SELAMAT HARIJADI KE 14: MEMPERSEMBAHKAN BURGER MCD YANG BERUMUR 14 TAHUN!!
Bukti resit |
April 14 2013 - David Whipple adalah pemilik burger McD yang sangat bertuah. Burger tersebut berusia 14 tahun dan masih kelihatan sama seperti waktu dibelinya 14 tahun lalu.
Beliau membelinya dari sebuah cawangan McDonald's di Utah pada tahun 1999. David berniat untuk menyimpannya selama sebulan untuk membuktikan kepada rakan-rakan tentang tahap penggunaan bahan pengawet dalam makanan yang membimbangkan.
Beliau membelinya dari sebuah cawangan McDonald's di Utah pada tahun 1999. David berniat untuk menyimpannya selama sebulan untuk membuktikan kepada rakan-rakan tentang tahap penggunaan bahan pengawet dalam makanan yang membimbangkan.
Setelah membuat beberapa demonstrasi mengenai tindakbalas dan kesan-kesan enzaim selama sebulan, beliau terlupa samasekali mengenai burger tersebut sehinggalah terjumpa kembali bungkusan burger itu didalam poket sehelai kot lamanya.
Ketika itu David mengambil keputusan untuk meneruskan eksperimen beliau dan mengakui beliau sendiri tidak menyangka daya ketahanan burger tersebut.
Burger berusia 14 tahun itu tidak menunjukkan sebarang kesan kulat, fungus, perubahan warna maupun bau. Cuma bahagian jeruknya telah luput.
Pada tahun 2009, Joann Bruso, seorang pakar pemakanan pula pernah menyimpan pak McDonald's Happy Meal secara terdedah pada pengudaraan dapurnya.Selepas setahun ia masih tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kereputan/dekomposisi, sekaligus membuktikan betapa tidak baiknya untuk kesihatan kita, kata beliau.