Friday, January 30, 2015

Thursday, January 29, 2015

"IMAM MAHDI" NUSANTARA

Mai dah Imam Mahdi (Nusantara).. Nampaknya sebaik saja kes kemangkatan Raja Saudi, sudah pun timbul "Imam Mahdi Nusantara"... thumbnail 1 summary
Mai dah Imam Mahdi (Nusantara)..


Nampaknya sebaik saja kes kemangkatan Raja Saudi, sudah pun timbul "Imam Mahdi Nusantara" (Medan, Indonesia) seorang.. Ini baru permulaan. Ada sahabat² dah mula buat statemen yang menarik mengenai ini jadi saya akan ulas sedikit nanti. 

HADITS PENGERINGAN SUNGAI FURAT

Pautan entri asal ini bertarikh 13 Julai 2014: https://www.facebook.com/notes/539324612856203/ Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa ... thumbnail 1 summary
Pautan entri asal ini bertarikh 13 Julai 2014:

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: Hari Kiamat tidak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan gunung emas yang mendorong manusia berperang. Sebanyak 99 daripada 100 orang akan terbunuh (dalam pertempuran) dan setiap daripada mereka berkata, Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup. (Hadits Riwayat Bukhari).

Tuesday, January 27, 2015

KEMATIAN RAJA ABDULLAH PEMICU HADITS TSAUBAN

**Makluman: Entri ini belum lengkap dan sedang dikemaskini** #trigger #jaminan #2016 #pemicu - Al Faedah, Grup Anti Konspirasi (Akhir... thumbnail 1 summary

**Makluman: Entri ini belum lengkap dan sedang dikemaskini**

#trigger #jaminan #2016 #pemicu

- Al Faedah, Grup Anti Konspirasi (Akhir Zaman) - 

FORUM KEMATIAN RAJA ABDULLAH DLM KONTEKS HADITS TSAUBAN 
https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1566407070282817/ 

MENGAPA PANTAU MUSIM HAJJ 
https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1509130906010434/ 

ANTARA KHAIRUL KURUN PERTAMA DAN KHAIRAL QURUN AKHIR ZAMAN 
https://www.facebook.com/notes/alfaedah-ibn-ishaq/antara-khairul-kurun-pertama-dan-khairal-qurun-akhir-zaman/686704508132175

Tiada kepastian bagi kami akan tahun 2016, maka hendaklah kita semua mempersiapkan diri, keluarga dan seluruh ummah dalam menghadapi gelombang-gelombang fitan akhir zaman yang bakal memuncak. 

Darihal memantau pergerakan peristiwa semasa di Arab Saudi dalam konteks Hadits Al 'Alamatus Sa'ah, Riwayat Hadhrat Tsauban Radhiallahu 'anhu berkenaan perebutan khilafat bumi Haramain, lalu mengemaskini pengamatan lalu, berdasarkan fakta-fakta kontekstual, latarbelakang dan pergolakan semasa. 

Seterusnya kita menanti tumbangnya kerajaan boneka pakatan Yahud-Nasrani Zionis Arab Saudi seperti yang sudah diNubuwwatkan dan setelah sekian lama mereka melakukan pengkhianatan keatas seluruh umat Islam dan RasuluLlah Sallallahu'alaihi wa sallam serta Para Sohabah Ridwanullahu 'ajmain.

Saya mula memperhatikan dengan penuh ihtimam akan hadits 'alamatus sa'ah, Nubuwwat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam riwayat Tsauban ini sekitar tahun 2011 dan mula memantau & mendokumentasikan secara spesifik pergolakan geopolitik kerajaan Saudi ketika itu.  - Al Faedah

||||||||||||||  ||||||||||||||

"Aku tidak menjamin tentang tahun itu.." 
- Hadrat Maulana Sa'ad damat barakatuh 

Secebis pesanan dari Hadratji Maulana Sa'ad Sahab. Karguzari dari seorang sahabat: 

"Keluarlah kalian secepat-cepat yang mungkin.. 2013.. 2014 ... 2015.."

 Kemudian Hadrat diam. Kami berkata, "2016 Insyaa Allah kami keluar.."

Lalu Hadrat mengangkat tangan dan berkata, "Aku tidak menjamin tentang tahun itu..".

Kemudian Hadrat tunduk murung, (kelihatan) sedih dan diam. 

Apa maksudnya? Pandangan mata kasyaf ulama-i-kiram. Membuatkan aku terduduk. Demi Allah. Saat itu, seluruh anggotaku menggeletar, sejuk, dan meremang. Allah. Menakutkan. 
- Hafiz Bhai  8.30 pg 16-10-2014, Teluk Mas, Melaka.

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى وَأَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمْ ابْنُ خَلِيفَةٍ ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ فَقَالَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq dari Sufyan At Tsauri dari Khalid bin Al Khadza dari Abu Qilabah dari Abu Asma Ar Rahabi dari Tsauban dia berkata, "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kelak tiga orang akan berperang di perbendaharaan kalian ini (iaitu Ka'bah), dan kesemuanya adalah anak khalifah. Dan tidak ada yang menang melainkan satu orang, lalu muncullah bendera-bendera hitam dari wilayah timur, lantas mereka memerangi kamu (orang Arab) dengan suatu peperangan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu. Jika kalian melihatnya, maka berbaiatlah kepadanya walaupun sambil merangkak di atas salji, karena sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al Mahdi."

Beberapa catatan sebagai peringatan dan rujukan:

Perkara 1. Mereka yang melihat perkara ini dengan pengamatan terhadap fakta-fakta kontekstual dan latarbelakang akan mampu memahami senario yang sedang dilakonlayarkan tanpa perlu menganalisis setiap peristiwa dan percaturan geopolitikal yang bakal memuncak selepas ini. Untuk mengawal entri supaya tidak menjadi terlalu panjang, maka data-data kontekstual dan latarbelakang ini disentuh secara sederhana dan akan dikemaskinikan kemudian dalam bentuk nota-nota pada entri yang berasingan. 

Perkara 2. Mereka yang berterusan cuba memahami peristiwa kemangkatan Raja Abdullah ini dalam kerangka percaturan konflik geostrategi politik dunia yang berselirat akan terus terbuai dan terjebak dalam jerangkap-jerangkap samar para pemain dan pelakon pentas geopolitik dunia yang tidak lebih merupakan agentur dan buah-buah bidak kuasa-kuasa satanik yang tersembunyi di balik tabir.

Sebarang kesilapan yang dilakukan seperti memihak kepada kepentingan-kepentingan tertentu dalam susunan konflik yang berselirat itu bakal menghasilkan lebih banyak kekeliruan dan membawa padah sehingga tidak mengenali oleh mereka ini akan pendokong-pendokong kebenaran yang hakiki. Dengan yang demikian saya tidak akan menyentuh banyak mengenai rentetan konflik yang bersifat geopolitikal yang bakal menyusul di Arab Saudi kerana ia merupakan hijab untuk menambah pada kesesatan, kekeliruan dan fitan atas ummah. 

Perkara 3. Manakala mereka yang melihat dengan pandangan matahati yang tembus dan basiroh, maka mereka samasekali tidak berkeperluan kepada sebarang analisis kontekstual maupun latarbelakang kerana mereka mengenal ciri-ciri pendokong kebenaran secara otomatis. 

