratur semenjak tahun 1776.

Keyakinan kami kepada pemilihan pemimpin secara syura semakin teguh apabila kami memprofilkan cara Imam Mahadi dilantik. Imam Mahadi bukannya dilantik secara demokrasi melalui peti undi. Imam Mahadi dikejar keliling Kaabah oleh sembilan orang alim yang kemudian memaksa beliau menerima jawatan Imam sebelum mereka kemudiannya berbai'ah kepadanya.

Ciri ciri kejadian dimana khalifah pada awalnya berat hati dilantik sebagai khalifah sehingga terpaksa dipujuk dan dipaksa, kemudian dilantik oleh hanya segolongan alim ulamak dan kemudian dilakukan bai'ah adalah ciri-ciri kejadian yang telah berlaku ke atas kesemua keempat-empat khulafa ar-Rashidin selepas wafatnya Rasulullah. Oleh itu jelas bahawa Allah sendiri telah mentakdirkan Imam Mahadi itu sendiri dilantik melalui konsep syura.

Saya akan berhenti menulis sekarang sebab artikel ini kalau semakin panjang, maka semakin sikit pembacanya (dan semakin banyak pengkirtiknya). Saya berharap apa yang disampaikan secara ringkas di sini dapat difahami oleh para pembaca budiman (tak kiralah samada setuju atau tidak dengan saya).

Secara ringkasnya ingin saya beritahu juga bahawa :-

Kami di Watchers Group memang pro-sistem kekhalifahan tapi dengan syarat ianya adalah sistem memilih pemerintah sepertimana khalifah ar-Rashidin kerana inilah cara memilih pemerintah yang PALING IDEAL.

Sebarang konsep lain selain dari khalifah ar-Rahshidin tak kiralah sistem demokrasi moden atau sistem beraja seperti dizaman abbasiyah / umayyah, juga boleh digunakan ke arah kebaikan iaitu bergantung kepada keikhlasan pemimpin menegakkan amal maruf nahi mungkar dan keberanian masyarakat menegur atau mempengaruhi pemimpin agar memimpin secara berhemah.

Mana-mana individu sinting yang masuk bakul angkat sendiri dan mengistiharkan di Facebook bahawa dia adalah raja atau sultan dari empayar melayu lama - kononnya dialah bakal khalifah Islam sedangkan dia tidak pun dipilih melalui proses syura - maka lebih baik 'block' atau 'unfriend' dia dari akaun Facebook anda.

Sementara menunggu Imam Mahadi dibai'ahkan, maka sebaiknya kita orang Islam berusaha dulu mempertahankan ad-Din kita daripada serangan para musuh Islam yang mempromosi pluralism, liberalism dan LBGT.

Dan akhir sekali.. Pergunakanlah UMNO.. TOLONGLAH BAH turun mengundi.. Terutama sesiapa yang pernah membaca artikel saya bertajuk "WHAT IF", tentunya faham mengapa saya desperate sangat tak nak NWO muncul di Malaysia. Kesian laa kat budan-budak tu..



No comments

Post a Comment

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”