Thursday, April 18, 2013

FINANCIAL TIMES: ANWAR PAKATAN DELUSIONAL vs BARISAN NASIONAL

Amaran Kerajaan Malaysia Barisan Nasional: Sebelum anda membaca artikel ini, pastikan pintu dan s... thumbnail 1 summary

Amaran Kerajaan Malaysia Barisan Nasional: Sebelum anda membaca artikel ini, pastikan pintu dan semua tingkap anda dikunci. Anda mungkin ditembak mati dengan kejam.

_______________________

ACTION!

Anwar Ibrahim hentam Malaysia habis-habisan di kacamata dunia sekali lagi. Malaysia digambarkan sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem "demokrasi palsu". Tentunya suatu naratif yang memalukan negara....

Sebuah sistem "pseudo demokrasi" yang kelam lagi sentiasa memburu beliau. Sebuah negara diktatorial dimana menurut Simon Kuper, " Di Malaysia, beliau sentiasa diburu kebimbangan tentang risiko samada diintip atau dibunuh....."

Ok sat! Stop. Subteks pada keseluruhan wawancara ini sebenarnya tidak memalukan Malaysia.

Kemungkinan dibunuh? ( I can't "brain" this..)

Saya ubah pendirian. Saya rasa wawancara "paranoid" ini lebih mengaibkan diri beliau sendiri.

_______________________

SAKIT

Anwar Ibrahim. Seorang "pemimpin" yang kadangkala tampak sebagai seorang pesakit delusi.. Ubah pendirian. Saya memang yakin beliau sakit. Wawancara dengan Simon Kuper dari Financial Times membuktikan prasangka saya.

Malah saya lebih selesa dengan pengistilahan kepimpinan beliau sebagai:

Pemimpin Pakatan Parti Delusional vs Barisan Nasional.

Sesuai... Pemimpin Delusional.

Saya pernah berprasangka beliau mengalami Sindrom Auta Kompulsif.

Kini saya rasa beliau berpenyakit Gangguan Kronik Delusional Bersiri.

Sindrom pemerdayaan, penipuan, khayalan, kuat berangan.

Banyak "main".  Suka "enjoy".

Saya rasa bimbang tentang Anwar Ibrahim. Gaya hidupnya lebih mirip seorang "playboy melepasi tarikh luput" daripada seorang pemimpin yang disegani.

Anda cuba bayangkan Hugh Hefner. Ubah sedikit kecenderungan seksual. Cuba tambah referensi biseksualiti. Ok. Mantap.

Hobi beliau menghentam Malaysia di kacamata dunia. Hobi luar tabi'e? Abaikan buat masa ini.

Kadangkala beliau kelihatan begitu ranggi tak kena gaya. Terkinja-kinja ke sana sini.

Gedik.

Menari-nari. Menyanyi nyanyi. Seorang pemimpin pro LBGT yang gedik dan delusional.

Soalnya. Apa sudah jadi pada Anwar Ibrahim? Entah.

_______________________

PERWATAKAN DAN "BACKDROP" WAWANCARA
Banyak perwatakan, karekter lakonan 'role-play"nya. Sembang deraih. Bengkeng. Dengan wartawan (kalau anda wartawan pro-gomen. Ok dak, UTUSAN senang cerita "direct-to-the -point!"), jangan anda sebarangan bertanya. Mesti kena tempelak.

Jangan sesekali anda ulang. You ulang, dia saman.

Namun. Beliau sangat mesra alam dengan wartawan asing. Lebih-lebih lagi kalau wartawan Jew seperti Simon Kuper. Seorang penganut Judaism, beberapa tulisan Kuper turut tersiar di dalam Jewish Chronicle sebelum ini.

Financial Times baru-baru ini telah menyiarkan sebuah kisah tentang Malaysia menurut perspektif delusional Anwar Ibrahim, ditulis oleh beliau, Simon Kuper, seorang kolumnis bahagian meja Sukan...

Huh? "Excuse me"?

Kolumnis sukan? Ingat. Katakunci kita. Delusional...

Wawancaranya dengan Anwar Ibrahim di sebuah hotel mewah, bukan calang-calang punya hotel.

Hotel Bristol di Paris, Perancis.