Perkara 4. Oleh itu maksud dari artikel ini ialah memperjelaskan naratif pada kadar manasabah supaya sealiran dan muafakat dengan naratif basiroh agar kita mengenal ciri-ciri perjuangan yang sebenarnya dan berada pada jalan penyelesaian yang tepat, lalu segera keluar dari percaturan konflik-konflik yang kesemuanya disusun berteraskan pada kepentingan-kepentingan geopolitik sistem mufsidun sebagai persediaan bagi kedatangan dajjal laknatullah.

Perkara 5. Nota #1: Nama Arab Saudi berasal dari dinasti Al-Saud
http://www.bharian.com.my/node/31058

Perkara 6. Nota #2: Mengapakah seorang Raja yang digelar sebagai Penjaga Dua Tanah Suci tidak disolatkan & dikuburkan janazahnya di Haramain?

Memahami rasional di balik mengapa tradisi keluarga Al Saud sememangnya menjadikan Riyadh sebagai pusat pengkebumian Raja-Raja Saudi melalui konspirasi kuasa Barat Mufsidun menghancurkan Islam dari dalam akar umbinya (bumi Haramain) sendiri melalui Arab Saudi sebagai kuda tunggangan utama mereka:

(i) Pendedahan & dakwaan keluarga Al Saud berketurunan Yahudi.

Asal Usul Yahudi Dinasti Saudi–Wahabi
http://al-faedah.blogspot.com/2012/01/asal-usul-yahudi-dinasti-saudiwahabi.html

Muat turun teks asal dari sebuah naskah berbahasa Arab berjudul “Aly Sa’ud, Min Aina? Wa Ilaina?” oleh Muhammad Sakher terbitan 3 Rabi’ul Awal 1401 H (1981 M)
https://app.box.com/s/7jqtek5ay2w5ph16dw0hdpei76zcenr9

(ii) Pendedahan data perisikan yang menghubungkaitkan Muhammad ibn Abdul Wahhab, pengasas fahaman Wahhabi (yang dijadikan doktrin utama Dinasti Al Saud) mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Yahud Donmeh. 

Perkara 7. Nota #3: Sistem perlantikan dan penggantian Raja Saudi


Perkara 8. Perebutan kuasa antara keluarga-keluarga dinasti Al Saud:
Konfigurasi 3 pemain utama (berebut jawatan Putera Mahkota atau posisi pengganti de fakto Raja) sudah lama bermula. 


Sadaqa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam. Sesungguhnya benarlah akan kata-kata Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam.

Dari As-Sudayriyyun as-Sabah (Pakatan 7 bersaudara As Sudayri) kepada "Al-Thaluth" (3 bersaudara), menentang yang selainnya. Buat seketika pakatan keluarga As Sudayri merupakan antara pakatan yang paling kukuh dalam jalinan keluarga diRaja Al Saud.

Pakatan 7 Bersaudara As-Sudayriyyūn as-Sabʿah [السديريون السبعة]:


  1. Raja Fahd (1921–2005), Raja Arab Saudi kelima (13 Jun 1982 - 1 Ogos 2005)
  2. Putera Sultan (1929–2011), Menteri Pertahanan (1962-22 Oktober 2011) dan Putera Mahkota (2005-22 Oktober 2011)
  3. Putera Abdul Rahman (lahir 1931), Timbalan Menteri Pertahanan (1978-November 2011)
  4. Putera Nayef (1934–2012), Menteri Dalam Negeri (1975-2012), Timbalan Perdana Menteri I dan Putera Mahkota (27 October 2011-16 June 2012)
  5. Putera Turki (lahir 1934), Timbalan Menteri Pertahanan (1968-78)
  6. Raja Salman (lahir 1935), Gabenur Riyadh (1963-5 November 2011), Menteri Pertahanan (5 November 2011-22 Januari 2015), Putera Mahkota (18 Jun 2012-22 Januari 2015), Raja Arab Saudi ketujuh.
  7. Putera Ahmed (lahir 1942), Timbalan Menteri Dalam Negeri (1975-18 Jun 2012), Menteri Dalam Negeri (18 Jun 2012-5 November 2012)

Teks biru merupakan pakatan 3 bersaudara As Sudayri yang utama yang digelar sebagai As-Sudayriyyun Al Thaluth (yang dikepalai oleh Putera Mahkota Nayef) selepas kematian Raja Fahd pada tahun 2005; Sultan, Nayef dan Salman. Dua dari mereka meninggal dunia dan Salman akhirnya berjaya menjadi Raja menggantikan Raja Abdullah. Baki saudara As Sudayri ini tinggal empat orang sekarang termasuk Raja Salman.

i. Era pemerintahan Raja Fahd menjadi pelengkap kepada penguasaan kelompok As Sudayri. Kaum kerabat mereka memegang jawatan-jawatan penting dan yang melibatkan keselamatan negara. Berbanding dengan kerabat diRaja lain yang berpecah kepada kecenderungan perniagaan, kebanyakan dari kerabat As Sudayri sangat aktif hanya dalam bidang politik.

ii. KONFIGURASI 3: TEAM KELUARGA FAISAL + KELUARGA SUDAYRI LWN KELUARGA SAUD (AQAB)

Pada masa yang sama, sebenarnya Raja Faisal merupakan penyumbang dan penyebab utama kepada kejayaan kelompok As Sudayri beroleh kedudukan yang strategik dan penguasaan kukuh dalam percaturan Istana dan Kerajaan Saudi. Di dalam usahanya untuk menaiki takhta dan merampas kuasa dari Raja Saud, beliau telah menjalin pakatan dengan kelompok 7 bersaudara As Sudayri dan kebergantungannya kepada mereka telah memberi begitu banyak ruang bagi mereka mengorak langkah demi langkah. 

iii. KONFIGURASI 3: TEAM KELUARGA ABDULLAH + KELUARGA FAISAL LWN KELUARGA SUDAYRI

Menjelang penghujung era pemerintahan Raja Fahd, tentangan terhadap status quo As Sudayri diterima dari pakatan antara team Raja Abdullah dengan anak-anak Raja Faisal. Keberhasilan dari pakatan-pakatan ini, Raja Abdullah akhirnya berjaya menaiki takhta dengan kemangkatan Raja Fahd, setelah hampir 1 dekad menjalankan peranan sebagai Raja de fakto sejak Raja Fahd diserang strok tahun 1995.

iv. Walaupun Raja Abdullah telah berjaya mengurangkan pengaruh dan kuasa kelompok As Sudayri, namun beliau tidak berjaya sepenuhnya. Pengaruh As Sudayri ini boleh dilihat pada barisan tiga orang Putera Mahkota As Sudayri utama yang dilantik sendiri oleh Raja Abdullah secara silih berganti. Pertama Putera Mahkota Sultan yang kemudiannya meninggal dunia dan digantikan oleh Putera Mahkota Nayef. Nayef juga meninggal dunia dan digantikan akhirnya dengan Salman.

Pada hakikatnya dinasti Al Saud ini sudah berpecah-belah, usang dan lesu serta banyak dipengaruhi oleh agentur percaturan kuasa dan kepentingan dunia luar sehingga perlu diingatkan bahawa konfigurasi 3 pemain utama ini bukan saja boleh dilihat dari aspek kelompok pakatan keluarga utama yang akan berentap untuk menguasai takhta, malah ia juga kelihatan jelas dalam sesuatu pakatan itu sendiri. Walaupun Sultan, Nayef dan Salman merupakan 3 bersaudara dalam pakatan As Sudayri, namun mereka lebih kelihatan seolah-olah mentadbir kerajaan-kerajaan mereka tersendiri dan  melaksanakan agenda yang saling bertentangan. 

