Friday, April 19, 2013

SINGAPORE: GO DIE

ZAHID LU BUAT REJA LEKLOK SKET NA.. Mashaa-Allah Zahid oii! Lu baru nak bunyik??? Ora... thumbnail 1 summary






ZAHID LU BUAT REJA LEKLOK SKET NA..

Mashaa-Allah Zahid oii! Lu baru nak bunyik??? Orang lama dah sound. Kadang-kadang la memang aku cukup tak faham dengan ampa ni.. Dak.. Bukan aku tak faham, saja aku kata tak faham. Memang ramai sangat "sleepers" kat dalam nun, paseitu jadi hancoq suma. Terhegeh-hegeh la si Najib sorang-sorang aku tengok ke sana sini. Ampa yang len ni buat apa, aku lagi tak tahu. Ang buat reja leklok lah sket oi Zahid, naseb beik aku bukan golongan elit macam ampa. Tak kalu no 1 aku tebaih ang dulu. Orang tarak det kalu, dia masuk cara tarak det style Sulug kat Sabah nu (Walau kot belakang depa, orang ada duit gak up..)

Orang banyak det kalu, dia masuk style banyak det belah Johor nu. Lu Menteri, takkan lu tak paham kot Zahid? La ni baru ang nak tehegeh-hegeh bunyik ka? Memang baguih sungguh lah ang ni Zahid. Tapi asal usul ang pon bukan orang tak ingat pon.
_________________________________

Zahid Hamidi : Unsur Campur Tangan Asing Terhadap Politik Johor

JOHOR BAHARU – Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat unsur campur tangan dari negara luar untuk menggagalkan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Tanpa menyebut sebarang nama, Zahid berkata pihak berkenaan didapati cukup berazam memastikan pembangkang di Johor menang dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan dilangsungkan pada 5 Mei nanti.

“Sehubungan itu, amat penting kita pastikan kemenangan dengan majoriti dua pertiga untuk buktikan kita menolak campur tangan asing terhadap politik Johor dan Malaysia.

“Sebab negara ini adalah acuan kita, dan kita sama sekali tidak mahu campur tangan asing dalam politik negara ini,” katanya ketika berucap semasa pertemuan dengan jentera BN Parlimen Kulai di sini Khamis.

Katanya pembangkang kini mula tertumpu ke Johor kerana ingin menjadikannya sebagai tapak baharu untuk memperluaskan kuasa mereka dengan meletakkan pemimpin besar mereka.

Ahmad Zahid berkata ia juga antara usaha pembangkang yang mahu melihat ‘hang government’ sekiranya mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan BN di peringkat nasional supaya kerajaan tidak boleh dibentuk.

Menurutnya jika kerajaan BN gagal mendapat majoriti dua pertiga, ia akan menyukarkan kerajaan untuk membuat sebarang keputusan dalam pentadbiran negara.

“Kalau tidak dapat dua pertiga bagaimana nak tadbir negara. Kita tidak dapat pinda perlembagaan negara, kena berunding (dengan pembangkang) yang tentu melibatkan pelbagai syarat,” katanya.

Dalam sidang media di majlis berasingan, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana indidividu dari luar yang cuba mencampuri urusan politik negara.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Konsul Besar Singapura di Johor Bahru semalam bahawa kereta berdaftar Singapura yang memasuki Johor dengan memasang logo menyokong kempen sebuah parti politik di Malaysia merupakan tindakan individu yang kewarganegaraan mereka tidak jelas.

Sementara itu, beliau mengingatkan mana-mana calon BN yang menang dalam PRU13 nanti supaya tidak angkuh dan sombong selepas ini kerana kemenangan mereka bukan disebabkan faktor individu tetapi faktor parti.

“Saya ingin ingatkan, calon hanyalah lambang parti, kalau menang jangan berlagak, kemenangan bukan disebabkan anda hebat, tetapi jentera hebat,” katanya – Bernama

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”