"High taste Bro.."

Wawancara politik. Pilihanraya sudah hampir. Tema RAKYAT RAKYAT RAKYAT.... Wawancara di mana?

Paris. Katakunci? Delusi...

_______________________

ANDAIAN UJIAN MESIN POLIGRAFIK

Secara awam orang yang berhadapan pesakit delusi semacam ini akan nampak nyata, hal ini disebabkan raut wajahnya yang begitu menyakinkan sehingga orang akan mempercayai dengan apa yang diucapkan oleh individu dengan gangguan delusi tersebut.

Subjek akan kelihatan normal selama tema episod berkenaan itu berlangsung. Naratifnya mengenai sesuatu peristiwa yang sama, pada masa yang lain, menjadi naratif yang sangat berbeza. Kadangkala anda menjadi "blur".  Eh dah lain plak jalan cerita. Bukan tu ari laguni, lagumana boleh jadi lagutu????

Mungkin bab kelentong dan goreng cerita ini bagi beliau sudah jadi "second nature". Mungkin beliau sudah menghafal segala tipudaya dan khayalannya berulang-ulang kali sehingga beliau sendiri mempercayainya.

Saya pernah tengok beliau membuat lawak dan menyindir tentang tuduhan-tuduhan yang mendakwa beliau seorang agen rahsia ala secret agent 007. Kini melalui teknik delusional nya beliau benar-benar meyakini bahawa beliau Secret Agent 007.

Mungkin kalau anda suruh beliau menipu dan menjalani ujian mesin  poligraf. Nescaya beliau akan lulus ujian menipu mesin poligraf tersebut.

Pegawai ujian: Adakah anda Anwar Ibrahim?
Anwar Ibrahim: Tidak.
Mesin poligraf pengesan tipu: LULUS.

Sebagai seorang yang delusional beliau mungkin telah menguasai seni menipudaya kerana kuncinya terletak pada kehebatan beliau menipu hatta dirinya sendiri sehingga dia akan mempercayainya sebagai benar....

_______________________

KONTEKS: CONTOH-CONTOH DELUSI

Delusion of grandiose; Pesakit mempercayai bahwa ia mempunyai pengetahuan yang lebih, bakat, insight, kekuatan, kepercayaan orang, atau mempunyai hubungan khusus dengan orang terkenal bahkan Tuhan sekalipun.

Delusion of persecutory; Pesakit mempercayai bahwa dirinya selalu ditipu, dimata-matai, diintai, diikuti, difitnah dan tidak mempercayai orang lain...

Delusion of influence; Pesakit merasa dirinya dipengaruhi oleh sesuatu kekuatan dari luar dirinya..

Delusion of passivity; dimana subjek dalam ketidaberdayaan, merasa dirinya sebagai orang paling malang, semalang-malangnya...

Delusion of perception; pengalaman dalaman yang berkenan dengan kehebatan mistik atau mukjizat... atau kebolehan secret agent. Sepai. 007. (Kenyit mata). 

 _______________________

WAWANCARA: BABAK I

Sambung kembali pada wawancara Simon Kuper dengan Anwar Ibrahim.

Entah kenapa seorang kolumnis sukan mewawancara ahli politik pembangkang Malaysia adalah satu misteri yang tersendiri.  Kenapakah seorang ahli politik tegar perlu melawat Paris ketika demam pilihanraya begitu hangat di negaranya, adalah satu lagi misteri.

Itu belum lagi disebut tentang tanggungan perbelanjaan semata-mata untuk lawatan tersebut.

Oh lupa...  Sebagai seorang Secret Agen 007 ( <<<<-------DELUSIONAL )pastinya agenda beliau di Paris itu pelbagai...

Wawancara bermula dengan sebaris lagu lama, yang dinyanyikan oleh Anwar di mana jika kita tidak mengenali beliau, maka kita mungkin menyangka yang Kuper sebenarnya mewawancara seorang penyanyi.

"Excuse me"? Wawancara dengan seorang "BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA", dimulai dengan sebuah NYANYIAN???? Ok. Delusional.

Tetapi, bagi yang mengenali Anwar, ‘seorang pelakon’ adalah lebih tepat untuk menggambarkan dirinya.