"The aging of the Saudi rulers, and their division, weakens governmental rule, as it seems at times that Abdullah runs one government, and Sultan, Nayef, and Salman, run another-- or even other governments. This diffusion of power is inefficient, and it pits centers of power against each other, resulting in the government's failure to respond well to crisis." (Tony Khater - THE UNITED STATES AS UNWANTED BROKER IN ROYAL SECESSION; IT WANTS BANDAR BIN SULTAN AS CROWN PRINCE (2004) 

Setelah menaiki takhta secara rasmi, Raja Abdullah membentuk Majlis Bai'ah kononnya sebagai wadah perlantikan pengganti diRaja berteraskan "demokrasi". Sayangnya dibawah tekanan kelompok As Sudayri, Raja Abdullah sendiri melanggar kuasa Majlis Bai'ah yang diciptanya. Maka apakah jaminan bahawa Raja Salman yang kini sudah pun menggantikan beliau perlu mengikat diri kepada Majlis Bai'ah yang dibentuk oleh Raja Abdullah? Dengan pembentukan Majlis Bai'ah Keluarga DiRaja Saud ini, hanya 1/5 kerusi Majlis diperuntukkan kepada As Sudayri, yang secara perbandingan jauh lebih rendah dengan nisbah penguasaan keluarga mereka (As Sudayri) terhadap struktur kerajaan Al Saud.

v. Secara teknikal kenaikan Raja Salman sudah boleh dianggap sebagai suatu rampasan kuasa yang terancang 

Bagi mengimbangi kuasa Raja Salman dan penguasaan As Sudayri selepas kemangkatannya, Raja Abdullah telah melantik dan menyusun agar Putera Muqrin secara otomatis berhak keatas jawatan Putera Mahkota. Perhatikan di sini bahawa Muqrin merupakan putera dari keluarga Yamaniah dan merupakan anak didik Raja Abdullah dalam percaturan takhta Al Saud.

Secara teknikalnya ketika Raja Abdullah berada dalam keadaan kritikal, Putera Muqrin masih mempunyai peluang untuk mengatasi perlantikan Raja Salman walaupun Salman merupakan Putera Mahkota yang sah, namun atas sebab keuzuran-keuzuran beliau yang dilaporkan pada tahap kronik, kedudukan beliau boleh terancam dengan sedikit percaturan politik dalaman. Namun kem Sudayri bergegas mengawal situasi pada saat-saat akhir hayat Raja Abdullah. Perpecahan kedua kem ini jelas kelihatan sewaktu kekeliruan dan kelewatan dalam pengisytiharan kemangkatan Raja Abdullah di mana satu pihak ingin seberapa segera menyelesaikan urusan peralihan kuasa, manakala satu kem lagi dalam istana yang berusaha untuk menangguhkan prosedur peralihan takhta.

Namun lihat sekali lagi percaturan kuasa berlaku dengan pantasnya semasa team As Sudayri yang dikepalai oleh Raja Salman bertindak memegang kuasa keRajaan dengan perlantikan keluarga As Sudayri iaitu Putera Muhammad anak kepada Nayef sebagai Timbalan Putera Mahkota sebagai 'counter move' keatas Muqrin, yang walaupun bukan dari kelompok keluarga Abdullah tetapi merupakan orang harapan Raja Abdullah.

Pada masa yang sama, umum mengetahui bahawa Raja Abdullah mengkehendaki agar anaknya, Putera Miteb menjadi Timbalan Putera Mahkota untuk digandingkan bersama Muqrin, namun Miteb telah dicantas dengan cepat melalui perlantikan Muhammad bin Nayef.

Seterusnya Raja Salman menyerahkan jawatan Menteri Pertahanan kepada anak beliau sendiri iaitu Putera Mohammad bin Salman Al Saud. Namun jawatan kedua yang disandang oleh Mohammad bin Salman adalah terlebih penting iaitu Setiausaha Agung Istana. Jawatan berpengaruh ini yang diibaratkan pintu gerbang yang memberi laluan akses kepada Raja Saudi disandang secara turun temurun oleh keluarga al Tuwaijiri.

Namun dengan sekelip mata, ia kini sudah beralih kepada puak As Sudayri dengan pemecatan Khalid al-Tuwaijri, "gatekeeper" Raja Abdullah. Kesemua perlantikan ini diisytiharkan secara tergesa-gesa, malah sebelum Raja Abdullah sempat dikebumikan lagi. Dengan ini melalui tindakan pelan strategik yang pantas, kem As Sudayri telah berjaya mencapai matlamat mereka buat masa ini.

Soalnya, apakah pemerintahan Raja Salman begitu mantap dan stabil sehingga boleh mengekang sebarang serangan destabilisasi musuh yang bersepadu dari dalam dan luar negara dalam masa terdekat ini?

A Saudi Palace Coup (David Hearst - 23 Januari 2015)
https://www.middleeastmonitor.com/articles/middle-east/16528-a-saudi-palace-coup 

vi. Jika kemangkatan Raja Abdullah bukan pemicu, sejauh manakah pula Salman mampu bertahan?


MEMADANKAN HADITS TSAUBAN RA DALAM KERANGKA PEREBUTAN KUASA KELUARGA AL SAUD

Kami merujuk secara khususnya kepada Hadits Riwayat Tsauban Radhiallahu 'anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى وَأَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ الرَّحَبِيِّ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْتَتِلُ عِنْدَ كَنْزِكُمْ ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمْ ابْنُ خَلِيفَةٍ ثُمَّ لَا يَصِيرُ إِلَى وَاحِدٍ مِنْهُمْ ثُمَّ تَطْلُعُ الرَّايَاتُ السُّودُ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ فَيَقْتُلُونَكُمْ قَتْلًا لَمْ يُقْتَلْهُ قَوْمٌ ثُمَّ ذَكَرَ شَيْئًا لَا أَحْفَظُهُ فَقَالَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُ فَبَايِعُوهُ وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الثَّلْجِ فَإِنَّهُ خَلِيفَةُ اللَّهِ الْمَهْدِيُّ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yahya dan Ahmad bin Yusuf keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq dari Sufyan At Tsauri dari Khalid bin Al Khadza dari Abu Qilabah dari Abu Asma Ar Rahabi dari Tsauban dia berkata, "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kelak tiga orang akan berperang di perbendaharaan kalian ini (iaitu Ka'bah), dan kesemuanya adalah anak khalifah. Dan tidak ada yang menang melainkan satu orang, lalu muncullah bendera-bendera hitam dari wilayah timur, lantas mereka memerangi kamu (orang Arab) dengan suatu peperangan yang belum pernah dialami oleh kaum sebelummu. Jika kalian melihatnya, maka berbaiatlah kepadanya walaupun sambil merangkak di atas salji, karena sesungguhnya dia adalah khalifah Allah Al Mahdi."

Sunan Ibnu Majah, Kitabul Fitan Bab Khurujul Mahdi 5:4074: Mustadrak Al-Hakim 4:463-464.

Dan dia berkata, “Ini adalah hadits sahih menurut syarat Syaikhain."

Perkataan Hakim ini juga disetujui oleh adz-Dzahabi, Ibnu Katsir berkata, “Ini adalah isnad yang kuat lagi sahih.” (Kitab Nihayah fil fitan wal malahim 1:26 dengan tahqiq Dr. Thana Zaini. Fitnah & Petaka Akhir Zaman, Abu Fatiah Al -Adnani, Penerbit GMT hal. 150. Cetakan 1. Januari 2007. Edisi Revisi. Solo.

