Tuesday, April 2, 2013

Sheik Maqsoud: FSA penggal kepala 'ulama Sunni & merogol gadis-gadis Kristian

Menurut laporan 30 Mac, para militan Free Syrian Army memenggal kepala Sheik Hassan Seif Addin, ... thumbnail 1 summary

Menurut laporan 30 Mac, para militan Free Syrian Army memenggal kepala Sheik Hassan Seif Addin, seorang lagi ‘ulama Sunni di sebuah bandar di utara Aleppo. Mereka mencincang badan beliau dan mengheret mayatnya sepanjang jalan bandar Sheik Maqsoud.

Mereka kemudiannya menggantung kepala almarhum Sheikh Hassan Seif Addin di atas menara masjid tempat beliau biasa mengajar dan berkhutbah. Beliau merupakan salah seorang ‘ulama Sunni yang lantang bersuara menentang keganasan.

Krisis di bandar Sheik Maqsoud bermula apabila sekumpulan puak Kurd mula meninggalkan posisi mereka setelah mencapai kata persetujuan dengan Turki. Ini tidak pula bermakna semua puak Kurd telah berpaling tadah, namun tindakan segelintir yang terbabit di utara Aleppo ini telah memberi ruang untuk puak militan Free Syrian Army masuk dan melakukan kemusnahan.

Laporan yang diterima pada hari-hari yang berikutan tentang tahap keganasan yang dilakukan sangatlah menyayat hati. Ramai gadis-gadis Kristian di bandar tersebut telah diculik dan dirogol oleh pengganas militan FSA tanpa belas kasihan.

Mereka melaungkan takbir 3 kali sebelum mula merogol gadis-gadis Kristian yang tidak bersalah itu.

Kalau sebelum ini mereka biasa melaungkan takbir sebelum menyamun dan merompak kedai-kedai yang disasarkan, kini kegilaan yang diterima dari fatwa 'ulama-'ulama Wahhabi yang radikal mengambil bentuk kekejaman dan kezaliman yang baru.

Para penduduk bandar Sheik Maqsoud tidak henti-henti meninggalkan tempat tinggal mereka kerana ketakutan dan ada yang bertempiaran lari tanpa sebarang kenderaan.

Keganasan yang tidak berperikemanusian terus memuncak sambil mereka bersedia untuk menawan pula bandar AlMidan yang berhampiran. Semoga ALLAH SWT selamatkan bumi Syria..


"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”