Kuper tidak bertanyakan Anwar tentang ‘sepak-takraw’ atau ‘silat’ atau mengenai sukan lain di Malaysia, tetapi membawa pembaca kepada sebuah kisah dongeng dari seorang yang selamanya menjadi ‘bakal Perdana Menteri Malaysia’.

Untuk Kuper, Anwar membuatkan kisahnya seolah-olah beliau seorang mangsa penganiayaan yang telah dihumban ke dalam penjara bawah tanah Alcatraz.

‘Kurungan Pengasingan’ adalah ayat yang digunakan untuk menggambarkan kehidupan di penjara Malaysia selama 6 tahun atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa.

'Menyanyi’ merupakan satu-satunya cara untuk menenangkan diri dan kerana itulah beliau gemar menyanyi, katanya.

Tentu sekali, Anwar menafikan semua tuduhan walaupun ketiga-tiga hakim dari Mahkamah Rayuan telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka yakin Anwar bersalah tetapi terpaksa melepaskan beliau kerana mangsa yang masih trauma dan takut, telah tidak dapat mengingati tarikh jenayah berlaku dengan tepat.

Ingatlah bahawa Anwar sebelum itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang mempunyai kawalan ke atas polis dan pihak berkuasa yang lain.

Pastinya Kuper telah terlepas pandang akan surat-surat, tulisan dan pesanan yang dihantar oleh Anwar kepada dunia luar dari dalam ‘kurungan pengasingannya’.

Kerananya, kerajaan Malaysia pada ketika itu terpaksa berhadapan dengan berbagai tekanan dari barat yang percaya, atau memilih untuk percaya bahawa Anwar tidak bersalah. Pun begitu, suaranya tidak pernah disekat dan beliau bebas berkata apa sahaja yang beliau suka.

Jelas, Anwar telah tidak menyebut fakta bahawa beliau ditempatkan dalam ‘sel kelas pertama’ dengan keistimewaan ‘tukang urut ‘on-call’’ bagi memastikan beliau sentiasa ‘sihat’ ketika di penjara.

Anwar juga menggambarkan dirinya sebagai seorang cendiakawan dengan memberitahu Kuper bahawa beliau menjadi seorang yang banyak membaca ketika di penjara.

Antara lain beliau membaca Injil, Lao Tse, Shakespeares dan bermacam-macam lagi.

Quran? Rujuk "under" macam-macam lagi.

Selain dari butiran yang menarik ini, mana-mana wartawan politik yang lain pasti akan merasakan keseluruhan wawancara tersebut adalah hambar atau "predictable" dari seorang yang delusional seperti Anwar Ibrahim.  Tetapi, pastinya tidak begitu bagi seorang wartawan sukan seperti Kuper.....

Wawancara tersebut ternyata hanya berkisar dari kisah yang sama di mana Anwar menuduh Malaysia sebagai mengamalkan demokrasi olok-olok dan bahawa Ketuanan Melayu adalah masalah utama bagi negara ini.  Cuma, pada kali ini Anwar menambah sedikit lagi iaitu kononnya semua pesalah di penjara Malaysia disiksa.

Sebolehnya, Anwar menggambarkan Malaysia sebagai terkebelakang, tidak bertamadun, kejam, tidak demokratik dan korup serta berada dalam kemiskinan dan ketidakstabilan selamanya.

_______________________

WAWANCARA: BABAK II & PRETEKS

Menurut Anwar, kata Kuper, "Di Malaysia beliau bimbang mengenai kemungkinan diintip atau dibunuh," manakala "di luar negara beliau rasa lebih bebas". Oh memanglah sebab tu rajin terbang ke sana sini dan layan restoran elit. Kali terakhir pertemuannya dengan Financial Times di ambang tahun 2012 di sebuah tempat makan elit di Mumbai.

Anwar memberitahu Kuper Malaysia mengamalkan sistem demokrasi palsu tanpa pula menambah fakta bahawa di PRU12 pakatan pembangkan beliau menang 5 negeri dan berjaya menghalang Kerajaan memerintah dari beroleh majoriti dua pertiga.