Atas semakan semula kepada hadits yang berkenaan, saya lihat kebanyakan perbahasan mengenai hadits dan hal yang sama tidak menterjemahkan matan hadits dengan betul serta meninggalkan sebutan "..melainkan satu orang." (Dan tidak ada yang menang melainkan satu orang..)

Tentang maksud perbendaharaan dalam riwayat tersebut Ibnu Katsir berkata, “Yang dimaksud dengan perbendaharaan di dalam hadits ini ialah perbendaharaan Ka’bah." 

Akan ada tiga orang putera khalifah yang berperang di sisinya untuk memperebutkannya hingga datangnya akhir zaman, lalu keluarlah Al-Mahdi yang akan muncul dari negeri Timur. 

Riwayat Tsauban di atas juga mengisyaratkan bahwa kemunculan tentera Imam ini terjadi dalam jalurmasa persengketaan & perebutan takhta Khilafah/Raja (pemerintahan Haramain-Ka’bah) antara 3 orang putera khalifah yang kita nisbatkan terjadi sewaktu atau dengan matinya seorang Raja Saudi lalu seorang daripada mereka itu akhirnya berjaya merebut kuasa (menaiki takhta).

Selain dari meneliti ketepatan naratif pergolakan keluarga Al Saud untuk dipadankan kepada hadits Tsauban Radhiallahu 'anhu, saya bincangkan yang berikut;

1. Bendera hitam dari wilayah Timur?
2. Takrifan perang sengit dan memerangi kalian bagaimanakah?
3. Isyarat salji?

[Bersambung..]

Friday, January 23, 2015

Raja Abdullah meninggal dunia, digantikan oleh Salman

"Masanya sudah tiba." - Al Faedah   Forum Grup AK berkenaan kemangkatan Raja Saud: https://www.facebook.com/groups/antiko... thumbnail 1 summary

"Masanya sudah tiba." - Al Faedah
 
Forum Grup AK berkenaan kemangkatan Raja Saud:
https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1564665083790349/

Raja Abdullah Arab Saudi telah meninggal dunia menurut saluran perdana televisyen negara melaporkan awal pada hari Jumaat dan dengan resmi adiknya Putara Mahkota Salman kini menjadi raja dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama Raja Salman menggesa Majlis Bai'ah keluarga DiRaja untuk membai'ah Muqrin sebagai putera mahkota dan waris.

"Yang Mulia Salman bin Abdulaziz Al Saud dan semua ahli keluarga dan negara meratapi Penjaga Dua Masjid Suci Raja Abdullah bin Abdulaziz, yang meninggal dunia pada tepat 1:00 pagi ini," kata kenyataan itu.

Abdullah, yang dikatakan lahir pada tahun 1923, telah memerintah Arab Saudi sebagai raja sejak tahun 2006, tetapi telah mentadbir negara sebagai pemangku raja bagi hampir satu dekad sebelum itu setelah Raja Fahd mengalami penyakit stroke.

Raja Salman, dianggap 79, telah putera mahkota dan Menteri Pertahanan sejak 2012. Beliau adalah gabenor wilayah Riyadh selama lima dekad sebelum itu.

Dengan melantik serta merta Muqrin sebagai warisnya, tertakluk kepada kelulusan Majlis Bai'ah keluarga diRaja Saudi, Salman telah mengorak langkah segera untuk mengelakkan spekulasi yang berleluasa tentang proses penggantian diraja Arab Saudi, pengekspot minyak utama dunia.

RIYADH Thu Jan 22, 2015 6:42pm EST

Kerajaan Arab Saudi yang semakin rapuh
http://al-faedah.blogspot.com/2012/04/kerajaan-arab-saudi-yang-semakin-rapuh.html

Tuesday, January 20, 2015

AKSES GRUP ANTI KONSPIRASI DIBUKA KEPADA UMUM

Pautan grup: https://www.facebook.com/groups/antikons/ 1. Kemaskini tetapan grup Anti Konspirasi telah diselesaikan pada hari Isnin, 19 ... thumbnail 1 summary

Pautan grup: https://www.facebook.com/groups/antikons/

1. Kemaskini tetapan grup Anti Konspirasi telah diselesaikan pada hari Isnin, 19 Januari 2015, jam 02:34am.

2. Prosedur melibatkan hampir 6,000 ahli dikeluarkan terlebih dahulu secara berkelompok ("mass removal") untuk membolehkan tetapan diubah kepada 'terbuka untuk umum'. Pada masa ini, keahlian sedang meningkat kembali pada bilangan 1,157. [1,157 members(931 new)]

Sunday, January 18, 2015

KEMASKINI TETAPAN PRIVASI GRUP ANTI KONSPIRASI

Facebook Secret Group: Only members can find the group and see posts. 1. Group ANTI KONSPIRASI merupakan sebuah grup Facebook yang diben... thumbnail 1 summary

Facebook Secret Group: Only members can find the group and see posts.

1. Group ANTI KONSPIRASI merupakan sebuah grup Facebook yang dibentuk pada tarikh 13.3.14 sebagai sebuah 'secret group'. Ini bermakna hanya ahli yang dijemput masuk saja boleh membuat carian dan melihat setiap entri/pos dalam grup tersebut.

MAKSUD KENABIAN - Hadrat Maulana 'Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi

"Maksud kenabian ada lima, pertama ialah (1) Dakwah . Setiap alim perlu datang atas maksud ini. Maksud pertama ini Dakwah Ilallah . Yan... thumbnail 1 summary
"Maksud kenabian ada lima, pertama ialah (1) Dakwah. Setiap alim perlu datang atas maksud ini. Maksud pertama ini Dakwah Ilallah. Yang kedua (2) Taklim. Yang ketiga (3) Tazkiyah. Yang keempat (4) Akhlak. Yang kelima (5) Hikmah. Ini adalah maksud Kenabian. Itulah yang telah Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam usahakan keatas para Sohabah, yaqni untuk datang pada maksud Kenabian ini."

"Hari ini kita telah terhindar dari maksud Kenabian ini. Sebab itulah kehidupan kita tidak menyamai maksud Kenabian ini. Begitu juga umat ini tidak menyamai maksud Kenabian ini. Sebab itulah fitnah tersebar diseluruh alam.


Sejauh mana ulama' datang pada maksud Kenabian ini dan berhubung dengan orang awam, insyaa-Allah kehidupan orang awam pun juga akan datang diatas maksud Kenabian ini. Sejauh mana mereka terjauh hubungan dengan orang 'alim, sejauh itu juga mereka akan jauh dari maksud Kenabian ini. Mereka tenggelam dalam kejahilan." - Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lisaanud Da'wah wat Tabligh/Lidah Tabligh) Hadrat Maulana 'Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi [1 Rabiul akhir 1348-1 Muharram 1418/5 September 1929 - 21 May 1997]

Thursday, January 15, 2015

KPOP SUDAH LAMA DIKENALPASTI SEBAGAI AGENTUR PEMBUDAYAAN MATASATU YANG MASONIK & SATANIK

Darihal sihir 'uyun (mata) dan sihir sigil (simbolisma) ritual pentas hiburan Korea : Saya hanya memerhatikan saja kontroversi yan... thumbnail 1 summary

Darihal sihir 'uyun (mata) dan sihir sigil (simbolisma) ritual pentas hiburan Korea:

Saya hanya memerhatikan saja kontroversi yang tercetus melibatkan prilaku sumbang atas pentas gadis-gadis Melayu/Islam peminat KPOP dipeluk cium kumpulan artis KPOP "B1A4"(BANAs). Bagi mereka yang sudah lama memantau perkembangan pembudayaan matasatu yang satanik melalui industi hiburan dan drama Korea Selatan, perkembangan terbaru ini tidaklah memeranjatkan samasekali dan sudah terlalu banyak sumber-sumber rujukan mengenai perkara ini buat sekian lama.

