Monday, April 15, 2013

Apa Rahsia Universiti Jesuit Lantik Anwar?

26/03/12 – Sebagai universiti Jesuit ( Society of Jesus ) tertua yang terkenal dalam bidang penyelidikan di Amerika Syarikat (AS) sudah ... thumbnail 1 summary
26/03/12 – Sebagai universiti Jesuit (Society of Jesus) tertua yang terkenal dalam bidang penyelidikan di Amerika Syarikat (AS) sudah tentu pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pensyarah pelawat di universiti itu dibuat atas sebab-sebab tertentu.

Universiti Georgetown ditubuhkan pada tahun 1789 oleh bishop dan archbishop pertama di AS, John Carrol yang diperkenankan oleh Pope Pius VI.

Wikipedia menyebut Universiti Georgetown diasaskan oleh bekas Jesuit dalam tradisi Ignatius dari Loyola dan ahli Persatuan Kolej dan Universiti Jesuit.

Walaupun tidak tertakluk kepada perintah Pope, namun tiga ahli Jesuit dilantik dalam Ahli Lembaga Pengarah pentadbiran universiti. 59 ahli Jesuit hidup di kampus itu yang kebanyakannya bekerja sebagai profesor dan pentadbir. Minggu Warisan Jesuit disambut setiap tahun sejak dari tahun 2001 sebagai meraikan sumbangan Jesuit dalam tradisi Universiti Georgetown.

Surat tawaran pensyarah pelawat universiti itu yang ditandatangani oleh Profesor classical Provost (Bahagian Pentadbiran Akademik), James J. O’Donnell kepada Anwar pada 23 Mac 2006.


Menurut surat itu, pelantikan Anwar dicadangkan oleh dua individu iaitu Robert Gallucci, Dekan Edmund A. Walsh School of Foreign Service dan John Esposito, Pengarah Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown.

CMCU adalah satu pusat yang terletak di bawah Edmund A. Walsh School of Foreign Service, satu sekolah perkhidmatan asing di Universiti Georgetown.

“Awak akan berkhidmat sebagai Profesor Islam Malaysia Asia Tenggara di CMCU, Edmund A. Walsh School of Foreign Service” kata O’Donnell. Edmund A. Walsh School of Foreign Service dinamakan bersempena dengan nama Father Edmund A. Walsh, seorang paderi Jesuit Katolik AS yang menubuhkan Sekolah Perkhidmatan Asing (School of Foreign Service) di Universiti Georgetown. Pope Pius XI menggelar Walsh sebagai Jesuit the “second novitiate”. Menurut laman bibliotecapleyades.net, Jesuit adalah operasi ketenteraan rahsia (Military Order of Malta) menerima arahan daripada Vartican yang mengawal PBB, NATO, Suruhajaya Eropah, CFR (Council on Foreign Relations), pelbagai bank pusat, Freemasonry dan Opus Dei.

Gallucci pencadang pertama Anwar adalah bekas ketua Jabatan Biro Perisikan dan Penyelidikan Negeri (1978) yang pernah terlibat aktif dalam Jabatan Negara AS dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Laman greeninstitute menyebut Gallucci adalah perunding kepada CIA.

Selepas pengajian pasca-siswazah, Gallucci pernah menjadi pensyarah di dua buah universiti iaitu SAIS (School of Advanced International Studies), John Hopkins dan Universiti Georgetown.

Hubungan baik Gallucci dengan rangkaian neocon (zionis) AS terbukti, apabila beliau mencadangkan Douglas J. Feith menyertai Edmund A. Walsh School of Foreign Service pada tahun 2006 yang menimbulkan bantahan di kalangan pelajar liberal universiti itu.

Feith dan Paul Wolfowitz merupakan rangkain kumpulan zionis dalam Pentadbiran Presiden Bush.
Anwar dan Feith menyertai Universiti Georgetown pada tahun yang sama.

Laman cfr.org menyebut Gallucci dan Paul Wolfowitz adalah Ahli Task Force, Managing Change on the Korean Peninsula

Sekarang Gallucci merupakan Presiden John D. and Catherine T. MacArthur Foundation, satu yayasan dana berpengkalan di AS.

John Esposito pencadang kedua Anwar adalah seorang ahli Jesuit, Roman Catholic yang dianggap pakar dalam Agama, Hal Ehwal Antarabangsa dan Pengajian Islam di Universiti Georgetown.

“Esposito telah berkhidmat sebagai perunding kepada Jabatan Negara AS dan agensi-agensi lain termasuk syarikat-syarikat Eropah, Asia, dan media di seluruh dunia”.

Esposito mendapat PhD di Universiti Temple, Pennsylvania, AS pada tahun 1974 di bawah seliaan Dr Ismail Faruqi yang dianggap sebagai perintis kepada hubungan Muslim-Kristian.

Ismail Faruqi bersama-sama Anwar Ibrahim telah menubuhkan IIIT (International Institute of Islamic Thought ) di Pennsylvania, AS pada tahun 1981.


(Sumber)

"Berfikir tanpa kotak"

Ar Ra'isul Mutakallim, Tabligh Ki Zabaan (Lidah Tabligh) Hadrat Maulana Umar Palanpuri Rahmatullahu 'alaihi berkata: "Orang yang kuat adalah orang yang sanggup bertahan dalam arus kerosakan. Orang yang lebih kuat adalah orang yang sanggup melawan arus kerosakan. Namun orang yang paling kuat adalah orang yang sanggup merubah arah arus kerosakan hingga menjadi akannya arus kebaikan.”

“Dajjal bersama tenteranya mempunyai kekuatan yang amat istimewa dan amat tersusun. Begitu juga Yakjuj dan Makjuj membuat huru-hara di seluruh dunia. Kehebatan mereka tiada siapa yang dapat melawan dan orang beriman berundur dengan hanya makan zikir dan tasbih."

"Allah zahirkan kudratnya hanya dengan labah-labah yang kecil dijadikan asbab untuk menggigit tengkuk-tengkuk mereka hingga mati. Mayat mereka begitu busuk diseluruh dunia. Orang beriman tidak tahan terus berdoa pada Allah. Allah ta'ala hantarkan hujan dan banjir menghanyutkan mereka ke laut. Inilah yang akan berlaku di akhir zaman nanti."

"Amalan dakwah memisahkan hak dan batil seperti air menghanyutkan sampah dari emas dan logam-logam yang lain. Namun pekerja² agama jika wujud cinta dunia dalam hati mereka seperti emas dan disaluti logam-logam lain, maka banyak masalah yang akan timbul.”