Masalah dengan media global ialah mereka sengaja memberi laluan mudah kepadanya. Anwar memberitahu Financial Times, beliau melihat polemik ketuanan Melayu merupakan suatu masalah besar, namun tampak jelas bahawa manifesto Pakatan sendiri tidak pula menjelaskan bagaimana cara untuk memansuhkannya. Sudah tentu penjelasan sedemikian akan merisikokan undian bagi pihak mereka dan Financial Times tidak pula menangkap isu tersebut.

Cara Anwar bercakap kepada dunia mengenai Malaysia melalui media yang bias terhadapnya itu sangatlah memalukan. Beliau langsung tidak peduli bahawa beliau memberi konotasi yang sangat negatif mengenai negara tanah tumpah darahnya sendiri sebagai sebuah negara berdasarkan rejim diktatorial yang teramat kejam.

Apa yang penting baginya ialah delusi kisah sedihnya yang sudah tidak laku lagi di Malaysia namun mampu meraih "makan percuma" di luar negara.

Cara Anwar memposisikan ego serta pendiriannya ini sebenarnya sangat mencurigakan. Kisah-kisah fantasi dan khayalan tentang kemungkinan beliau dibunuh itu semua sebenarnya adalah semata-mata sebahagian daripada suatu preteks pada naratif kekalahan yang bakal beliau hadapi kelak di PRU13 supaya kelihatan sebagai hasil tangan sebuah rejim yang kejam dan beragenda sulit.

Malah beliau sempat lagi menyelitkan inferensi bernada konspirasi jahat terhadap elemen-elemen pembunuh upahan kerajaan Malaysia dengan berkata, "semua penentangan terhadap Shah (Iran) dan Putin telah dibunuh di London," katanya kepada Kuper.

Alangkah sakit jiwa Anwar Ibrahim ini!

_______________________

WAWANCARA: BABAK III

Bukanlah Anwar Ibrahim namanya jika beliau tidak turut menokok tambah kisah drama aksi ala filem Hollywood tentang dirinya dipasang pepijat dan mungkin dibunuh pada bila-bila masa sahaja..

Tentu sekali juga, Anwar sengaja tidak menyebut tentang bagaimana beliau telah menjelajah ke seluruh pelusuk kampung dan bandar untuk berkempen dan berceramah sepanjang masa.

Malah, beliau juga pernah menggunakan kenderaan awam, kononnya untuk meninjau keadaan rakyat sebagaimana seorang Perdana Menteri beraksi dalam program mendekati rakyat.

Dalam semua siri jelajah, ceramah dan tinjauan itu, tiada satu pun percubaan untuk menyepak kakinya agar tersungkur, apatah lagi membunuhnya.  Namun, Anwar terus hidup dalam imaginasinya kononnya beliau adalah seorang yang paling berpengaruh di dunia.

Oleh itu, beliau akan menggunakan begitu ramai pengawal peribadi pada bila-bila masa beliau terasa ingin menunjuk-nunjuk....!

Hakikatnya, Malaysia langsung tidak sepertimana yang digambarkan Anwar.  Negara ini sentiasa aman sehingga dicemburui oleh jiran-jirannya serta dicontohi oleh negara bermasyarakat majmuk yang lain.

Ekonomi negara juga kekal kukuh dan rakyat cukup gembira dengan transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Justeru, mungkin Kuper belum lagi menyedarinya, iaitu bahawa Anwar adalah seorang yang ‘sakit’.  Dari cara beliau merujuk kepada ‘Ghandi’, ‘Mandela’ dan ‘Suu Kyii’ sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau sebenarnya delusional. Beliau nampaknya benar-benar percaya yang beliau layak berada dalam liga yang sama dengan para lagenda tersebut.

Akhir-akhir ini beberapa media barat sudah mula menyedari hakikat ketidakstabilan karikatur Anwar.  Pernah sebuah media barat menggelarnya sesumpah kerana sering berubah pendirian dan sikap bergantung kepada siapa di sekelilingnya.

Kerana itu, hari ini kita boleh mendapati senarai sekurang-kurangnya ratusan orang yang rapat dengannya yang telah meninggalkannya. Mereka juga mengakui telah tertipu dan terpedaya dengan dongeng dan lakonannya.

Antara mereka termasuklah peguam-peguamnya, pembantu-pembantunya, rakan-rakan karibnya dan juga penyokong tegarnya.