Monday, January 12, 2015

DOA HIDAYAH HADRATJI MAULANA SA'AD DAMAT BARKATUHU: IJTIMA' DUNIA TONGI (BISHWA) 2015

Kronologi permulaan Ijtima Dunia Tongi Pada tahun 1926 Masehi bersamaan tahun Hijri 1344, Maulana Muhammad Ilyas al-Kandhlawi memulak... thumbnail 1 summary

Kronologi permulaan Ijtima Dunia Tongi

Pada tahun 1926 Masehi bersamaan tahun Hijri 1344, Maulana Muhammad Ilyas al-Kandhlawi memulakan apa yang umumnya dikenali sebagai pergerakan dakwah dan tabligh dari sebuah daerah bernama Mewat di bahagian Uttar Pradesh Utara India.

Tuesday, January 6, 2015

Kapten tembak MH17 didedah

Juruterbang jet tempur tentera Ukraine, Kapten Vladislav Voloshin dipercayai menembak jatuh pesawat MAS MH17 pada 17 Julai lalu di wilaya... thumbnail 1 summary
Juruterbang jet tempur tentera Ukraine, Kapten Vladislav Voloshin dipercayai menembak jatuh pesawat MAS MH17 pada 17 Julai lalu di wilayah Donetsk sehingga mengorbankan 298 orang. – AGENSI
Rusia gesa pegawai tentera Ukraine disiasat
12 Januari 2015 1:33 AM

KIEV 11 Jan. - Pemberontak pro-Rusia mendedahkan identiti serta gambar juruterbang pesawat tentera Ukraine yang didakwa menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sehingga mengorbankan 298 nyawa di timur negara ini pada 17 Julai lalu.

AIRASIA QZ8501: DARI HIDDEN HAND KE BLACK HAND

Kerana ada yang bertanya mengenai AirAsia QZ8501, maka saya akan ulas ringkas saja dan beri sedikit  rujukan. Saya tetap tidak akan mem... thumbnail 1 summary

Kerana ada yang bertanya mengenai AirAsia QZ8501, maka saya akan ulas ringkas saja dan beri sedikit  rujukan. Saya tetap tidak akan membuat sebarang entri khusus mengenainya kerana sememangnya menurut sumber-sumber kami, jangkaan kita bahawa akan ada 3 serangan keatas  kepentingan pesawat Malaysia pada tahun 2014 dan serangan ketiga ketika itu dijangka akan dilakukan antara tanggal 25-28 Ogos 2014.

Nampaknya dengan beberapa perubahan pada perancangan, konspirasi mereka ini sudah pun dilaksanakan pada 28 Disember 2014, dan oleh kerana bantuan ALLAH tidak bersama ummah  maka perkara ini tidak akan dapat diselesaikan melainkan dengan cara yang sudah kita nasihatkan berkali-kali di Grup ANTI KONSPIRASI & Facebook AL FAEDAH.


Maka sebarang  usaha untuk menyibukkan diri berkenaannya adalah kebodohan yang nyata dan sia-sia menurut pendapat kami.


Apa yang jelas bagi kami ialah ia merupakan kesinambungan dari Konspirasi Multi Level MH370-MH17 dan saya masih berpendapat bahawa tiada sesiapa yang akan mampu merungkai sepenuhnya akan konspirasi ini. Saya tidak nampak langsung bahawa Malaysia mempunyai kemampuan untuk keluar dari percaturan yang bakal menjebakkan negara dalam kemelut krisis bertaraf dunia.

Saya tidak akan menterjemah atau mengulas sebarang rujukan yang diberi di sini, kerana ia akan mengambil masa yang sangat panjang, membebankan dan akan menjebakkan saya lebih jauh ke dalam selut-selut konspirasi yang semakin busuk lagi menjijikkan. Kita sedang bergerak kearah keutamaan-keutamaan seperti yang dianjurkan oleh para 'ulama-i-kiram pada kadar segera.

Terpulanglah kepada kemampuan masing-masing untuk memahami intipati dari sedikit isyarat-isyarat yang mampu diterima dari insiden kali ini. Kalau tak faham, maka lebih baik tinggalkan rentetan konflik yang sedang disusun dan usahakan jalan penyelesaian. Anda tak perlu memahami semua ini untuk merintis jalan-jalan penyelesaian. Seperti yang saya nyatakan dari mula lagi, jalan penyelesaian sudah dibentangkan awal lagi:

MENGAMBIL PENGAJARAN DARI MH370
https://www.facebook.com/notes/muhammad-bin-ismail/mengambil-pengajaran-dari-mh370/494371354018196 

Friday, January 2, 2015

MUZAKKARAH MENUTUP TIRAI BANI TAMIM 12/13 RABI'UL AWWAL 1436

Entri ini adalah merujuk kepada forum entri di grup ANTI KONSPIRASI yang bertajuk: TENTERA AKHIR ZAMAN (BAHAGIAN 3A): MENUTUP TIRAI PEMUDA B... thumbnail 1 summary
Entri ini adalah merujuk kepada forum entri di grup ANTI KONSPIRASI yang bertajuk:

TENTERA AKHIR ZAMAN (BAHAGIAN 3A): MENUTUP TIRAI PEMUDA BANI TAMIM

https://www.facebook.com/groups/antikons/permalink/1552830958307095/

Muaturun Forum "Menutup Tirai Pemuda Bani Tamim" dalam bentuk PDF

[Paparan terbaik ialah melalui pc/laptop bukan smartfon]:

https://app.box.com/s/jdgya8b3fprrbjn7avdk

Segmen/bahagian akhir dalam bentuk teks bagi tajuk ini akan menyusul dalam masa terdekat dan akan dikemaskini di blog ini, Insyaa Allah tabaroka wa ta'ala.

(I) Saya ditanya mengenai perjumpaan AK di Masjid Sri Petaling, 12 Rabiul Awwal 1436 H bersamaan Sabtu 3/1/15. Insyaa Allah tabaroka wa ta'ala kita akan buat pembacaan ringkas mengenai bahagian akhir/khulasah pada entri akhir saya di  AK yaqni "Menutup Tirai Bani Tamim" dan muzakkarah dalam kerangka yang berikut:

1. Katakunci Hidayah, Penyatuan/Jama'ah & Nusratullah.
2. HADITS Khairal Qurun - tertib susunan graf khairal qurun awal zaman dengan akhir zaman
3. HADITS 5 zaman dalam kerangka 4 amalan ummah yang dicerai-beraikan.
4. HADITS [ أن تلد الأمة ربتها ] talidu al-amatu rabbatahaa, "budak hamba yang melahirkan tuannya".
5. HADITS 12 Khalifah/Amir.
6. HADITS Asoib Timur.

Maka mereka yang bersungguh-sungguh ingin meletakkan diri pada jalan Nusratullah hendaklah berazam dengan kuat dan menghadirkan diri memandangkan  masa yang semakin suntuk. Ada yang hubungi saya dan program malam markaz pun agak ketat dan bersamaan pula dengan Maulid Nabi  sallallahu 'alaihi wa sallam, mungkin ada antara kita yang terlibat dengan program lain yang berjalan serentak.

Jadi munasibnya selepas bayan Maghrib dan bacaan kitab  Hayatus Sohabah, kita hanya akan menumpukan pada mengeratkan silatur rahim & ikram-ul-muslimin sesama kita yang dapat  hadhir, lalu terus i'tikaf & bermalam di Masjid Sri Petaling, 3 Januari 2015.

Selepas sarapan pagi hari Ahad, kita akan buat:

1. Pembacaan ringkas mengenai bab "Rumusan Menutup Tirai Bani Tamim

2. Ulasan dan Muzakkarah darihalnya

3. AirAsia QZ8501. Kerana ada yang bertanya mengenai AirAsia QZ8501, maka saya akan ulas ringkas saja dan beri sedikit  rujukan. Saya tidak akan membuat sebarang entri khusus mengenainya kerana jangkaan kita bahawa akan ada 3 serangan keatas  kepentingan pesawat Malaysia pada tahun 2014 dan serangan ketiga ketika itu dijangka akan dilakukan antara tanggal 25-28 Ogos 2014.

Nampaknya dengan beberapa perubahan pada pelan, konspirasi mereka ini sudah pun dilaksanakan pada 28 Disember 2014, dan oleh kerana bantuan ALLAH tidak bersama ummah  maka perkara ini tidak akan dapat diselesaikan melainkan dengan cara yang sudah kita nasihatkan berkali-kali di grup ANTI KONSPIRASI & Facebook AL FAEDAH. Maka sebarang  usaha untuk menyibukkan diri berkenaannya adalah kebodohan yang nyata dan sia-sia menurut pendapat kami.

Syed Muzafar Shah: Assalamualaikum... Apabila kejadian kapal terbang air asia di katakan terhempas,terus saya memikirkan  Al-Faedah..rasanya seakan pernah membaca di entry Al-Faedah yg terdahulu berkenaan kejadian yg dirancang sepertimana  kejadian MH17 dahulu. Mohon Tuan Al-Faedah boleh memberi saya link berkenaan konspirasi tersebut agar saya memahami  situasi yg sedang berlaku..persoalan yg keluar diminda saya adalah..mengapa..apakah..

4. Saya ditanya lagi mengenai Syarifah Sofea Syed Rashid dan ulasannya mengenai AirAsia QZ8501. Saya katakan hanya orang yang bodoh saja akan mengikut seseorang yang lebih bodoh darinya.

(II) Kepentingan 'Azam/'Azimah

 Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wa sallam dalam sebuah hadits:

حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ عَبْدُاللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الأَنْصَارِيُّ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ ابْنُ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَلْقَمَةَ بْنَ وَقَّاصٍ اللَّيْثِيَّ يَقُولُ سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رضي الله عَنْهم عَلَى الْمِنْبَرِ قَالَ {سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ إِلَى امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ }

Al-Humaidi Abdullah bin az-Zubair telah menceritakan kepada kami, katanya: “Sufyan telah menceritakan kepada kami, katanya: “Yahya bin Said al-Anshari telah menceritakan kepada kami, katanya: “Muhammad bin Ibrahim al-Taimi telah memberitahu kepada saya bahawa dia telah mendengar `Alqamah bin Waqqash al-Laitsi berkata: “Saya telah mendengar Umar bin al-Khatthab berkata di atas mimbar: “Saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “ Sesungguhnya segala amalan dikira dengan niat dan sesungguhnya setiap orang mendapat apa yang diniatnya. Oleh itu sesiapa yang hijrahnya adalah untuk mendapat dunia atau untuk berkahwin dengan seseorang wanita maka hijrahnya dikira untuk tujuannya.” [Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim]


Hadits ini adalah antara hadits yang paling masyhur berkaitan dengan niat bahkan ada diriwayatkan daripada Imam as-Syafi`e bahawa beliau berkata: “Termasuk dalam hadits ini 70 bab fiqh.” Sekumpulan ulama` pula mengatakan hadits ini adalah sepertiga agama.

Ulama-i-kiram sangat memberatkan urusan niat dalam bentuk 'Azam sehinggakan tiada majlis ditinggalkan sebelum dituntut menzahirkan 'Azam seseorang. Maka hendaklah berazam dengan sungguh-sungguh untuk menyertai majlis.

Demikian pentingnya niat ini sehinggakan para 'Ulama silam begitu prihatin mengenai soal niat dan gerakhati ini sehingga mereka membahagi-bahagikannya kepada 4 bahagian (atau 5) dan adalah menjadi suatu prinsip usul fiqh bahawa setiap urusan itu adalah ditetapkan oleh niat di sebaliknya.

Darihal niat/gerak hati ini, adalah dengan Rahmat ALLAH ta'ala diberikan kita ruksah sehinggakan hanya 'Azhimah/'Azam sahaja yang diambil kira/hisab.

Maka sekali seseorang itu berazam untuk melakukan sesuatu, maka ia sudah dimasukkan dalam catatan amalan/hisab, walaupun ia belum atau tidak sempat melakukan.

Demikian juga sekiranya seseorang itu berazam untuk membunuh tanpa sebarang hak atau melakukan rompakan, lalu ia mati maka ia akan dikira sebagai berdosa melakukan amalan tersebut kerana sekiranya ia tidak mati atas panggilan 'ajalnya, maka ia tetap akan melakukan perbuatan dosa tersebut.

Lebih lanjut lagi maka persoalannya lintasan hati yang bagaimanakah yang dikira oleh Allah Jalla Jalaaluhu?

Untuk menjawab persoalan ini, ulama` membahagikan darjat lintasan hati manusia kepada 4 bahagian:

1. Hajiz (حاجز ) - Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kemudian berlalu pergi ya`ni hanya timbul dan tidak melekat di dalam hati
 

2. Khatir (خاطر ) - Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kekal agak lama di dalam hati tetapi tidak timbul sama ada mahu melakukannya tau tidak
 

 3. Ham (هم ) – Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kekal lama dalam hati, lebih berat untuk melakukannya tetapi tidak melakukannya. Tahap ini dan 3 tahap sebelum ini tidak dikira oleh Allah kerana tidak termasuk dalam daya dan upaya manusia menolaknya
 

4) `Azam (عزم ) – Lintasan yang timbul dalam hati (sama ada baik atau jahat) dan kekal lama dan membuat keputusan untuk melakukan dan kuat pula dorongannya dan inilah lintasan hati yang dikira oleh Allah s.w.t kerana pada tahap ini manusia sudah mampu berfikir dan mampu untuk menerima atau menolaknya. `Azam terbahagi kepada 2:

i. Azam yang berkaitan dengan anggota badan, juga terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:
a) Yang berkait dengan qauli (ucapan)- Apabila dia berazam dan kemudian dia ucapkan.
b) Yang berkait dengan `amali (perbuatan)- Apabila dia berazam dan melakukan dengan anggota tubuhnya.

ii. Azam yang berkaitan dengan hati, ianya juga terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu:
a) Yang membawa kepada kekufuran seperti azam untuk menafikan keEsaan Allah atau menafikan Allah sebagai Tuhan maka orang yang berazam ini jadi kafir walaupun tidak mengucapkannya. Begitu juga dengan orang yang menafikan hukum-hukum Allah yg sudah seperti menafikan kewajipan sembahyang lima waktu , menafikan adanya solat sunnat rawatib dan sebagainya

b) Yang tidak membawa kepada kekufuran tetapi tetap berdosa seperti dengki dan buruk sangka kepada orang, kagum dengan diri sendiri dan sebagainya maka tetaplah berdosa.