_______________________ 

WAWANCARA: BABAK IV

Anwar memberitahu Kuper bahawa beliau datang dari keluarga biasa.  Beliau memanggil jiran bukan Melayunya sebagai ‘uncle’ atau ‘auntie’ sebelum menyertai persatuan pelajar Islam di Universiti dan kemudiannya UMNO.  Ini diceritakan bagi menunjukkan sifat beliau yang tidak rasis.

HELLLLLooOOOooo!!! Panggil jiran bukan Melayunya sebagai "Uncle" atau "Auntie", pun nak cerita kah? Kes berat.

Untuk pengetahuan Kuper, semua orang Malaysia memanggil jiran bukan Melayu mereka yang lebih tua sebagai ‘uncle’ atau ‘auntie’.  Ia merupakan budaya negara ini dan tiada apa-apa yang signifikan tentangnya lagi.

Sebaliknya, Anwarlah yang sebanarnya memperkenalkan perkauman di kalangan komuniti Melayu ketika beliau memegang jawatan Mengeri Pelajaran.

Beliau juga yang memperkenalkan baju kurung dan tudung sebagai seragam sekolah bagi mewujudkan ruang pemisahan antara Melayu dan bukan Melayu.  Sehingga ke hari ini, kenyataannya yang bersifat prejudis terhadap kaum Cina di awal tahun 80an masih tersimpan kemas dan boleh dicapai di Youtube. 

Hakikatnya, beliau dijemput ke dalam UMNO bagi mengimbangi ektremisme dan rasisme PAS pada ketika itu.

Anwar juga mengkritik DEB kononnya ia menyebabkan yang kaya semakin kaya, iaitu orang-orang UMNO.

Jika Kuper membuat sedikit penyelidikan sebelum menemui Anwar, tentu beliau boleh bertanyakan Awnar bagaimana DEB menguntungkan bapanya, abangnya, kakak dan adiknya, rakan-rakannya termasuk teman-teman tidurnya sehinggakan kesemua mereka menjadi kaya sekelip mata apabila beliau menjadi Menteri Kewangan.....

Jika ia merupakan satu polisi yang buruk yang membawa kepada korupsi, nepotisme dan kronisme, maka ia adalah kerana Anwar yang mempeloporinya.

Oleh itu, rakyat Malaysia tidak mungkin menggelar Anwar sebagai Bapa Politik Wang jika beliau bukan ‘pengasas’nya.

Jika Kuper membuat sedikit penyelidikan juga, beliau pasti tahu bahawa pembangkang di Malaysia telah memenangi 4 negeri dalam pilihanraya yang lepas, iaitu prestasi terburuk Barisan Nasional.

BN juga tidak pernah memenangi Kelantan sejak 20 tahun lalu.

Jika BN begitu korup dan mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas media, sistem kehakiman, polis dan segala-galanya, maka tidak mungkin parti ini akan mengalami keadaan yang dipanggil ‘prestasi terburuk’ itu.

Tidak mungkin Anwar akan terlepas dari dakwaan?  Atau lebih dari itu, kenapa BN harus membiarkan Anwar hidup begitu lama...?  Kenapa tidak dibunuh saja sejak 15 tahun lalu daripada membiarkan beliau mengganggu, mengacau dan menyusahkan kerajaan setiap hari...?

Pendek kata, jika BN begitu kejam dan berkuasa, kenapa tidak ‘diselesaikan’ sahaja Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi...?

Apapun, kita faham, bagi seorang wartawan sukan, Kuper tidak mungkin mampu bertanyakan soalan-soalan tersebut. Tetapi, kita pasti, dalam beberapa tahun lagi, seperti juga semua wartawan lain, Kuper akan mula menyedari bahawa beliau telah sebenarnya mewawancara seorang yang ‘sakit’ dan ‘delusional’ akibat tidak dapat menerima hakikat kegagalan menjadi Perdana Menteri.


_______________________

WAWANCARA: PENUTUP TIRAI

Andaian penutup bicara saya. Soalan saya kepada Anwar Ibrahim dan Simon Kuper.

"Did you guys slept together that night?"

Soalan jewww... Nak saman letteww. I tak ulang lewww...

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”