Sufyan as-Tsauri, Ibnu al-Mubarak berpendapat bahawa azam juga dikira sebagai satu kejahatan dan inilah pendapat kebanyakan ulama`, dalilnya:

وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ
Tetapi Allah mengira kamu tentang apa yang dilakukan oleh hati kamu.. [ Al-Baqarah : 225 ]

Imam as-Syafi`i pula berpendapat bahawa azam tidak dikira selagi mana tidak melakukannya.

Maka bersesuaianlah dengan hadits sahih Imam Muslim mengenai kisah seorang pembunuh yang telah membunuh 99 orang tetapi berazam untuk bertaubat lalu mati dalam perjalanannya.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الصِّدِّيقِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَانَ فِيمَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ رَجُلٌ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَاهِبٍ فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ فَقَالَ لَا فَقَتَلَهُ فَكَمَّلَ بِهِ مِائَةً ثُمَّ سَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ عَالِمٍ فَقَالَ إِنَّهُ قَتَلَ مِائَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لَهُ مِنْ تَوْبَةٍ فَقَالَ نَعَمْ وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ انْطَلِقْ إِلَى أَرْضِ كَذَا وَكَذَا فَإِنَّ بِهَا أُنَاسًا يَعْبُدُونَ اللَّهَ فَاعْبُدْ اللَّهَ مَعَهُمْ وَلَا تَرْجِعْ إِلَى أَرْضِكَ فَإِنَّهَا أَرْضُ سَوْءٍ فَانْطَلَقَ حَتَّى إِذَا نَصَفَ الطَّرِيقَ أَتَاهُ الْمَوْتُ فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلَائِكَةُ الْعَذَابِ فَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ جَاءَ تَائِبًا مُقْبِلًا بِقَلْبِهِ إِلَى اللَّهِ وَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الْعَذَابِ إِنَّهُ لَمْ يَعْمَلْ خَيْرًا قَطُّ فَأَتَاهُمْ مَلَكٌ فِي صُورَةِ آدَمِيٍّ فَجَعَلُوهُ بَيْنَهُمْ فَقَالَ قِيسُوا مَا بَيْنَ الْأَرْضَيْنِ فَإِلَى أَيَّتِهِمَا كَانَ أَدْنَى فَهُوَ لَهُ فَقَاسُوهُ فَوَجَدُوهُ أَدْنَى إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي أَرَادَ فَقَبَضَتْهُ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ قَالَ قَتَادَةُ فَقَالَ الْحَسَنُ ذُكِرَ لَنَا أَنَّهُ لَمَّا أَتَاهُ الْمَوْتُ نَأَى بِصَدْرِهِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna dan Muhammad bin Basysyar -dan lafadh ini miliki Ibnul Mutsanna- mereka berdua berkata; telah menceritakan kepada kami Mu'adz bin Hisyam telah menceritakan kepadaku bapakku dari Qatadah dari Abu Ash Shiddiq dari Abu Sa'id Al Khudri bahwasanya Nabiyullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

"Pada zaman dahulu ada seorang laki-laki yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang. Kemudian orang tersebut mencari orang 'alim yang banyak ilmunya. Lalu ditunjukan kepada seorang 'abid (ahli 'ibadah) dan ia pun langsung mendatanginya.

Kepada 'abid tersebut ia berterus terang bahwasanya ia telah membunuh sembilan puluh sembilan orang dan apakah taubatnya itu akan diterima? Ternyata 'abid itu malahan menjawab; 'Tidak. Taubatmu tidak akan diterima.'

Akhirnya laki-laki itu langsung membunuh sang 'abid hingga genaplah kini seratus orang yang telah dibunuhnya. Kemudian laki-laki itu mencari orang lain lagi yang paling banyak ilmunya. Lalu ditunjukan kepadanya seorang 'alim yang mempunyai ilmu yang banyak.

Kepada orang alim tersebut, laki-laki itu berkata; 'Saya telah membunuh seratus orang dan apakah taubat saya akan diterima? ' Orang 'alim itu menjawab; 'Ya. Tidak ada penghalang antara taubatmu dan dirimu. Pergilah ke daerah ini dan itu, karena di sana banyak orang yang beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Setelah itu, beribadahlah kamu kepada Allah bersama mereka dan janganlah kamu kembali ke daerahmu, karena daerahmu itu termasuk lingkungan yang buruk.'

Maka berangkatlah laki-laki itu ke daerah yang telah ditunjukan tersebut. Di tengah perjalanan menuju ke sana laki-laki itu meninggal dunia.

Lalu malaikat Rahmat dan Azab saling berbantahan. Malaikat Rahmat berkata; 'Orang laki-laki ini telah berniat pergi ke suatu wilayah untuk bertaubat dan beribadah kepada Allah dengan sepenuh hati.'

Malaikat Azab membantah; 'Tetapi, bukankah ia belum berbuat baik sama sekali.' Akhirnya datanglah seorang malaikat yang berwujud manusia menemui kedua malaikat yang sedang berbantahan itu. Maka keduanya meminta keputusan kepada malaikat yang berwujud manusia dengan cara yang terbaik.

Orang tersebut berkata; 'Ukurlah jarak yang terdekat dengan orang yang meninggal dunia ini dari tempat berangkatnya hingga ke tempat tujuannya. Mana yang terdekat, maka itulah keputusannya.'

Ternyata dari hasil pengukuran mereka itu terbukti bahwa orang laki-laki tersebut meninggal dunia lebih dekat ke tempat tujuannya. Dengan demikian orang tersebut berada dalam genggaman malaikat Rahmat.'

Qatadah berkata; 'Al Hasan berkata; 'Seseorang telah berkata pada kami bahwasanya laki-laki itu meninggal dunia dalam kondisi jatuh terlungkup.' [Hadits Riwayat Sahih Muslim Hadits No. 4967]

Hadits 2: Riwayat Sunan Ibn Majah



حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَنْبَأَنَا هَمَّامُ بْنُ يَحْيَى عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الصِّدِّيقِ النَّاجِيِّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ
أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا سَمِعْتُ مِنْ فِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَتْهُ أُذُنَايَ وَوَعَاهُ قَلْبِي إِنَّ عَبْدًا قَتَلَ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا ثُمَّ عَرَضَتْ لَهُ التَّوْبَةُ فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنِّي قَتَلْتُ تِسْعَةً وَتِسْعِينَ نَفْسًا فَهَلْ لِي مِنْ تَوْبَةٍ قَالَ بَعْدَ تِسْعَةٍ وَتِسْعِينَ نَفْسًا قَالَ فَانْتَضَى سَيْفَهُ فَقَتَلَهُ فَأَكْمَلَ بِهِ الْمِائَةَ ثُمَّ عَرَضَتْ لَهُ التَّوْبَةُ فَسَأَلَ عَنْ أَعْلَمِ أَهْلِ الْأَرْضِ فَدُلَّ عَلَى رَجُلٍ فَأَتَاهُ فَقَالَ إِنِّي قَتَلْتُ مِائَةَ نَفْسٍ فَهَلْ لِي مِنْ تَوْبَةٍ فَقَالَ وَيْحَكَ وَمَنْ يَحُولُ بَيْنَكَ وَبَيْنَ التَّوْبَةِ اخْرُجْ مِنْ الْقَرْيَةِ الْخَبِيثَةِ الَّتِي أَنْتَ فِيهَا إِلَى الْقَرْيَةِ الصَّالِحَةِ قَرْيَةِ كَذَا وَكَذَا فَاعْبُدْ رَبَّكَ فِيهَا فَخَرَجَ يُرِيدُ الْقَرْيَةَ الصَّالِحَةَ فَعَرَضَ لَهُ أَجَلُهُ فِي الطَّرِيقِ فَاخْتَصَمَتْ فِيهِ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ وَمَلَائِكَةُ الْعَذَابِ قَالَ إِبْلِيسُ أَنَا أَوْلَى بِهِ إِنَّهُ لَمْ يَعْصِنِي سَاعَةً قَطُّ قَالَ فَقَالَتْ مَلَائِكَةُ الرَّحْمَةِ إِنَّهُ خَرَجَ تَائِبًا
قَالَ هَمَّامٌ فَحَدَّثَنِي حُمَيْدٌ الطَّوِيلُ عَنْ بَكْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي رَافِعٍ قَالَ فَبَعَثَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مَلَكًا فَاخْتَصَمُوا إِلَيْهِ ثُمَّ رَجَعُوا فَقَالَ انْظُرُوا أَيَّ الْقَرْيَتَيْنِ كَانَتْ أَقْرَبَ فَأَلْحِقُوهُ بِأَهْلِهَا قَالَ قَتَادَةُ فَحَدَّثَنَا الْحَسَنُ قَالَ لَمَّا حَضَرَهُ الْمَوْتُ احْتَفَزَ بِنَفْسِهِ فَقَرُبَ مِنْ الْقَرْيَةِ الصَّالِحَةِ وَبَاعَدَ مِنْهُ الْقَرْيَةَ الْخَبِيثَةَ فَأَلْحَقُوهُ بِأَهْلِ الْقَرْيَةِ الصَّالِحَةِ حَدَّثَنَا أَبُو الْعَبَّاسِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ إِسْمَعِيلَ الْبَغْدَادِيُّ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ فَذَكَرَ نَحْوَهُ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun, telah memberitakan kepada kami Hammam bin Yahya dari Qatadah dari Abu Shiddiq An Naji dari Abu Sa'id Al Khudri, ia berkata; "Tidakkah ingin aku beritahukan kepada kalian sesuatu yang keluar dari mulut Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam?

Aku mendengar dengan kedua telingaku dan hatiku menyimaknya, beliau bersabda: "Sesungguhnya terdapat seseorang yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang, kemudian ia ingin bertaubat, lalu ia bertanya tentang seseorang yang paling alim di muka bumi ini.

Kemudian ia ditunjukkan kepada seseorang. Ia pun mendatanginya dan berkata; "Aku telah membunuh sembilan puluh sembilan orang, apakah masih ada taubat untukku?

Orang tersebut berkata dengan nada terkejut, "Apa? Telah membunuh sembilan puluh sembilan orang?" Beliau melanjutkan; "Akhimya pembunuh itu mengeluarkan pedangnya dan membunuh orang tersebut. Dengan demikian genaplah seratus orang yang dia bunuh. Dia pun masih berkeinginan taubat dan bertanya tentang orang paling alim di muka bumi.

Kemudian ia ditunjukkan kepada seseorang dan ia pun mendatanginya. la bertanya; "Aku telah membunuh seratus orang, maka apakah masih ada taubat untukku?" Orang alim itu menjawab; "Celakalah kau! Siapakah yang dapat menghalangimu untuk bertaubat? Keluarlah dari perkampungan yang buruk yang engkau telah diami dan pindahlah ke perkampungan yang baik, yaitu di kampung ini dan ini. Beribadahlah kepada Tuhanmu di sana.

" Lalu pembunuh itu pun keluar menuju perkampungan yang baik tersebut, namun ajal menjeputnya di tengah perjalanan. Kemudian malaikat rahmat dan malaikat azab saling berselisih. Iblis berkata; "Akulah yang lebih berhak terhadap orang ini, ia tidak pernah menentang perintahku sama sekali. Malaikat rahmat menjawab, "la telah keluar dalam rangka taubat."

Hammam berkata; telah menceritakan kepadaku Humaid At Thawil, telah menceritakan kepadaku dari Bakar bin Abdullah dari Abu Rafi', ia meriwayatkan; "Allah subhanahu wata'ala mengutus para malaikat, mereka berseteru mengenai hal ini lalu mereka kembali. Allah subhanahu wata'ala lalu berfirman, "Lihatlah, mana dintara dua perkampungan itu yang lebih dekat padanya (kampung maksiat atau kampung yang baik)?" lalu golongkanlah ia pada penghuni kampung tersebut."

Qatadah berkata; telah menceritakan kepada kami Al Hasan, ia berkata, "Saat ajal menjemputnya, ia melompat hingga lebih dekat kepada perkampungan yang baik, dan perkampungan yang buruk lebih jauh. Kemudian ia dianggap sebagai penduduk kampung yang baik."

Telah menceritakan kepada kami Abu Al Abbas bin Abdullah bin Isma'il Al Baghdadi, telah menceritakan kepada kami 'Affan, telah menceritakan kepada kami Hammam, ia menyebutkan yang semisalnya. [Riwayat Sunan Ibn Majah- Hadits no. 2612]

Al Faqir Ilallah, Al Faedah

HUBUNGKAIT KEKELUARGAAN ANTARA SAYYIDINA ABU BAKAR SIDDIQ DENGAN SAYYIDINA 'ALI

Entri ini adalah merujuk kepada forum entri di grup ANTI KONSPIRASI yang bertajuk: TENTERA AKHIR ZAMAN (BAHAGIAN 3A): MENUTUP TIRAI PEM... thumbnail 1 summary
Entri ini adalah merujuk kepada forum entri di grup ANTI KONSPIRASI yang bertajuk:
TENTERA AKHIR ZAMAN (BAHAGIAN 3A): MENUTUP TIRAI PEMUDA BANI TAMIM
[Grup terbuka kepada ahli sahaja]

Muaturun Forum "Menutup Tirai Pemuda Bani Tamim" dalam bentuk PDF [Paparan terbaik ialah melalui pc/laptop bukan smartfon]:
https://app.box.com/s/jdgya8b3fprrbjn7avdk


Antara Al-Siddiq Dan Al-Sadiq: Hubungan Sebenar Keluarga Abu Bakar Dan Ali Radhiallahu 'ahum 'ajmain

Ramai orang tidak mengetahui tentang hubungan kekerabatan di antara sahabat-sahabat Rasulullah  s.a.w. terutamanya di antara Abu Bakar dan Ali. Setelah Abu Bakar meninggal dunia, Ali telah mengahwini isteri beliau Asma binti ‘Umais bin Ma’d bin al-Harith. Sebelum berkahwin dengan Abu Bakar, beliau menjadi isteri Ja’far bin Abi Talib, iaitu saudara kandung Ali. Hasil daripada perkahwinan dengan Ali, Asma memperolehi anak lelaki bernama Yahya.[i][1] Asma sentiasa mendampingi Fatimah sehingga di saat hampir kewafatannya[ii][2] dan beliau turut mengambil bahagian dalam memandikan jenazah Fatimah.[iii][3]

Hasil perkahwinan Abu Bakar dan Asma, Muhammad bin Abu Bakar dilahirkan. Sewaktu kewafatan Abu Bakar beliau masih lagi kecil. Oleh itu, dengan perkahwinan Ali dan Asma, Muhammad menjadi anak tiri beliau. Ali mendidik Muhammad bersama-sama dengan dua anak lelakinya Hasan dan Husin, ketika itu Umar menjadi khalifah.

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”